Belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Semoga tahun ini banyak yang baik-baik akan menyusul buat kita semua.
Lately banyak perkembangan bahasa Afia yang membuatkan ibu teruja. Sebelum ni perkataan paling famous yang kerapkali dia sebut cuma abah. Mintak apa-apa waima panggil ibu pun akan keluar perkataan abah. Afia lebih selesa menggunakan bahasa isyarat dengan bunyi tanpa perkataan. Jarang sekali nak dengar dia sebut perkataan rutin selain ball, goal, nenen, amm. Sampai sekarang pun sesekali saja dengar perkataan ibu, bu..tu pun bila dia nangis.
Perkataan complete pertama yang Afia pandai sebut adalah diti (dirty). Dirty memang antara perkataan yang ibu selalu sebut. Sekarang bila kita sebut dirty, dia akan ikut sebut diti sambil menunjukkan deretan gigi dengan comelnya. Kemudian bila tengok iklan Oishi yang ada Farid Kamil tu kemain lagi dia sebut shi..Kiranya dia dah mula mahu sebutkan apa perkataan yang kita minta sebut. Semalam dalam kereta bila ibu membebel sebut perkataan apa cita! tiba-tiba dengar Afia sebut ta..Oh dia dah pandai mengajuk apa kita cakap ok!
Sebelum usia setahun Afia cuma pandai tunjuk hidung bila kita sebut nose. Sebetulnya ibu tak pernah betul-betul ajar Afia mengenal anggota badan. Setakat nyanyi lagu head and shoulder knees and toes tu adalah. Baru-baru ni abah kata Afia dah pandai so ibu cuba minta Afia tunjukkan hidung, mulut, gigi, mata, tangan,kaki, kepala, rambut, perut, ketiak tak sangka cubaan pertama dia dah kenal semua dan tunjuk dengan betul.
Cepat sangat Afia besar. Dah dapat adik baru pun. Hari ni kami balik kampung tengok baby Damia. Nanti update ya!
13 comments:
Assalamualaikum Afia...comel awak...selamat tahun baru syg...
saat2 paling seronok kan PK..rasanya setiap saat yang ada nak bersam tengok dia membesar..
comel je Afia bila tengok Afia sebut semua tu kan
Terkejut kakak tetiba Afia dpt baby baru. Ingat baby dari perut ibu yg sama:)
Budak cepat besar tanda kita ni pun cepat senja aduhai...
Selamat thn baru PK....dh besar ank dara ibu.
Geram je tengok kan.. gaya dia.. aksi dia.. terkedek2 dia.. ;)
Selamat tahun baru Muni. Cepatnya masa berlalu kan. Afia pun dah 1 thn 8 bulan. Cerdik sungguh dia. Sikit hari nanti mesti banyak cakap. Hehe... Ada teman berbual Muni.
selamat pagi :)
selamat tahun baru kak :)
alhamdulillah
seronokkan melayan :)
selamat tahun baru pk
Pandainya afia! Bagus2.. Dia pakai pampers xl dah kak muni? Amboi... Besarnya dia. Aniq. Masih pakai S.. Haha.. Baru nak tukar size M.
Ish, terkejut tengok statement yang kat perenggan terakhir tu. Kalau tak baca latest entry memang ingat Afia dah dapat adik baru. Tapikan takdalah sampai 9 bulan saya tak terjah blog ni. Diam-diam je muntah-muntah. Huhuhu...
Seronokkan bila layan anak sebaya Afia ni. Ya betullah, setiap peringkat umur mereka tu kita rasa seronok tapi bab baru pandai cakap ni, aduhai, semput dada mendengarnya :)
20 bulan dah pakai XL, haruslah takda size tak lama lagi. Sama macam si Bubbly Abang masa kecil-kecil dulu!
P.S. PK, kita dah dapat alamat tu tapi bila belek balik memang ada lagi alamat PK masa buat geng meroyan first time dulu. Tunggu kita hantar hadiah ya. Sorrylah, telefon ada masalah so jarang tengok email. Belum cari baru lagi nak tunggu anniversary *_*
Ish.. suspens ayat Fia dapat adik baru tu.. rupanya sepupu ....cis...bikin panas ni.
Alhamdulillah anak ibu dah makin besar ya. Suka tengok Afia kat sini macam dah makin i kut muka PK..ya tak? Ke lain? Haha. Saya ni bab tgk muka sama dengan siapa tak pandai.
Fasa suka mengajuk ni seronok kan.. eh, nazif pun masih lagi tak beralih dari fasal mengajuk ni. Memang suka sangat dia repeat ayat2 abangnya.. layankan jelah ya..
semakin besar semakin byk ilmu yang afia dapat
@Aisy Nasiha
anak sedara sama macam anak sendiri juga..aiman siap bilang dia ada adik 4orang semuanya.hehe..
aah sekarang dh makin ikut muka ibu..org la kata.hehe
Post a Comment