Pixajoy

Saturday, January 31, 2015

Kek Kurma Pemanggang Ajaib



Punya lama dah aku buat kek kurma ni tapi tak sempat nak update. Benda pertama kali buat sebolehnya aku nak jugak tepek kat blog supaya senang nak refer resepinya kemudian hari. Cubaan pertama juga aku bakar guna pemanggang ajaib. Nak cepat dan malas punya pasal. Tak sangka walau rupa buruk, kek ni laku ok. Kejap je Aiman dan en suami belasah licin.

Aku tergerak nak buat kek kurma memikirkan kurma kat rumah yang dah kejung dalam peti ais. Sebolehnya aku tak suka membazir segala makanan yang ada. Kalau ada benda tak habis menunggu mati kat rumah mesti fikir apa benda nak gayakan menjadi sesuatu menu boleh soru. Secara tak langsung bolehlah otak aku yang dah berkarat ni merangsang secara kreatif dan kritis. Wah gitu!

Kek kurma ni sesuai kot untuk orang pantang bersunat atau pantang bersalin sebab tak guna telur. Tapi pakai minyak, tak kurus jugak sapa yang dalam pantang tu ye.haha..Bebel banyak pun tak guna.Let's check it out the receipe!




Resepi Kek Kurma

Bahan-bahan

20 biji kurma
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan minyak
3/4 cawan susu uht/fresh milk/susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Blander gula, minyak, susu dan kurma yang dibuang bijik. Tuang dalam bekas, masukkan tepung dan esen, kacau sebati. Pastu bakar sampai masak. Senang gila!







Friday, January 30, 2015

Basahkan Tekak Di Penang Hill



Puas meneroka dunia burung hantu (puas sangat.haha), kami lalu dekat deretan kedai pastu Aiman berkenan pulak dengan mainan teropong. Kami dah duduk dekat kerusi dia tak berganjak dari kedai membelek. Nak mintak tak berani. Kalau aku jangan harap la nak dapat. Dah tau dah peel dia, balik nanti dicampaknya merata tak tau sayang harta benda. Benda murah pun kalau dah seratus juta kali beli membazir je. En suami kan ke lembut hati sikit, senang-senang je teropong tu jadi hak Aiman.

Adik fia test dulu teropongnya.



Aku perasan banyak kedai cha ya nun alif saja. Ternampak satu kedai melayu terus order situ. En suami banana split, abang cendol special, aku dengan Aiman share ABC special. Konon banana split untuk en suami, tapi aku yang makan banyak. Sedap pulak aiskrim vanila dia. Ampun kalau ada yang meleleh air liur pepagi camni.hehe



ABC takdelah sedap mana. Cendol pun bolehlah. Model makan-makan ibu asal posing mesti buat gaya best.


Sekali lagi pose dari si chubby Aiman.


Afia macam biasa aktif kesana sini. Semua orang pun dia nak tegur. Ni kejap je dia dok diam camni selebihnya merayap keliling meja.


Ni ja gambar dalam feri yang sempat snap buat kenangan. Balik dah malam gelap pun. Ada tanya siapa Pakwa? Pakwa ni abang aku yang sulung. Orang Perak rasanya panggil bapak saudara yang sulung sebagai pakwa.



Lepas turun dari feri, Aiman pengsan dulu diikuti Afia. Nampak sangat dua-dua kepenatan.






Thursday, January 29, 2015

Owl Museum Penang Hill



Muzium burung hantu antara tarikan baru kalau ke Bukit Bendera. Tersenarai dalam Guiness Books Of Records, rasanya muzium burung hantu pertama di Malaysia ke yang pertama di Asia, entah. Aku sebenarnya tak minat pun nak masuk. En suami beriya sangat ajak. Aiman pulak masa tu demand nak ke toilet, padahal toilet dekat deretan kedai makan, tak masuk Owl Museum pun takda hal.

