Pixajoy

Saturday, January 31, 2015

Home » Kek Kurma Pemanggang Ajaib

Kek Kurma Pemanggang Ajaib



Punya lama dah aku buat kek kurma ni tapi tak sempat nak update. Benda pertama kali buat sebolehnya aku nak jugak tepek kat blog supaya senang nak refer resepinya kemudian hari. Cubaan pertama juga aku bakar guna pemanggang ajaib. Nak cepat dan malas punya pasal. Tak sangka walau rupa buruk, kek ni laku ok. Kejap je Aiman dan en suami belasah licin.

Aku tergerak nak buat kek kurma memikirkan kurma kat rumah yang dah kejung dalam peti ais. Sebolehnya aku tak suka membazir segala makanan yang ada. Kalau ada benda tak habis menunggu mati kat rumah mesti fikir apa benda nak gayakan menjadi sesuatu menu boleh soru. Secara tak langsung bolehlah otak aku yang dah berkarat ni merangsang secara kreatif dan kritis. Wah gitu!

Kek kurma ni sesuai kot untuk orang pantang bersunat atau pantang bersalin sebab tak guna telur. Tapi pakai minyak, tak kurus jugak sapa yang dalam pantang tu ye.haha..Bebel banyak pun tak guna.Let's check it out the receipe!




Resepi Kek Kurma

Bahan-bahan

20 biji kurma
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan minyak
3/4 cawan susu uht/fresh milk/susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Blander gula, minyak, susu dan kurma yang dibuang bijik. Tuang dalam bekas, masukkan tepung dan esen, kacau sebati. Pastu bakar sampai masak. Senang gila!







15 comments:

mama eija said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum Puan Kutu... nampak sedap! blm pernah makan lagi kek kurma ni tapi buah kurma eija suka... msti licin punya kalu ada kat rumah... ekekeke

Umialya said... Best Blogger Tips

fuhhhhh dasyat punya resepi, blander jer semua bahan, bakar.. chaiyokkkkkkkkk..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Kek kurma. Boleh try ni. Dlm peti sejuk kat umah fiza pun still ada kurma. Hehe... Kalau licin tu Muni maknanya sedap sangatlah tu. Thanks kerana berkongsi resepi.

Sya said... Best Blogger Tips

Senang yang amat!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. chef PK kata senang giler resepinya.. bagi dia senang ler. Cer bagi saya, rela makan kurma kering tu sampai longgar gigi.. haha.. kalau PK jadi jiran saya dah lama saya tempah makanan ke kek ke dengan Pk ni.. rajin dan kreatif sungguh.. cara buat pun selalu kongsikan cara mudah..

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Macam sedap tu pk..dirumah acik ni tak sempat nak lama kurma tu..hari2 dimakan

nurbijen said... Best Blogger Tips

setuju... respi yg senang gila... Tapi budak2 kat rumah ni suka makan kurma.... mmg kena beli kurma semata mata nak buat kek lah nampak gayanya...

ida =) said... Best Blogger Tips

dulu saya x makan kurma. x suka. kecuali yg fresh. tapi mahal!!!!

pastu masa puasa aritu dpt banyak kurma. ehhh... sedap pulak. skrg ni, asal habis, saya beli lagi kurma. sedap!

tapi... kek kurma tak pernah rasa. rajin pk ni tau!

syida said... Best Blogger Tips

cuma blend, tuang dan bakar..fuhhh mmg macam senang sangatt ni..kena salin resepi ni, kot tetiba dtg aura rajin nnti leh cuba ;p

biar rupa kek tak cantik, janji rasanya sodappp hehe *thumbs up*

jaymiee said... Best Blogger Tips

sedap ker..boleh mintak sikit...haha

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

sedap ni..
kalu xda telur sy pon suka.
tenkiu pk berkongsi
pa pk jns yg besar kot.. saya punya kecik j

Cik Rose said... Best Blogger Tips

sedap! senangnya cara dia kak.. blend jer.. boleh cuba ni..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

mesti sedap ni..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Awatlah PK ni kalau buat resepi mesti senang gila. Tercabar saya ni tau bila tengok resepi mudah kat sini. Rasa tetiba nak jadi isteri dan mak terlebih mithali untuk keluarga. Rasa macam segera nak balik main masak-masak kat rumah tau! Aduhai...

Baru teringat, ada sebekas kurma kat rumah tiada siapa yang usik. Bila nak expired pun tak tahu, rasa macam dah lama bertukun dalam peti sejuk. Nanti saya datang balik check resepi, manalah tau tetiba jadi kek kurma pulak kat rumah. Haruslah HD dan anak-anak terkejut nanti :)

akukapasputih said... Best Blogger Tips

agak2 smp masak tu berapa minit ye?