Pixajoy

Tuesday, April 30, 2013

Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 8



Alhamdulillah Aiman dapat tamatkan Bacalah Anakku Buku 8 setelah bertungkus lumus hampir 4 bulan. Lama juga masa kami habiskan untuk semua set buku ni. Buku 8 paling ujian nak habiskan. Sehari baca, tiga hari cuti, sehari baca dua hari cuti, begitulah seterusnya. Lemau sungguh bila dah sampai buku terakhir.

Nak bagi tips semua memang aku tak pandai. Bagi aku cara mengajar kena ikut peringkat umur. Macam Aiman dah besar, agak senang juga nak ajar dan memahirkan dia untuk kenal dan membunyikan huruf. Kalau budak 3 4 tahun lagi cabaran kot nak ajar membaca. Kena tengok cara dan ragam budak jugak. Aiman Alhamdulillah jenis yang tahan pressure, kadang-kadang aku guna kaedah paksa untuk teruskan bacaan. Sila jangan ikut cara aku.



Tahniah Aiman Mukhlis, ibu bangga dengan anak ibu sebab Aiman dah boleh kuasai skill membaca. Terima kasih kerana sedia dimarahi oleh cikgu ibu yang garang, mendengar kata dan tak pernah melawan cakap ibu sepanjang pembelajaran. Maafkan ibumu yang kurang penyabar ini.


Syukur aku dah boleh berpantang dengan lega. Ada hikmah gak kot adik Aiman ni tak nak deliver lagi, agaknya nak bagi abang graduate dulu. Lepas ni boleh fokus untuk mantapkan bacaan Aiman dengan buku cerita dan bahan bacaan lain. Hadiah kerana Aiman dah graduate macam dah ada dalam list. Tapi Aiman nampaknya tak kisah sangat pun pasal hadiah. Bagi adik cukup kot Aiman?haha..





Monday, April 29, 2013

Mitos Mengenal Jantina Anak : Main Teka Jantina Baby



Dulu aku pernah buat entri pasal Mengesan Jantina Anak Tanpa Ultrasoud, masa tu masih awal pregnant,jadi tanda-tanda tu semua belum terserlah. Even beberapa hari je lagi baby bakal deliver, nak jugak main teka-teka pasal jantina baby. 

Ramai yang tanya tak excited ke nak tau jantina anak? Gila tak..tapi aku suka suprised. Walaupun semua ni ketentuan Allah, aku suka bila dapat berharap dan terus berdoa apa je jantina yang aku nak. Kalau dah tahu awal-awal tak best la kan.

Benda ni sekadar tekaan, Just for fun ok!

  • Perut bulat tanda anak lelaki, kalau melebar anak perempuanMacam Aiman dulu, so far sesiapa saja yang tengok perut, sorang pun belum kata boy. So girl
  • Morning sickness teruk tanda anak perempuan, sebaliknya lelaki. Boleh dikatakan aku tak teruk, so boy 
  • Suka tidur mengiring sebelah kanan tanda anak lelaki, sebaliknya perempuan. Aku sangat suka sebelah kanan, sebelah kiri tak boleh lama-lama, sakit pinggang. So boy
  • Mak usu aku kata kalau perut penuh anak perempuan, kalau perut macam  jatuh sikit lelaki. Aku rasa perut aku penuh, so girl
  • Mak usu kata lagi, kalau puting breast hitam anak lelaki, kalau perang sikit tanda anak perempuan. Rasanya memang tak berapa perang, tapi time pregnantkan Aiman dulu lagi hitam, so aku andaikan sebagai girl
  • En bundle kata kalau leher hitam tanda anak lelaki, kalau biasa perempuan. Pregnant kali ni leher hitam. So boy
  • Garisan perut putus-putus tanda anak perempuan, kalau bersambung lelaki. Rasanya bersambung, so boy
  • Suka mekap anak perempuan, tak suka anak lelaki. Memang tak suka la mekap. Pakai bedak pun malas. So boy
  • Muka berseri petanda anak lelaki, sebaliknya perempuan. Muka memang tak berseri langsung. Kulit pun jadi gelap sikit. So girl
  • Suka masak tanda anak perempuan, tak suka anak lelaki. Sangat suka masak especially masa mula-mula pregnant. So girl


Seri 5 girl 5 boy! Orang sekeliling macam officemate dan jiran semua kata girl. En suami kata girl, Aiman siap cakap kat baby, baby jangan keluar laki tau, keluar la perempuan. Mula-mula dulu naluri aku macam berbelah bagi je antara boy or girl. Tapi sekarang aku macam sangat yakin girl. Siap nak beli tilam warna pink lagi. Kalau keluar boy mesti jambu.haha..

Tak tau la kalau tersasar sebab instincts aku ni kadang-kadang tak betul plus dok mengidam nak anak girl kan.hiks. Apa pun jantinanya, boy ke girl tak kisahlah. Anak yang dikandung selama sepuluh bulan gila kot kalau tak sayang. Moga baby selamat, sihat dan sempurna. Ameen..