Apa pun alang-alang dah datang, bukannya selalu, pertama kali pulak kan, masuk tetap masuk. Harga masuk muzium dewasa RM 10, kanak-kanak percuma. Pun begitu laju je adik dekat kaunter tiket bagi promosi RM20 saja even kami ada 3 dewasa. Nampak sangat macam tak laku.muahaha..

Main entrances, It's owlsome u all.hehe..


Kat dalam lebih kurang macam gini je gayanya. Namanya muzium burung hantu, memang semua benda berkisar pasal owls la. Aku tengok tak bagi konsentrasi langsung, so jangan nak tanya pasal habitat atau ciri-ciri burung hantu memang aku tak tau. Pada yang minat owl boleh explore tempat ni. Nampak kecik tapi banyak info boleh dapat.


Model muzium sila ambil tempat! 


Ni muka depan untuk masuk owl museum. Turun tangga nampak kan yang sebelah kiri port makan. Muzium terletak dibangunan yang sama. 


Aku membayangkan at least ada bagai sekor burung hantu real, rupanya muzium penuh dengan replika dan hiasan owl saja. Kata abang aku ada owl yang diawet, serius aku tak perasan. Masuk dengan tak berjiwa pastu menonong je keluar. Aku cuma minat snap gambar untuk modal masuk blog.hehe..





Wednesday, January 28, 2015

Hadiah Seringgit




Pagi tadi terima berita sedih abang aku accident. Buku lali abang retak, kena simen nak gerak pun susah. Dah la abang kat rumah sorang, adik-adik aku semua kerja. Semoga abang cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan hendaknya.Jiwa kacau la sekejap sampai tak lalu makan. Tak keluar breakfast aku pagi tadi.hehe..

Lunch break kena singgah ambil Aiman dulu. En suami tak dapat ambil macam selalu sebab kerja. Fikir tak sempat nak masak aku beli nasi bungkus dulu sebelum ke sekolah. Masuk kereta mengeluh si chubby macam ada masalah besar. Rupanya budak kelas dia berak dalam kelas. Marah betul dia dekat budak tu. Busuk katanya.hehe..

Beberapa hari lepas pun buat terkejut je balik sekolah cakap dengan serious,

" Ada masalah besar ni bu..isk isk..."

Bila tanya apa problemnya

" takdak pape..cikgu Rozali lantik Aiman jadi ketua kelas. Cikgu kata Aiman nampak macam baik.."

Haha nampak je macam baik sebenarnya abah dia ada mata-mata kat sekolah tu yang akan merepot kalau Aiman buat hal kat sekolah..hehe

Eh melalut cerita lain. Berbalik pada tajuk, sampai rumah petang tadi Aiman keluarkan duit seringgit..

" Ni Aiman dapat hadiah..ustazah bagi sebab Aiman pandai baca..”

Hebat cikgu sekarang ekk. Siap hadiah duit lagi.Kenapa tak bagi sepuluh ringgit ja. Jimat wang saku Aiman untuk dua hari.hehe










Sepetang Di Bukit Bendera



Hampir enam tahun lamanya kami tak ke Bukit Bendera, sejak train baru mula beroperasi lagi. Aiman sorang je dah rasmi train baru tu pun ikut Wan dan Maktok masa baru- baru kami pindah SP dulu. Kami pergi dan balik naik feri. Harga feri dengan kereta RM 7.70, bayar masa pergi sahaja, balik free ye kawan-kawan, sekadar info buat yang tak pernah sampai Penang. Masa pergi dalam feri Afia tidur sepanjang berlayar. So aku tak keluar pun dari dari kereta.

Walau tak expert jalan area penang, perjalanan lancar guna map. Sekarang dah ada bangunan khas untuk park kereta rupanya. Punya lama tak pi baru ni tau.hehe..Parking kereta bukan free, kena bayar tapi consider murah la. Sejam pertama RM 2, jam seterusnya RM1 if i'm not mistaken.haha 

Harga sebenar tiket sorang RM 30. Pandai la korang google sendiri kalau nak pi. Kat kaunter dia tulis kena tunjuk ID Card tapi en suami tak tunjuk pun. Kata en suami pada bininya, takkan tak faham kot, tengok muka je dah tau bukan foreigner. Kami ambik family package untuk harga yang terlajak murah. 2 dewasa sorang kanak- kanak RM 17 plus sorang lagi dewasa RM10. Jimat banyak! Abaikan tangan buruk laki aku ni.


