Tiga hari persekolahan berlangsung baru hari ni dapat simpan sedikit catatan kenangan buat Aiman. Persiapan sekolah semuanya buat last minute. Tak excited sangat macam tahun lepas, tu pun boleh dikatakan semua beli baru kecuali beg sekolah pakai yang masih ada. Sebenarnya beg sekolah tahun lepas yang jenis tarik tu pun tak guna dalam gobok sampai sekarang. Salah percaturan beli beg besaq gedabak dengan badan sasa mana sesuai jenis tarik-tarik macam girl. Tak pasal abah kena beli beg baru. Benda masih elok, so guna sampai lunyai la kekdahnya.
Sehari sebelum sekolah baru sibuk pergi potong rambut Aiman dan alter baju melayu untuk KAFA. Almaklum big size budget mau lebih mana seluar sekolah, baju melayu semua kena potong. Padan je kat rumah tak ada mesin jahit, kalau tak aku buat sendiri je la. Jahitkan kaki seluar tiga helai RM10, potong tangan dan kaki baju melayu pun RM6. Lencana dan tanda nama memang aku jahit sendiri hentam kromo. Semua buat last minute, tak padan dengan malas mau berkira lagi keluar duit hantar tailor.hehe..
Buku teks mujur dapat yang dah terbalut elok, so mudah kerja ibu. Buku latihan balut guna pembalut ekspress yang masih berbaki tahun lepas. Nasiblah cukup dan masih banyak. Masa membeli tahun lepas tak ingat donia cerita dia. Alat tulis semua beli yang murah-murah. kalau tak kemut bukan PKlah namanya kan. Colour pencil pun cari yang murah sebab dah tahu Aiman fesyen tak expert jaga harta benda. Alat tulis semua kejap-kejap hilang.
Adik lagi sibuk dari abang dia ok. Abang rilex ja semua benda ibu kena urus. |
First day sekolah ibu pergi hantar terus balik takde tunggu apa dah. Bayaran semua en abah settle kemudian. Tu pun en suami kata apesal tak hantar sampai kelas. Adoi budak dah darjah dua, dah tau kelas kat mana lagi mau hantar ka. Bangun pun agak terlewat so tak sempat sediakan breakfast untuk Aiman. Walau dah lewat kena sempat la snap picture hari pertama sekolah. Kejap je anak ibu nak masuk 8 tahun. Tak boleh feeling muda tau bila ada anak yang dah besar.
Petangnya pergi KAFA pun lewat. Dua tiga kali naik turun tangga carikan butang baju melayu Aiman. Lubang butang baju boleh pulak kecik. Semua butang yang ada tak muat. Buat kerja last minute macam ni la jadi. Tak sempat nak menggayakan tebuk lubang first day Aiman tunjuk bulu dada sikit la kan.hakhak..
Berpeluh ketiak sambil dukung si bambam nak bayar yuran. Lepas bayar ibu Afia terus blah. Singgah dekat abah bungkus milo ais kosong balik rumah tidur. Afia pengsan lepas hantar abang sekolah sampai dekat maghrib baru jaga. Sekarang fesyen tidur petang lama-lama pastu malam tidur lewat.
Semoga tahun ni Aiman dapat belajar rajin-rajin dan improved dalam pelajaran lebih dari tahun lepas.
24 comments:
selamat kembali ke sekolah aiman.. still paling montel kann.. hihi..
Salam. Hee semoga Aiman membesar sebagai johan.
Abang dah bertambah besar dan dah tahu tak perlu dah ibu tunggu lagi dah..
Nampak preparation tahun ni banyak yg boleh jimat kan? Beg skolah tu kalau kena beli baru mmg mahal. Dah ada beg lama, jimat sikit. Dan buku teks pun dah dpt yg bersampul kira untung juga.
Si afia tidur lewat ye malam2. Sama le dgn si Luth.
aduhai Puan Kutu... nasib baiklah empunya badan tak kisah... kalau jenis yg cerewet semua buat hentam keromo... habis lahhh
Potong kaki seluar 3 helai RM10 ya, PK... Kat sini 3 helai RM30, PK. RM10 setiap satu seluar. Pasang lencana aje RM3. Kalau siap dengan name tag dah RM5. Kira ajelah kalau dapat mak yang malas (macam saya) ni. Hahaha...
