Pixajoy

Saturday, January 03, 2015

Home » Siakap Masam Manis Mudah

Siakap Masam Manis Mudah



Menu balik kampung tempohari. Resepi dari adik aku, Ain. Disebabkan aku jarang masak benda masakan dinamakan sweet and sour ni haruslah tempek resepi supaya senang nak refer. Almaklum semakin meningkat umuq ni jangan ingat masak simple gini boleh ingat selamanya. Tiba masa nak masak kang tak pasal-pasal je lupa. Gambar macam hapa lagi harap maaf nak cepat.hehe


Untuk Ikan : Bersihkan ikan, lumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung kemudian goreng dalam minyak yang banyak sampai masak kekuningan. Angkat!



Resepi Kuah Masam Manis : Tumis bahan rempah (bawang merah+bawang putih+halia+cili padi, semua dadukan kecik-kecik). Kemudian masukkan serai yang diketuk, sos cili+ sos ikan or sos tiram. Pastu masukkan nenas + tomato yang dipotong dadu. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kalau tak cukup masam boleh masukkan air jus limau. Dah masak boleh curah dekat ikan. Setel!


Tepung jagung fungsinya untuk bagi ikan crunchy tapi pada hari tersebut Ain lupa bagitau aku soh masukkan tepung. Siakap pun dah terlebih garing aku gorengkan.huhu..Kata Ain lagi sedap guna nenas yang dalam tin tu pasal air nenas dalam tin membuatkan siakap sweet and sour makin sedap. Hari tersebut kami guna nenas fresh. 







16 comments:

syida said... Best Blogger Tips

Nampak sedap siakap sweet sour tu..feveret saya ni. hehe

Kalau anak2, dorang lebih suka siakap stim :)

salam Maulidurrasul

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

fav kami sekeluarga..akak jarang masak sendiri ikan siakap ni..kalau time rajin jer..biasa beli..upah masak kat kedai..:)

nasa mulia said... Best Blogger Tips

wah boleh lah buat kejap lagi sebab dah lama tak makan yg ini...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

ikan garing sedap.
hari ni pon menu siakap
siakap stim asam boi biras yg masakkan

salam maulidul rasul

psstt:la dekat ke, dgn pk.. pk ddk taman mana? sepupu ddk taman rhu

❤Kamsiah❤ said... Best Blogger Tips

feberet akak sekeuarga ni...thanks share resepi...

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Sya & family mmg suka Sgt la ni.. Tp lama dah X buat..

NzA said... Best Blogger Tips

ikan siakap feveret kami sekeluarga tu....masak apa pn sedapkan..nyum.

wa said... Best Blogger Tips

Memang sedap makan ikan siakap ni kan,,,,tapi baru tahu guna nenas dalam tin tu lagi sedap...

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

alamak sedap..baru je buat tapi ikan bawal

nurbijen said... Best Blogger Tips

Ada masa nak cuba resepi ni... Kat sini xde siakap, tapi biasa beli yang seabass jer... rasa boleh lah...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Aha, yang ni PK saya memang expert. Kerap sangat saya buat siakap sweet sour kat rumah tau. Sebab itulah tak masuk blog lagi. Hahaha....

Seluruh my small family suka siakap masam manis ni. Biasanya saya goreng lumur tepung jagung je sampai garing. Bab kuah tu yang paling marbeleslah, saya buat melimpah ruah sampai tak nampak mana ikannya. Hehehe....

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

noe pun jarang masak sweet sour...biasa order kt kedai je...hehehe

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Saya suka makan ni tapi kalau bab buat sendiri baru berapa kali je. Sebab tak menjadi sedap.. haha.. memang tak berseni buat kenra agaknya.. lepas tgk bendanya tak berapa menjadi mulalah malas nak buat lagi..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapnya...
lya suka masak 3 rasa..tp rsanya lbh kurang sama aje kan

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Kalau saya pun suka letak nenas dlm tin sebab senang, pastu nenas dlm tin tak masam sgt.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Okje masak sweet n sour tak pernah buh nenas PK....serai pun jarang haha....Tp kalau buh nenas mmg sedap pun sebenarnya....