Sebelum masuk wajib posing dulu dimuka pintu. Ni je gambar berjenis sikit yang ada. Masing-masing comot. Aku dah macam bibik je dressing. Tak sempat tukar baju dah.haha..Nak pulun ambik gambar susah sikit dengan si bambam. Terima je la apa yang en suami snap. Macam skill photographer aku hebat sangat bunyinya.huhu


Train baru ni punya laju baq hang. Tak sempat nak tengok keindahan alam dah sampai atas. Pun begitu bagus juga buat yang ada anak kecik macam aku. Kalau lama-lama dalam train, style sangat si bambam mengaruk tak sudah, especially masa turun. Punya berlagak nak berdiri dalam train tak bagi kita pegang. Pastu dok selak tudung nak nenen. Adoilah anak, orang penuh train itu yang awak mintak.hakhak..


Sampai atas kami di offer naik kereta apa benda namanya ntah, lebih kurang macam kereta golf tu tapi boleh muat maximun 7org satu famili. Dia bawak pusing 4km pergi balik dengan harga RM 30. En suami tanya aku nak naik ke tak, ikutkan nafsu kemut aku memang fikir tak mau naik mulanya.haha Tapi fikir dah sampai, walau dekat tak senang juga nak sampai sini lagi, kami naik jugak. Dulu- dulu memang takda servis kereta macam ni tau.

Kereta ni pakai bateri, boleh tahan laju. Masa patah balik bateri jadi slow, terkemut-kemut dia jalan sampai turun bukit dengan sendirinya jadi laju balik. Driver bawa kami ada bagi sikit info pasal benda-benda yang ada dekat atas bukit bendera pastu cerita tentang banglo kat Penang Hill dan sebagainya. Kalau nak explain satu-satu tak habis jugak satu entry. Lets wefie!haha


Tak ada apa sangat pun naik benda ni cuma kalau kita nak ambik gambar, driver tu akan bentikan kita pastu boleh la snap keindahan Penang dari atas bukit bendera.


Sebelum turun kita snap lagi gambar ye. Mujur ada model ibu si chubby Aiman yang tak payah paksa berposing. Si bambam Afia langsung tak sporting, asal tala hand phone nak snap gambar terus dia jerit. Buat muka tak menarik langsung untuk tatapan dihari muka.

Kudaku lari gagah berani..kuda hitam..kuda hitam...ewah!


Pakwa pun tak payah dipaksa jadi model periuk kera dengan Aiman.huhu eh betul ke periuk kera namanya? Hentam sajalah labu!


Tengok tu bambam langsung tak bagi kerjasama. Ibu pujuk suruh tengok depan pun tak jalan juga. En suami perut macam pregnant 7bulan.kahkah


Sekeping gambar Afia yang tak mesra kamera. Seksi yaw walaupun dengan angin sepoi-sepoi dari atas bukit.haha..


Banyak dah perubahan kat sini. Kedai jual cenderamata dan port makan-makan pun dah berubah tempat, semuanya satu bangunan dengan Owl Museum. Nanti aku sambung story pasal Owl Museum.








Tuesday, January 27, 2015

Penang Hill Scenery



Kita warming up dulu gambar Permandangan Bukit Bendera yang sempat di snap pakai handphone samseng aku dan vivo en suami. Tak menahan warming up. Penang Hill je pung!! Hehe..














Monday, January 26, 2015

Balik Kampung Lagi!



Tujuan utama balik Nibong Tebal sebab nak attend kenduri jiran. Kendurinya hari Sabtu, alang-alang dah cuti fikir nak isi masa cuti dengan aktiviti jalan-jalan. Hari Jumaat, niat nak bertolak balik kampung awal pagi jadi lewat dek en driver mengantuk tahap tak bley blah. 