Bukan Aiman je, PK. Rasanya memang budak-budak ni buat jamuan alat tulis kat sekolah. Setiap hari pun ada yang hilang. Kalau tak hilang, boleh kontot habis. Macam mana mereka menulis/guna alat tulis pun tak tahulah.
Hari ni saya tinggalkan aje anak di luar pagar sekolah sebab kereta berderet menunggu nak turunkan anak masing-masing. Itu pun hati ni tak tenteram. Hihihi!
Selamat kembali ke sekolah aiman... faris masuk sekolah baru... nampaknya smlm xde la drama air mata... phew nasib baik...
Selamat kembali ke sekolah Aiman. Semoga teruskan usaha untuk beroleh kejayaan.
Selamat bersekolah Aiman. Makin hensem anak bujang PK :D
hahahaaa last minit punya plan gini la jadinya..sumer kelam kelibut..zee dua minggu sebelum skool break dari carik sikit2..senang..
PK.....okje pun jahit lencana last minit padahal ada jer masa, masa cuti sekolah ritu cuma malas haha.....
teringin nak tengok pattern rambut Aiman dgn pattern yg tak botak.....mesti hensem....hihi..
Ohhhh Utara baju kelas agama dia warna biru yehn.....baru tahu....
segak Aiman di hari pertama sekolah...
Belajer leklok yer Aiman... Aisyah kalau kat M'sia skrang ni pun dia darjah dua :)
Haha..suka ayat PK yang tak leh feeling muda bila anak dah besar.. apalah gitu patutnya feeling awet muda sb mak muda lg tpi anak dah besar.. tau? Saya sokmo jeles bila mak muda dtg register anak form 1.. ada yang baru 35 anak tingkatan 1.. jeles tau.. umo berapa kawin tu? Dia bahasakan diri akak pun rass geli nak sambut.. adik setakat setahun dua beza umo anak tadika lagi.. kang eza banyak tu.. haha..
Bagus PK.. gigih dukung Fia settlekan semua hal Aiman.. insyaAllah berjalan lancar semua urusan dan sekolah Aiman ok je tahun ni..
thn lps excited sbb ank baru nk msk sek kan... ni dah tahun ke 2, dah tak perlu tggu2 dah... :-)
si alisha yg 1st time msk tadika tu pun abah dia tak tggu... g hantr terus g keje... si ibu ni pulak cakap nape tak tggu plg kurang 5 10 minit ke... hahha
Samalah dengan akak PK, malam sblm hntar kakak ke asrama, bar terhegeh2 jahit lencang.
Abangnya pula, malam kelmarin baru jahit lencana hari pertama pergi sekolah tanpa lencana sebab belum.beli lagi.
Kalau bab masak, bagilah pada akak, sedap tak sedap lain cerita tapi bab menjahit, adooooiiiii fikir berkali2 nak pegang jarum padahal kat sekolah dulu dulu dah diajar asas menjahit.
Wah selamat kembali ke sekolah!!
salam kenal puan kutu :)
Aishah :)
selamat tahun baru untuk semua.. kita baru jenguk kembali ke sini..
darjah dua dah.
Abam besar dah aiman sekarang
drjah dua dah
skjap j kan
ala, blh j kalau fefeling muda pk. hihi
aamiin
thun 2015 thun berjimat.
standard tu PK...anak2 yg sekolah .. mak yg sibuk buat semua...balut buku la..tulis nama la...semua mak...hehehe...semoga Aiman rajin2 belajar yer...
darjah 2 suda...kejap kan masa berlalu..pasni tunggu anak dara manis tu pulak skola..:)
hihihi cian aiman dah darjah 2 yer.. xyah tunggu aiman kan abam sadoo berdikari gitu...
dah tahun dua ye Aiman.. mesti tak banyak ragam dah, sebab dah biasa kan.. belajar rajin rajin Aiman :)
insyallah,,semoga trs ada peningkatan buat aiman tahun demi tahun
Post a Comment