Ajar Anak Berdoa



Doa tu senjata orang mukmin. Yakinkan anak setiap doa Allah dengar, cuma mungkin jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Ajar juga anak supaya tidak mudah berputus asa. Sentiasa melatih anak untuk memuji Allah, bersyukur dengan rezeki yang diberi, memohon pertolongan Allah dalam segala hal dan yakin dengan kebesaran Allah.

Setiap kali lepas solat, aku akan cakap dengan Aiman, Aiman nak mintak apa, Aiman doa dengan Allah, mulakan dengan Bismillah. Mula-mula Aiman kata Aiman tak tau la ibu nak doa apa. Aku pun terangkan Aiman mintak la ampunkan dosa ibu abah, murahkan rezeki,terangkan hati. Pastu Aiman nak apa, Aiman doa la..

Aiman sekitar 2 tahun

Beberapa hari yang lalu Aiman sendiri bagitau,  

"Aiman doa dengan Allah selamatkan baby, selamatkan ibu, selamatkan abah, murahkan rezeki..Saya nak cd game power rangers dengan cd game transformers"


Mintak cd game ok! betul-betul dia praktikkan doa yang aku ajar. Tak faham-faham lagi ke abah?hiks.. 





Sunday, April 28, 2013

Petua Memudahkan Bersalin : Orang Sekeliling Dah Mula Risau, Aku Pun Dah Mula Cuak!



Amik kau tajuk kemain panjang. Selagi tak beranak, korang hadap jer la cerita membebel aku pasal bersalin.huhu.. 

Ramai juga bagi reaksi tak berapa nak positif pasal bersalin paksa. Diberi pencerahan aku pun kalau boleh memang tak nak kena induce. Setiap hari dok doa, amalkan zikir dan baca surah Maryam, tu belum lagi part gaya memujuk baby, dah macam-macam cara dah aku buat tapi baby tak mau keluar apa kuasa aku nak lawan takdir? 

Malam tadi SIL yang dok dekat Pahang tu call, dia ada kat rumah mak abah balik sebab nak mengundi. Kemain panjang borak. Baru je baca entry Mun pasal Petua Melayu Lama Untuk Memudahkan BersalinKeret je aku komen minum air hujung rambut tu macam tak releven je nak amalkan, sekali SIL dah sebut pasal ni. Pak mertua dia yang bagi petua. Yang paling best aku pun disuruh buat. Bila fikir balik, tak luak kot kalau aku cuba. Bermula hari ni haruslah buat!haha.. 

Lusa SIL yang dekat Lumut tu pulak balik mengundi. Mertua SIL yang ni punya petua memudahkan bersalin minum air akar fatimah. Kawan aku pernah suggest. Kena rendam akar tu biar kembang pastu minum airnya. Susah gak nak carik akar fatimah ni sebab bendanya hanya boleh dapat dekat Mekah. SIL dekat Lumut ada akar fatimah ni. Mungkin aku kena minum air akar Fatimah ni nanti.

Ingat lagi minyak selusuh yang Kak Imah bagi pada aku? Ada orang kata makan sesudu sehari minyak kelapa yang ditanak sendiri yang dijadikan minyak selusuh ni baik amalkan sejak kandungan 6-7 bulan. Kak Imah kata makan bila dah mula kontraksi, aku hanya mengikut arahan.hiks.. SIL dengan mak suruh aku mula amalkan sekarang. 

SIL kata lagi ambik lebihan minyak yang aku makan dekat sudu kemudian selawat, gunakan ibu jari tekan atas perut ke bawah. Malam tadi dah cuba telan dan buat seperti diarahkan. Konfiden aku makan sampai jilat sudu, tak lama pastu gila punya mual. Haruslah bertahan memenuhi segala ikhtiar yang ada.hoho..




Jejak Kasih Dengan Kajol



Semalam petang waktu aku dok syok online aku terima panggilan dari Kajol. Tiba-tiba je dia kata dah ada dekat SP, nak datang jumpa aku. Excited sekejap terus shutdown netbook, kemas-kemas rumah lebih kurang, pergi mandi pastu keluar carik goreng pisang dengan cekodok. Dalam keadaan kecemasan mana sempat sediakan hidangan ayam belanda bagai.haha..

Kajol ni nama sebenarnya Nadia. Beliau ni kira junior (beza umur setahun je) merangkap jiran kolej masa aku dekat uitm dulu. Masa dekat uitm aku dan kawan-kawan panggil nama glamor dia Kajol. Lepas tamat studi kami memang lost contact terus. Dekat 8 tahun tak jumpa. Baru-baru ni je bertemu dekat facebook. 

Tak sangka secepat ni rezeki kami berjumpa semula. Kenangannya birthday kami beza sehari, jadi masa dekat uitm dulu setiap kali birthday memang kami potong kek sama-sama. Seronoknya rasa bila dapat jumpa Nadia semula. Rupa bentuk badan tak banyak berubah dari dulu. Tak puas peluk dan sembang-sembang. 