Masih lagi merancang nak ke Lost World, tapi bertolaknya dah lewat. Mood nak kesana pun tak berapa nak ada lepas kejadian sadis tertinggal beg haritu. Tanpa planning en suami ajak pergi Penang Hill. Aku ok je..Dah lama kot tak kesana. Pun begitu kami tak terus ke Penang, singgah rumah dulu ambil abang aku. Adik - adik aku yang tiga orang tu semua kerja.



Kami berhenti lunch dekat Hentian Juru. Memang sini je port wajib singgah setiap kali balik kampung. Aiman as usual makan nasi ayam, en suami nasi campur, aku menu tak mau nasi, so order mee kuah. Yang sebenarnya Afia makan banyak meenya, tinggal sampah je untuk ibu. Berselera dia makan sama naik dengan lasaknya tak kira tempat.


Sampai kampung orang tengah solat Jumaat. Sempat aku masak bubur untuk si bambam bawak bekal. Lepas solat Zohor, mandikan Afia, tukar baju dia, terus bertolak ke Penang. Kami yang lain tak sempat tukar baju dah, pakai baju comot dari rumah.huhu

Dalam kereta suapkan Afia makan, dah kenyang terus dia tertidur. Tak dapat la nak tengok macam mana reaksi bambam naik feri pertama kali.









Friday, January 23, 2015

Bento Si Bambam



So far aku masih bekalkan makanan untuk si bambam Afia bila hantar dia ke pengasuh. Kalau dulu sibuk dengan puri segala, sekarang ni memang always bubur fresh dan cuba pelbagaikan menu selain biskut sebagai snack.

Walau Afia dah besar dan makan segala mak nenek dah, dia tetap masih suka bubur blander yang biasa dia makan masa start solid food dulu. Sampai sekarang bubur tanpa tambah apa-apa perasa even garam sekalipun tulah menjadi kesukaan.

Benda pepejal biasanya dia makan main-main, tak bersungguh. Entah, kadang dia mau makan, kadang main-main pastu buang je kekdahnya. Selalunya aku akan masak bubur pastu blander. Kalau agak rajin tambah lagi satu menu yang memerlukan penggunaan sistem kunyahan. Dah besar kena la belajar makan family foods. Jangan dok jadi ular sawa sangat.huhu..

Antara menu Afia yang sempat aku snap


Spageti bolognese ayam


Maggi sup ayam+brokoli+kentang+karot


Koteaw sup bebola ikan


Afia sekarang paling suka mee. Selalu jugak aku buat mee goreng untuk dia. Fish ball lately dia suka pulak. Tu yang selalu masuk dalam sup. Nasi keras waima nasi bubur makan dengan sup pun dia takkan layan. Nasi goreng kadang suka. Tu yang pelik tu. Nasi putih yang kita makan langsung dia tak sentuh. Mee, koteaw, mihun, spageti je dia makan.

Nanti nak cari acuan bentuk untuk bento yang lebih menarik. Biaq terkejut beruk sikit pengasuh tengok bento anak aku.haha..








Wednesday, January 21, 2015

Ayam Cendawan



Sambal ayam, ayam masak kicap, ayam black peppers dan kadang-kadang ayam masak lemak cili padi menjadi menu yang biasanya aku masak. Balik-balik tu je la yang aku reti buat pun.hehe..Kebetulan ada stok cendawan butang dalam tin kat rumah. Otak terus ligat fikir menu ayam selain dari kebiasaan. Disebabkan menu pertama kali haruslah tempek dekat blog. Entah-entah AN tengah tunggu apa entry ni.haha..

Resepi hentam kromo saja. Potong-potong, baling-baling campak-campak, siap! Aku memang peminat cendawan butang, licin satu tin terus aku campak dalam kuali.



