Pixajoy

Saturday, January 10, 2015

Home » Aktifkan Diriku

Aktifkan Diriku



Hampir setahun netbook rosak nak beli laptop baru pun kemut. Beli tab dekat lazada tu pun sebulan je pakai dah jahanam. Menyesal gila masa beli tak sabar tak fikir warranty semua pastu nak jimat sangat tak pasal duit lebur macam tu ja. Awal tahun ni ada rezeki lebih sikit en suami janji belikan aku tab baru. Beliau faham yang isteri beliau ni kan ke seorang blogger. So bermula hari ni dah boleh aktifkan diri semula berblog.

Semalam punya cerita. Awal pagi dapat tab baru terus pekena nasi campur dekat Food Court Amanjaya Mall pastu kelam kabut masuk kerja petang. Nak tukar duty tak dapat so balik kerja en suami ambil Afia dekat rumah pengasuh terus ambik aku ke Amanjaya Mall sekali lagi dengan misi mencari handphone baru pulak. 

Mulanya plan nak belikan handphone baru tu kat aku sebenarnya. Nak beli dua bijik macam membazir pulak handphone lama masih elok, lagipun macam aku ni banyak duit sangat.hakhak. Fikirkan aku ni jenis lasak tak pandai sayang harta benda pastu tangan jenis parasit akhirnya handphone baru tu aku bagi en suami ja guna. Aku pakai samseng en suami yang lama tu je la. Nasib beliau baik sebab dapat isteri buta gadget kan.muahaha..

Mula-mula masa nak cari handphone konon alas perut dengan kaya ball pastu tak tahan lapar sangat dinner sizzling mee dulu dekat food court sekali lagi. Ohh Afia semalam ligat sungguh naik pitam ibu nak kejar. Pantang nampak baby, budak mana je jumpa selamber dia pergi tegur nak buat geng. Sebelum balik singgah Just Bread sekejap. Ni yang sempat kami rembat. Ada yang dah masuk perut sebenarnya.hehe



 Sambil layan MLM sambil ternak lemak. Terbaik!








16 comments:

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

selagi boleh makan ni kita makan jer PK..dah takde selera esok2 susah jugak..heheee

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah seronoklah muni dpt tab nanti. Hehe. Bread tu pun sedap. Alahai... Sabo je tengok. Hehe...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

yeayy,,
lps ni boleh la aktif n selalu update blog..

NzA said... Best Blogger Tips

wah dpt hadiah thn baru ye...best2x.......skrg ni asyik lapar jelah PK...tgk gmbar mknan pn perut dah mula bagi isyarat...adeh....

tiga lalat said... Best Blogger Tips

Salam. Hee sedap lemak.

syida said... Best Blogger Tips

selamat mengaktifkan diri..gajet itu ibarat nyawa hehe

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

yeay..
cepatan upload citer trbaru.persekolahan
aiman.hihi
and xtvt cik afia ye

sekali sekala
dua tiga kali naik berganda. kan.hikhik

Acik Erna said... Best Blogger Tips

acik kalau nak menulis kena pc jugak PK..ataupun laptop..guna tab tu acik tak pandai..serupa la tak pandai kalau guna telefon..guna telefon baca boleh..komen kadang2 boleh nak tulis blog tak pandai

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Bestnya dpt tab baru. Lepas ni bleh la aktif semula update blog ye.

Sedapnya saya tgk kek2 tu.

nurbijen said... Best Blogger Tips

samseng pun samseng lah janji dapat update belog :)
Nyum nyum... cheese cake ke tu?

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ohhhh...padanlah dah aktif kembali :) Tahniahlah sebab jadi isteri buta gadget. Untung suami :)

Saya ni dah seminggu takda handphone. Tetiba tak boleh on. Dah hantar kedai tapi makan masa nak baik. Maka, ada canlah nak survey handphone baru.

Tapikan sejak seminggu ni terasa aman je dunia tau....

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Patutlah mcm aktif jer kebelakangan ni hihi....
Laptop okje yg lama pun rosak gak PK. Tu laptop anak asalnya, laptop buat main game dulu dulu, lepas dia dpt laptop baru, laptop tu turun kat omak eh....sudahnya rosak, hang tak boleh bukak langsung dahlah dlm tu byk gambo.....huh....

Korang ni mmg suka keklah ..... kalau okje kek mmg bukan pilihan utama, roti tu mungkinlah....

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Cewah.. patutla dia berblog dan beri instagram dengan aktifnya .....pewiif. bagus alhamdulillah rezeki..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Aik.. bila nk tunjuk entry resepi ayam cendawan semalam tu?

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

wah bestnya dapat tab baru...!!

cik pia nak kawan upanya... apa lagi, bagi lah kawan kat pia.. hihi

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Amboi makan.. sedap nampak kek tu..