Pixajoy

Monday, May 22, 2017

Shopping Raya Part 1



Shopping awal tak kalut.haha..Kami kan biasa shopping last minute...kali ni dengan Aryan sado lagi berdukung, aku dah malas nak outing time puasa. Baju Afia Aryan dah beli online. Baju ibu je tak jumpa lagi yang berkenan. 

Jumaat lepas kami ke BTM cari baju melayu Aiman dan abah. Malangnya warna yang dicari nak match dengan Afia Aryan tak ada. So belasah je la warna lain. Nanti cuba la matching, tapi rasanya macam dah cacamerba kontra sangat warnanya.huhu..

Ikut hati nak je beli baju baru kat Afia Aryan same color dengan Abah dan Aiman, tapi membazir la pulak..Afia punya dah beli 2 pasang..nak beli lagi, dah la pakai sat ja...mau en suami hingaq.hihi..


Happy kemain kita lepas dia kat bawah. Habis dia punggah stok baju orang.haha...

Dah setel baju melayu En suami dan Aiman, konon nak shopping barang untuk puasa, tapi memasing lapar, kita isi perut dulu.

Air semua sedap

Adik Aryan well behave..ibu sumbat garlic bread tu yang diam.

Lapaq teruk sampai fries belasah licin yang ni dulu

Abang Aiman tidoq plak

Pizza baru ni sedap la

2 regular pizza with all side dish selesai.hahaha

Bila dah kenyang nak shopping pun dah malas. Lain nak dibeli, jadi lain benda masuk troli. 


Tinggal baju kasual raya Aiman dan kasut raya je rasanya. Baju raya ibu tak tau la apa cerita. Cari online pun serba salah size bila dah membesar bagaikan juara ni.huhu..Baju kasual Afia Aryan semua beli dari bale bundle ibu. Jimat!

Pulun tulis Part 1. Part 2 nanti kalau busy belum tentu masuk blog. I try my best.haha..






Saturday, May 20, 2017

Si Model Cilik Afia



Afia memang suka bergaya dan melawa. Dia dibesarkan dekat rumah mak pengasuh ramai kakak-kakak, so sedikit sebanyak pengaruh mekap dan melaram memang dapat dari sana. Ibu Afia sedia maklum natural beauty..tempek lipstik pun malas.haha..

Lately Afia selalu temankan Kak Na ( anak mak pengasuh ) ke butik tempat Kak Na kerja, sepanjang hari habiskan masa dekat butik tu layan youtube dan makan.huhu..Entah macam mana la kan cuba - cuba melaram dengan baju dekat butik tu tup-tup terus jadi model.hihi..

Ibu tempek kat sini gambar kenangan supaya tak hilang ditelan zaman. Kepada yang nak dapatkan Abaya ekslusif mengancam fresh from Dubai macam Afia pakai ni boleh direct walk in ke Elhada Boutique di Lot 88 Sungai Petani atau boleh terus search fanpage depa di facebook.













Serius sangat lawa Abaya ni materialnya lembut berombak rindu. Tak percaya boleh lihat video.hakhak..


video
video

Semoga pengalaman baru ni dapat asah Afia menjadi seorang yang berbakat dan tingkatkan keyakinan diri. Apa saja bidang yang akan Kak Pia ceburi nanti ibu bagi je sokongan. 





Saturday, May 13, 2017

Playroom Untuk Anak



Nak la jugak tempek kat sini deco playroom untuk anak-anak. Tak berapa nak deco sangat pun..tapi oklah kan janji ada tempat depa nak berkecah semakkan toys 1 bilik. Takda la naik hantu sangat ibu nak kemas.

Sejak dah jadi seller ni kejap - kejap tukar cadar baru.haha..Cadar dan sarung bantal semua bundle dari bale ibu ok.



Bilik ni asalnya bilik Aiman tidur..Ada katil, kerusi meja dan buku-buku ajelah memenuhi segenap ruang bilik. Kerusi meja ibu dah bawa keluar masuk bilik lagi satu untuk luaskan ruang playroom depa. Kedudukan katil pun ibu dah ubah. Toys yang banyak-banyak kumpul dalam raga hitam ni je, beli kat kedai 2 ringgit kerlass tak.haha..

Langsir dan kebanyakan toys pun dari guni soft toys hard toys bundle ibu. Playmat pun beli bundle je. Cermin tu beli kat kedai 2 ringgit juga. Mula2 beli Hello Kitty yang besar Afia dah pecahkan, tu yang tukar cermin princess.


Memang dah lama nak beli rak buku tapi budget ciput, tengok kat Lazada review kata benda ni ok ibu pun beli. Masa sampai tu berpeluh juga nak pasang. Dah dapat rentak senang je rupanya. Ok puas hati buku-buku dah tersusun rapi. Buku-buku anak-anak pun boleh tahan banyak, tambah pulak dengan buku bundle ibu memang semak la tengok merata-rata tanpa rak. Ni pun kemas kejap nanti datang si Aryan sado habis dia punggah kecahkan buku.huhu



Karpet dan pillow pet bundle jugak. Beg ni 4 bijik ibu borong bundle juga. Puas hati sangat, good condition paling penting murah. Afia paling suka backpack spongebob tu segala macam buku dia isi dalam tu bila outing.