Resepi Ayam Cendawan Mudah

Tumis bawang merah+bawang putih+halia yang dipotong dadu sampai naik bau. Masukkan ayam, masak sekejap pastu masukkan stok ayam or air. Masukkan cendawan butang + gula + garam+ serbuk ayam, masak sampai mendidih dan hingga ayam empuk. Akhir sekali bancuh tepung jagung dengan air dan tuang untuk pekatkan kuah. Yummy!


Sesekali kena resepi bodo macam ni best jugak. Lagi-lagi buat kuah lebih dan pekat, layan je makan dengan nasi. Aku dan en suami je makan dengan berselera, Aiman tak suka. Bila  tak suka cendawan butang, masak macam ni bukan pilihan dia la.








Tuesday, January 20, 2015

Family Outing



Kisah Jumaat lepas. Baru sempat nak update. Mula-mula singgah Amanjaya Mall sekejap pastu pergi makan kat Village Mall, sebelum balik singgah Tesco pulak. Jarang kami outing tiga tempat sekaligus macam ni.

Bawak si bambam outing sekarang semakin mencabar. Kadang demand princess sangat nak dukung setiap masa. Bila datang peel tak nak dukung, meronta nak turun bawah pastu jenuh kita mengejar. Laju dia lari jalan menonong langsung tak takut orang tau. Orang lalu lalang pulak dok senyum-senyum pastu ada yang siap cubit pipi dia. 

Setiap kali outing pantang Afia nampak stroller, mana tempat ada baby kat situ dia tuju. Suka sangat dengan baby. Jangan la cepat sangat mintak adik, ibu tak mampu lagi nak bagi.haha.. Selain tu Afia suka sangat naik escalator. Dah tu berlagak nak berdiri sendiri tak bagi kita pegang. Paling cabaran bila tiba waktu makan. Makan nak suap sendiri satu hal, apa tak kena sikit je terus dia test pitching. Aktif betul sekarang ni. Kadang ikutkan aje sebab tak tahan malu dengan orang sekeliling.hehe

Sejak dah pandai buat pizza sendiri dah lama tak pergi Pizza Hut. En suami bawak kesini layan jer la. Ni pun Aiman kata pizza ibu lagi sedap. Aku pun rasa yang sama. Bukan nak puji tapi kenyataan.haha..

Nak pizza ni..

Sekejap je dia mau duduk dekat baby chair pastu mula la mengaruk. Itu tak kena ini tak kena. Dalam dok tengok menu datang anak pengasuh yang kerja kat PizzaHut ni. Anak pengasuh tu keluarkan handphone dia pulak tunjuk kebudak banyak akal ni, apalagi sawan la si bambam. Sekarang ni pantang je nampak gadget dia sorang nak conquer. 

Seksi atas meja.haha

Afia sekarang nak makan apa tak mau kita suap. Nak suap sendiri kalau tak ikut mula la buat perangai. Tak jerit tak melalak tak sah. Mana perginya baby ibu yang sangat behave entah! Ni belanja sekeping gambar ibu Aiman Afia yang semakin mengembang. Haruslah crop sembunyi badan mak gajah.huhu

Tengok Afia hirup sup sendiri. Geram je aku tengok.hehe

Antara yang kami order




Abang Aiman jugak cool, makan je tak banyak songeh macam Afia.hehe..



Alhamdulillah kenyang. Sebelum ke Pizza Hut bungkus kek SR konon nak makan kat sini. Dah pekena pizza pergi tapau lagi kek dan karipap besaq gedabak kat SR tu konon untuk makan sambil layan MLM malam nanti. Satu famili nafsu makan dinasour. 





Monday, January 19, 2015

Bila Lupa Homework



Semalam petang kelam kelibut aku nak masuk kerja malam. Mana nak masak, mana nak siapkan segala barang nak mengangkut Aiman Afia ke tempat kerja. Lagi nak siapkan keperluan sekolah Aiman esoknya. Awal tahun jadual waktu untuk Aiman pun belum sempat aku buat, yang cikgu bagi tu macam kacau bilau je jadualnya, so ibu la yang kena susun buku teks semua masuk beg ikut jadual.

