Pixajoy

Friday, January 16, 2015

Home » Resepi Apom Goreng

Resepi Apom Goreng



Konon nak aktif, nak pegang tab pun susah, terpaksa sorokkan dari Afia. Dia kena sawan POU, teruk sangat peel tu yang haramkan terus dia tengok bayang tab. Depan Afia takda seorang pun dibenarkan main. So macam mana la aku nak update dengan tegarnya?huhu..

Pertama kali juga aku buat apom goreng ni. Memang sedap rasa macam apom lenggang aku biasa makan time kecik. En suami pun kata sedap pastu tak habis dengan otak berniaga. Apom bodo pun nak bisnes ka? Lawak..lawak..

Aku buat sikit je lebih kurang 1/4 kg tepung. Resepi asal guna air semata tapi aku campur air dengan susu cair. Apom ni sedap makan dengan kelapa parut, kuah kari ke sambal ikan bilis lagi terangkat kot. Aku suka makan macam tu saja baru feel. Sebenaqnya tak ngaku malas.haha..Betul, tanpa kuah baru rasa original apom manis masin lemak bergabung, meletop!

Bila post gambar dekat Facebook ramai pula minat nak resepinya. Aku macam biasa kalau masak main campak baling lebih kurang takda sukatan. Aku cuba bagi resepi ikut sukatan macam aku buat, tapi kalau hangpa nak actual sukatan pepandai la google sendiri.


Resepi Apom Goreng

1/2 kg  tepung gandum
1/2 peket yis mauripan 12g
10 sudu gula
1 sudu garam
Air secukupnya
Minyak atau marjerin untuk menggoreng

Cara-cara

Masukkan semua bahan kecuali air ke dalam bekas pastu kacau. Kemudian masukkan air plus susu cair or fresh milk kalau suka, kacau rata. Adunan sama macam dok buat apom kukus tu la, tak keras or tak cair sangat. Rehatkan adunan sejam sampai adunan kembang sebelum goreng.

Cara goreng macam buat lempeng ya. Kalau nak garing buat leper-leper. Nak montel, slim, comel, besar up to you, ikut taste memasing. Goreng guna kuali leper or kuali tertutup lagi bagus. Kuali biasa pun no hal asal tak melekat sudah. Tu dia macam tu detail sekali aku explain. Macam ajar budak baru nak baligh ja masak.hehe

Selamat mencuba!










20 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. Afia nk rebut tab dengan ibu ya.. ini memang kena belikan untuk Fia satu tab khas ni.. kalau tak, memang kena sbar2 la ya..

Oo.. ini resepi apam di ig tu ya.. nampak comel je, bulat2 selaras...sekata..

eima said... Best Blogger Tips

apom fav fahim tp mama die tak reti buat ..kami kat mamak je ... hehehe

nanti nk culik resepi yo

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

tak kisah pun bg dia main tp dia suka bebai.main kejap pastu dok merengek.ja.dpt main tak dpt main sama ja perangai bebai tu yg tak bg dia.klu molek perangai kt hp pun ibu bley download POU

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

senang je ni buat sendiri puas fahim makan

Kuazue Mohd said... Best Blogger Tips

ni nak tanya, goreng ni mcm lempeng.. maksud kata lenser minyak dalam kuali ja lah yer?? kalau mcm lempeng tu panggil goreng eehh? tetiba makcik blur.. tolong tampau kiri kanan atas bawah jap... kakaka nak try sat g petang

Puan Mell said... Best Blogger Tips

dah lama nak try buat. tp xbuat2 lg. apom lenggang ke nama lain. hehe

NzA said... Best Blogger Tips

wow...gebuznyaaaaaa....terliur pulak tgk..
Aha la PK.....budak2 kecik skrg ni dh maju. pntang tgk tab ke hp ke mesti nak....ank buah akak baya afia pn sama..pntang tgk ibu pegang mula la dtg dekat2 nk main.....he3x....tapi bagus PK buat mcm tu..langkh2 awal...he3x

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

menarik ni PK...boleh cuba nanti

LydSunshine said... Best Blogger Tips

feveret saya gak ni PK. NNt nk try buat la ni.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

hihi..Pa'e sy dah tak bagi sangat main HP @ Tab..leka dia klu bagi pegang..
lempeng goreng? nanti nak cuba, senang je kan nak buat..:)

ros_reeza said... Best Blogger Tips

main pou tu memang leka. hihi.. pernah terjebak..
wah boleh cuba ni nanti..

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Tq auntie kutu..
Vitamin R blm dtg... Tu yg x buat lagi

ida =) said... Best Blogger Tips

kikiki. kuih bodo2 pun, insya allah ramai nak membeli. kalo mcm saya ni, mmg hari2 membeli. perjalanan dekat 100km sehari. x campur dgn jem lagi. jadi... beli aje. sbb balik dah penat + malas. anak2 pun dah lapar

iryanty ahamad said... Best Blogger Tips

salam kenal puan kutu...pertama kali dengar sawan pou..hehe....

iryantyahamad.blogspot.com

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Alaa.. apom biasa home made boleh jer nak buat berniaga kalau dah sedap kan kata rncik suami hahahaa.. by the way nak try jugak la buat :D

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Amboi sedapnya nampak tu... yum yum...

nurbijen said... Best Blogger Tips

Nak try jugak lah... en hubby suh berniaga nak cakap sedap lah tu... nak cakap terang2 takut wife sendiri masuk bakul... hehehhe

LYAfrina said... Best Blogger Tips

menarik ni..
buleh cuba jugak nanti

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

thanks pk berkongsi
rasanya x pernah makan lg

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau macam ni punya detail tapi gagal juga membuatnya, memang belum akil baligh lagilah, PK. Saya tak makan apom, saya makan waffle pepagi. Huahaha...nak kena ketuk dengan sudip 'budak perempuan' ni!