Bantal hiasan pun ibu beli bundle. Pillow cover ni je dari bale ibu. Ni nak cerita pasal bundle ke pasal playroom sebenarnya ni.hahaha..


Ni suasana sebenarnya bila Aryan sado mula mengganas. Kalau Afia ada lagi la pening..Bila dia mula main playdoh, memang melekat sana sini benda tu penuh lantai. Bertabahlah ibu nak mengemas.huhu.. 



Perlu ke Playroom ni? Up to u..tak wajib tapi kalau ada best. Toys dah tak semak kat hall tau. Anak-anak pun ada tempat privasi depa.






Saturday, May 06, 2017

Resepi Murtabak Biskut / Pizza Biskut



Ini sebenarnya menu kegemaran Aiman yang dah diupgrade sikit menggunakan bahan yang ada kat rumah. Seriuosly ini antara menu simple tapi sedap yang sangat berguna bila lapaq teruk tapi tak ada benda nak makan kat rumah..nak masak pun takda bahan. Telur dan biskut kering Insyaallah sentiasa ada disetiap rumah kan.

Cara buat sama seperti Murtabak Maggi. Boleh letak bawang, ayam, daging, udang, sosej, sayur ke ikut keselesaan tekak dan budget.huhu. Macam biasa sukatan hentam sajalah labu. Yang penting telur tu kena banyak..nak bagi sebati dan berair sikit sebelum goreng.

Resepi Murtabak Biskut / Pizza Biskut

Step pertama tumis bawang, sosej dan segala apa protein dan sayur yang ada. Kali ni aku guna bawang dan sosej sahaja. Ketepikan. 
Pecahkan biskut kering 4 segi dalam bekas kemudian masukkan telur, kacau sebati. Masukkan isi sosej step pertama tadi dan kacau lagi. Perasakan dengan garam. Panaskan kuali, minyak jangan banyak sangat goreng macam masak telur dadar tu dah siap boleh la percik mayones dan sos atas murtabak. Siap!

Ni versi letak cheese dan mayones.

Nak makan baru boh sos sebab Kak Pia tak makan pedas.

Please try this. All the time favourite!




Wednesday, May 03, 2017

Afia's 4th Birthday



Lama tak update blog. Dulu masa Afia baby setiap perkembangan dia ibu celoteh dalam blog. Semalam dah 4 tahun dah anak ibu. Ohh cepatnya masa berlalu. Bulan depan Aryan pun dah setahun. Tolong jangan cepat sangat besar anak2 oii.huhu

Macam biasa la kan setiap tahun mesti ada sesi potong kek. Kali ni ibu tempah dekat orang yang sama masa birthday Abang Aiman tempohari. Senang sebab boleh COD. Kek pun boleh tahan sedap, harga berpatutan.

Sebab Kak Pia ni gila sangat dengan baby doll keknya haruslah tema doll. Kali ni carrot cake jadi pilihan.


Dah ibunya jual bundle, pilih je dress dalam bale ibu untuk birthday girl. Walaupun banyak baju tapi pening jugak sebab rasa macam tak ada yang sesuai pulak untuk Afia.haha At last ibu pilih yang ni. Crown headband tu Kak Na (anak mak pengasuh) tolong belikan. Jadi la kan nak potong kek je pun dok buat pulun apa.kiki


Sebenarnya selama ni kami tak pernah buat apa-apa majlis harijadi untuk anak-anak. Dah Kak Na nak join, ibu jemput 1 famili mak pengasuh buat makan kecik2, small celebration untuk Afia. 

Masa depa mai bawak belon dan hadiah coklat cawan ni Afia macam malu-malu..agaknya terkejut kot. Mengada sangat ok. Ni pun nak suruh pose bukan main susah..kena ugut tak boleh ikut Kak Na pi butik baru kalut buat gaya.haha..


Salah sorang anak mak pengasuh sama tarikh birthday dengan Afia, Kak Yani balik kerja datang bawak lagi banyak belon Happy Birthday. Jom potong kek!





Petang tu nak masak tetiba lampu dapur buat hal, dengan sadisnya ibu masak dalam gelap. Buat bihun goreng simple je dengan spageti bolognese kesukaan birthday girl. Gambar pun tak sempat snap dah kalut berperang dengan Aryan sado. Semput ok! Ni pun picture ibu tapau untuk breakfast kat opis esoknya.


Ini birthday present untuk birthday girl, telekung sedondon dengan ibu..plus playtent kat atas tu..plus handbag 3 bijik plus 2 lunch box bag. Banyak gila kan hadiahnya. Nafsu ibu je yang lebih ni.hihi


Selamat Hari Lahir Afia Imanina. Kehadiran Kak Pia memang antara anugerah terindah dalam hidup ibu. Ibu tatang Kak Pia dengan penuh kasih sayang dari mula dapat tau Afia dalam rahim ibu. Kak Pia umpama anak pertama yang membuat ibu merasa semua kenikmatan yang tak pernah ibu rasa masa kehadiran Abang Aiman dulu. Semua yang terindah untukmu kekuatan iman kami, so sila jadi solehah...jangan terlalu diva.huhu