Bila bukak je beg nak susun buku terpandang homework Aiman yang belum siap. Mendidih hati tiba-tiba. Tiga hari cuti langsung dia tak ingat homework. Kerja mengadap TV tengok kartun siang malam. Untung jugak ibu kerja malam. Kalau datang sengal tak kerja esok pagi baru aku check beg memang tak buat la homework Aiman oi! Bila tanya satu perkataan je dia sebut, Ya Allah!

Anak..oh anak..

Time ibu hangin setiap masa memang Aiman kena bebel. Tahan je la telinga. Silap sikit, siap!haha..


Sementara panaskan enjin kereta sempat lagi posing happy walau homework tak siap

Sampai opis ibu terus mintak makan. Bila lapar ingat pulak nak makan!Benda lain semua nak tunggu ibu bebel baru buat. Lepas dah kenyang dinner maggi goreng,masak Aiman nak siapkan homework dia. Ada tujuh muka surat kena siapkan. Cabaran sungguh bila nak pantau homework abang, Afia pulak buat perangai. Cik Pia ni cemburu buta. Ibu nak ajar abang mula la dia mengaruk.

Selagi tulis tak elok memang kena padam tulis semula. Cikgu ibu yang garang ni akan check satu-satu homework diaTu pun lagi satu homework ada gabungan suku kata yang cikgu suruh gunting dan lekatkan kat buku ibu tolong setelkan.

"Cikgu suruh Aiman baca ke semua ni?"

"Aiman tak payah baca pun terus dapat bintang..Aiman jadi cikgu kecik kat sekolah.."

Kemain berlagak dia! Lain kali ingatlah homework sendiri anak oi. Janganlah semua nak harapkan ibu.








Friday, January 16, 2015

Resepi Apom Goreng



Konon nak aktif, nak pegang tab pun susah, terpaksa sorokkan dari Afia. Dia kena sawan POU, teruk sangat peel tu yang haramkan terus dia tengok bayang tab. Depan Afia takda seorang pun dibenarkan main. So macam mana la aku nak update dengan tegarnya?huhu..

Pertama kali juga aku buat apom goreng ni. Memang sedap rasa macam apom lenggang aku biasa makan time kecik. En suami pun kata sedap pastu tak habis dengan otak berniaga. Apom bodo pun nak bisnes ka? Lawak..lawak..

Aku buat sikit je lebih kurang 1/4 kg tepung. Resepi asal guna air semata tapi aku campur air dengan susu cair. Apom ni sedap makan dengan kelapa parut, kuah kari ke sambal ikan bilis lagi terangkat kot. Aku suka makan macam tu saja baru feel. Sebenaqnya tak ngaku malas.haha..Betul, tanpa kuah baru rasa original apom manis masin lemak bergabung, meletop!

Bila post gambar dekat Facebook ramai pula minat nak resepinya. Aku macam biasa kalau masak main campak baling lebih kurang takda sukatan. Aku cuba bagi resepi ikut sukatan macam aku buat, tapi kalau hangpa nak actual sukatan pepandai la google sendiri.


Resepi Apom Goreng

1/2 kg  tepung gandum
1/2 peket yis mauripan 12g
10 sudu gula
1 sudu garam
Air secukupnya
Minyak atau marjerin untuk menggoreng

Cara-cara

Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam bekas pastu kacau. Kemudian masukkan air plus susu cair or fresh milk kalau suka, kacau rata. Adunan sama macam dok buat apom kukus tu la, tak keras or tak cair sangat. Rehatkan adunan sejam sampai adunan kembang sebelum goreng.

Cara goreng macam buat lempeng ya. Kalau nak garing buat leper-leper. Nak montel, slim, comel, besar up to you, ikut taste memasing. Goreng guna kuali leper or kuali tertutup lagi bagus. Kuali biasa pun no hal asal tak melekat sudah. Tu dia macam tu detail sekali aku explain. Macam ajar budak baru nak baligh ja masak.hehe

Selamat mencuba!










