So far aku masih bekalkan makanan untuk si bambam Afia bila hantar dia ke pengasuh. Kalau dulu sibuk dengan puri segala, sekarang ni memang always bubur fresh dan cuba pelbagaikan menu selain biskut sebagai snack.
Walau Afia dah besar dan makan segala mak nenek dah, dia tetap masih suka bubur blander yang biasa dia makan masa start solid food dulu. Sampai sekarang bubur tanpa tambah apa-apa perasa even garam sekalipun tulah menjadi kesukaan.
Benda pepejal biasanya dia makan main-main, tak bersungguh. Entah, kadang dia mau makan, kadang main-main pastu buang je kekdahnya. Selalunya aku akan masak bubur pastu blander. Kalau agak rajin tambah lagi satu menu yang memerlukan penggunaan sistem kunyahan. Dah besar kena la belajar makan family foods. Jangan dok jadi ular sawa sangat.huhu..
Antara menu Afia yang sempat aku snap
Spageti bolognese ayam
Maggi sup ayam+brokoli+kentang+karot
Koteaw sup bebola ikan
Afia sekarang paling suka mee. Selalu jugak aku buat mee goreng untuk dia. Fish ball lately dia suka pulak. Tu yang selalu masuk dalam sup. Nasi keras waima nasi bubur makan dengan sup pun dia takkan layan. Nasi goreng kadang suka. Tu yang pelik tu. Nasi putih yang kita makan langsung dia tak sentuh. Mee, koteaw, mihun, spageti je dia makan.
Nanti nak cari acuan bentuk untuk bento yang lebih menarik. Biaq terkejut beruk sikit pengasuh tengok bento anak aku.haha..
15 comments:
hahahaha..
jgn pengasuh pon tergoda sudah
afia mcm saya juga.masa kecik mak kata saya tak suka makan nasi lebih suka mkn mee bihun koteow..
tk la share psl bento ni..tgk kuetiow sup bebola ikan tu, trus dapat idea untuk menu anak2 hehe *thumbs up*
rajinnya PK..tambah bersemangat bila anak suka makan..akak dulu htr umah pengasuh kadang2 jer buat..slalunya pengasuh yg buat..huhu..:)
Yeaa.. dah berbento. haha. syukrii pn suka sup2 n mee. nasi xmau.. huhuhu...
hihi.. nanti pengasuh pun minta akak bekalkan bento untuk dia sekali ..
oh, dida tak minat nasi putih yer.. mungkin sebab tak de rasa kot..
lerrrr Bento tu bekalan tapau yer... mana dapat perkataan tu??
Aniq pun sama.. lebih suka mee kuey tiow drpd nasi..kalau bg mee tu walau pedas, dia akan makan byk.. tp nasi,kurang..
rajin la PK...mcm2 menu ada tuk Afia...mana la Afia x suka...nanti lg bembam la afia tu
Rajinnya!!! Patut la bambam. Itu... Silap2 haribulan, org tua pun terliur. Kikiki.
Saya tak masak bekal aleesya. Makan di taska sahaja. Insya allah kualiti makanan seperti di rumah. Tanpa perasa. Bezanya, menu diorang sedap2. Menu mama masak, simple2 aje . Kikiki.
rajin pk buat bento anak...salam kenal puan kutu...
iryantyahamad.blogspot.com
Amboi, Cik Pia... taste bukan main! Kecik-kecik dah makan spaghetti! Awak dah make sure semua ni bukan pengasuh yang makan? Huhuhu....Cik Pia punya bento so tempting. Buat ibunya deko cantik-cantik, lagilah alahai. Kalau saya yang jadi pengasuh, memang saya makan habis. Pastu bagi anak orang tu biskut Marie dengan maggi goreng cukuplah!
Haha.. kelas la Afia dapat ibu macam ni. Bento baby pun kemain lagi menunya.. naim nazif bentonya masa dulu cuma bubur je..lepas tu mama malas lagi nak bekalkan apa ke taska.
Ai, malam2 ni tgk bento si bambam pun boleh terliur... Untung Afia dpt ibu rajin masak :)
Senang Pengasuh PK.....tak yah susah susah dia nak masak utk Fia...
ALah apa nak herannya mak Fia kan mmg rajin masak....
Habis sup sup tu awak buh perasa ke tak PK? Baguslah Fia ni jaga kesihatan hihi
Tu la PK, ada gak terfikir nak buat bekal bentuk2 canggih utk bekal luth, tapi nanti kang budak itu tersipu2 plak tgk bekal dia over sgt. Yg maggi sup tu nape leper2 je mee dia?
Post a Comment