Pixajoy

Saturday, September 12, 2015

Home » Kek Milo Kukus Sedap

Kek Milo Kukus Sedap



Orang kuat makan macam aku ni kan memang pantang ada apa bahan kat rumah mula la mereka nak masak. Stok milo tengah banyak, berangan la nak buat kek milo. Lama jugak aku pending nak buat sampai ada masa sesuai aku testing buat setengah adunan dulu. Banyak kang takut tak termakan. Alhamdulillah laku kek ni. Anaknda berdua sekali dengan ayahnda depa pun suka.


Resepi Kek Milo : 
1 cawan milo + 1 cawan gula + 1 cawan susu pekat + 1 cawan minyak + 1 cawan air panas, masak semuanya atas api sampai larut. Pukul 3 biji telur hingga kembang, tuang dalam adunan dan biar sejuk seketika. Kemudian masukkan 2 cawan tepung gandun + 1 st baking powder + 1/2 st soda bikarbonat yang diayak bersama, kacau sebati. Lenserkan loyang dengan minyak, tuang adunan dan kukus hingga masak.


Untuk topping aku guna milo + marjerin + susu pekat, masak sekali tambah sedikit air panas kalau terlalu pekat. Siap!

Gebu dan sedap kena dengan topping leleh tabur chocolate rice pulak punya mabeles u all. Gambar tak senonoh je aku snap. Tapi kek ni antara kek yang mesti korang cuba tau.







6 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. insyaAllah jika rajin saya try k.. haha.. bila la rajin tu ya.. tapi kek ni mmg nampak menarik sangat..

lia ummiirfan said... Best Blogger Tips

terbaekkk..

Jom FOLO saya

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

Menggoda,,nampak mudah ni

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

sedapnya.. buat mnm petng kenyang perut ni. hihihi

eima said... Best Blogger Tips

rajinnye ko ade je ko baked kan .... nanti nk try la

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, teruja ni! Sebabnya dah banyak hari berfikir apalah boleh buat dengan Milo ni. Maklumlah anak-anak suka. Ingat nak buat agar-agar Milo aje (itu pun tak terbuat!) Saya simpanlah resepi campak baling pejam mata PK ni. Manalah tau tetiba datang mood rajinnyakan, kan, kan...