Tuesday, January 13, 2015

Aiman Mukhlis Tahun 2



Tiga hari persekolahan berlangsung baru hari ni dapat simpan sedikit catatan kenangan buat Aiman. Persiapan sekolah semuanya buat last minute. Tak excited sangat macam tahun lepas, tu pun boleh dikatakan semua beli baru kecuali beg sekolah pakai yang masih ada. Sebenarnya beg sekolah tahun lepas yang jenis tarik tu pun tak guna dalam gobok sampai sekarang. Salah percaturan beli beg besaq gedabak dengan badan sasa mana sesuai jenis tarik-tarik macam girl. Tak pasal abah kena beli beg baru. Benda masih elok, so guna sampai lunyai la kekdahnya.

Sehari sebelum sekolah baru sibuk pergi potong rambut Aiman dan alter baju melayu untuk KAFA. Almaklum big size budget mau lebih mana seluar sekolah, baju melayu semua kena potong. Padan je kat rumah tak ada mesin jahit, kalau tak aku buat sendiri je la. Jahitkan kaki seluar tiga helai RM10, potong tangan dan kaki baju melayu pun RM6. Lencana dan tanda nama memang aku jahit sendiri hentam kromo. Semua buat last minute, tak padan dengan malas mau berkira lagi keluar duit hantar tailor.hehe.. 

Buku teks mujur dapat yang dah terbalut elok, so mudah kerja ibu. Buku latihan balut guna pembalut ekspress yang masih berbaki tahun lepas. Nasiblah cukup dan masih banyak. Masa membeli tahun lepas tak ingat donia cerita dia. Alat tulis semua beli yang murah-murah. kalau tak kemut bukan PKlah namanya kan. Colour pencil pun cari yang murah sebab dah tahu Aiman fesyen tak expert jaga harta benda. Alat tulis semua kejap-kejap hilang. 

Adik lagi sibuk dari abang dia ok. Abang rilex ja semua benda ibu kena urus.

First day sekolah ibu pergi hantar terus balik takde tunggu apa dah. Bayaran semua en abah settle kemudian. Tu pun en suami kata apesal tak hantar sampai kelas. Adoi budak dah darjah dua, dah tau kelas kat mana lagi mau hantar ka. Bangun pun agak terlewat so tak sempat sediakan breakfast  untuk Aiman. Walau dah lewat kena sempat la snap picture hari pertama sekolah. Kejap je anak ibu nak masuk 8 tahun. Tak boleh feeling muda tau bila ada anak yang dah besar. 


Petangnya pergi KAFA pun lewat. Dua tiga kali naik turun tangga carikan butang baju melayu Aiman. Lubang butang baju boleh pulak kecik. Semua butang yang ada tak muat. Buat kerja last minute macam ni la jadi. Tak sempat nak menggayakan tebuk lubang first day Aiman tunjuk bulu dada sikit la kan.hakhak..


Berpeluh ketiak sambil dukung si bambam nak bayar yuran. Lepas bayar ibu Afia terus blah. Singgah dekat abah bungkus milo ais kosong balik rumah tidur. Afia pengsan lepas hantar abang sekolah sampai dekat maghrib baru jaga. Sekarang fesyen tidur petang lama-lama pastu malam tidur lewat.


Semoga tahun ni Aiman dapat belajar rajin-rajin dan improved dalam pelajaran lebih dari tahun lepas.







Monday, January 12, 2015

Pemeriksaan Gigi Bayi



Zaman sekarang baby pun kena check gigi tau. Tapi sesetengah tempat ada jugak kot yang tak wajibkan. Kawan aku anak sebaya Afia check dekat klinik kesihatan tak perlu pulak check gigi. Ikut buku rekod kesihatan, pemeriksaan pergigian bayi perlu dilakukan tiga kali. Peringkat pertama masa umur 0 hingga 9 bulan, yang kedua waktu baby 10 hingga 23 bulan dan pada umur 2 hingga 4 tahun.

Afia pertama kali pergi dental check gigi umur dah masuk 10 bulan. Ibu la yang dok bertangguh malas nak pergi. Masa ni Afia sebatang gigi pun takde. Dia memang lambat tumbuh gigi. Gigi pertama muncul pun masa usia setahun. So dental nurse hanya periksa mulut dan bagi nasihat tentang penjagaan gigi.

Baru ni pergi check up kali kedua kejap sangat dah settle. Nurse cuma kata yang gigi depan atas Afia rapat sikit, minta aku aware takut senang dapat karies. Sekarang Afia dah boleh tolerate dah waktu gosok gigi. Kalau dulu setiap kali gosok memang tak sah kalau dia tak melalak, now tak perlu paksa dia sendiri minta aku baringkan di riba. Lepas kumur kena puji pandai terus clap hand. Tapi tu la dia tak mau gosok gigi berdiri. Kena baringkan di riba sama macam gaya kena paksa gosok gigi dulu-dulu.

Apa-apa je la anak oi asal mau gosok gigi sudah!

Afia sebelum pergi Dental









Saturday, January 10, 2015

Aktifkan Diriku



Hampir setahun netbook rosak nak beli laptop baru pun kemut. Beli tab dekat lazada tu pun sebulan je pakai dah jahanam. Menyesal gila masa beli tak sabar tak fikir warranty semua pastu nak jimat sangat tak pasal duit lebur macam tu ja. Awal tahun ni ada rezeki lebih sikit en suami janji belikan aku tab baru. Beliau faham yang isteri beliau ni kan ke seorang blogger. So bermula hari ni dah boleh aktifkan diri semula berblog.

Semalam punya cerita. Awal pagi dapat tab baru terus pekena nasi campur dekat Food Court Amanjaya Mall pastu kelam kabut masuk kerja petang. Nak tukar duty tak dapat so balik kerja en suami ambil Afia dekat rumah pengasuh terus ambik aku ke Amanjaya Mall sekali lagi dengan misi mencari handphone baru pulak. 

Mulanya plan nak belikan handphone baru tu kat aku sebenarnya. Nak beli dua bijik macam membazir pulak handphone lama masih elok, lagipun macam aku ni banyak duit sangat.hakhak. Fikirkan aku ni jenis lasak tak pandai sayang harta benda pastu tangan jenis parasit akhirnya handphone baru tu aku bagi en suami ja guna. Aku pakai samseng en suami yang lama tu je la. Nasib beliau baik sebab dapat isteri buta gadget kan.muahaha..

Mula-mula masa nak cari handphone konon alas perut dengan kaya ball pastu tak tahan lapar sangat dinner sizzling mee dulu dekat food court sekali lagi. Ohh Afia semalam ligat sungguh naik pitam ibu nak kejar. Pantang nampak baby, budak mana je jumpa selamber dia pergi tegur nak buat geng. Sebelum balik singgah Just Bread sekejap. Ni yang sempat kami rembat. Ada yang dah masuk perut sebenarnya.hehe



 Sambil layan MLM sambil ternak lemak. Terbaik!








Monday, January 05, 2015

Baby Damia



Balik kampung Jumaat lepas melawat adik ipar yang baru saja melahirkan. Baby lahir seberat 3.06 kg pada 24 Disember lepas. Nur Damia Insyirah nama diberi. Nampak kecik comel je Damia ni. Pipi labuh pulak tu yang buat geram tu. Dengan ini diistiharkan Afia sudah ada geng. Sebelum ni dia sorang je girl. Alhamdulillah semakin bertambah cucu-cucu mak abah.

Afia kemain lagi suka, kejap-kejap belek baby. Bila geram siap aksi cubit baby dia bagi. Nasib baik cubit-cubit manja. Malas nak taip banyak, jom tengok aksi kak pia kita!



Baby nangis sebab lapar ye bukan sebab kak pia. Tengok gaya dah boleh buatkan Afia adik tak.hakhak..