Banyak kali pesan dekat Nadia, dah tahu rumah Kak Muni, nanti selalu-selalu la datang sini. Nadia sekarang kerja dengan private company, tinggal dengan famili, masih bujang dan tengah mencari calon yang sesuai. Siapa-siapa ada calon boleh inform aku. Tetiba je jadi agen carik jodoh. Kelas kau mak yong! 

Bila aku godek-godek picture lama takde pun gambar yang semegah nak buat tayangan. Gambar kami potong kek semuanya seksa seksi belaka. Sila korang bayangkan muka Nadia ni persis Kajol sudah! Muka aku cantik banyak dari Kajol.muahaha..






Saturday, April 27, 2013

Bersalin Induce, Bersediakah Aku?



Semua orang dok sibuk tanya aku dah bersalin ke belum? Kakak jiran depan rumah ni siap suruh bukak semua tingkap bagi cepat beranak. Mitos apakah ini? Sliding door rumah aku ni siang malam dok terbungkang luas apa.haha. Lawak lawak jugak, tinggal beberapa hari lagi untuk aku mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental kiranya terpaksa melalui bersalin induce. 

Serius sebelum ni aku memang tak tau induce tu apa. Aku juga tak pernah ambik tahu yang ibu GDM sebenarnya tak boleh overdue. Masa Aiman dulu rasanya doktor tak pernah bagitau pun kena paksa bersalin ni semua. Luckily gak Aiman keluar dua minggu awal sebelum due. Adik Aiman ni je syok sangat dok dalam perut ibu lama-lama. 

Dalam bahasa senangnya, induce ialah memasukkan ubat untuk mempercepatkan kontraksi. Ubat yang dimasukkan melalui vagina dipanggil prostin. Benda ni akan bertindak melembutkan pangkal rahim supaya sedikit terbuka agar prosedur memecahkan ketuban dapat dibuat. Prostin akan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Doktor akan memasukkan dos kedua dan ketiga sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.



Ubat yang dimasukkan melalui drip pula dipanggil pitocin. Kontraksi tidak akan berlaku dengan cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah. Ada yang kata induce melalui drip ni lebih sakit, tapi memang amat berkesan untuk menguatkan kontraksi. Ada juga yang aku baca ubat induce diberi dengan cara makan, entah tak tahu sangat nak terangkan lebih detail pasal ni.

Yang aku tau 'induce' cuma menolong untuk memulakan proses bersalin jadi apabila  sudah dalam keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dengan orang yang bermula dengan cara semulajadi. Pedulikan segala ayat seriau tentang kesakitan bersalin induce, Insyaallah setiap urusan aku Allah dipermudahkan.

Aku masih berdoa dan mengharapkan baby keluar sebelum 3 hb 5, tapi kalau dah ditakdirkan habuan aku untuk induce, aku pasrah dan redha. Bersedia La sangat untuk menyerah diri minggu depan..hakhak 





Wednesday, April 24, 2013

Fenomena Gwiyomi



Hai, aku masih disini, masih tak bersalin lagi. Sedang sibuk menghitung hari sampai tak sempat nak update. Aku pun tak tau pasai apa baby ni ketegaq takmo keluaq lagi. Dah macam-macam gaya dah aku pujuk. Nanti aku BW slow-slow. Gear tak boleh pi sampai 5 dah, ahhh semputtt ( sambil buat gaya Jep Sepah Maharaja Lawak)

Tak lama dulu kemain sibuk orang memperkatakan pasal gangnam style. Lately perkataan gwiyomi plak sedang berfenomena di youtube. Aku bukan la gila sangat nak ambik tau pasal benda ni semua, even video gangnam tu satu pun aku tak pernah tengok. 

En suami pun sibuk dok tanya aku gwiyomi tu apa? Selamba je aku jawab entah! Agaknya beliau pun sama pelik dengan aku apa benda la yang budak-budak sekarang dok gila sampai artis-artis kat Malaysia ni pun sibuk dok upload video gwiyomi masing-masing.

Sebab ramai sangat dok share video kat facebook, membuak gak la perasaan ingin tahu apa kebenda gwiyomi ni. Orang tua macam aku serius tak masuk otak dengan lagu korea ni semua. Ni semua sekadar comman sense je.hakhak  

"Gwiyomi bermaksud comel. Gwiyomi yang sebutannya adalah Kiyomi dinyanyikan oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB. Tarian menggunakan jari jemari ini juga dipanggil sebagai “1 +1 = Gwiyomi”. Fenomena ini menjadi ikutan kerana melodi dan lirik lagu yang sangat comel dan pengikut yang mengikuti lagu ini sememangnya sangat comel."

Comel ke? aku tengok tak comel pun. Maybe sebab aku takde perasaan. Tapi yang kat bawah ni serius comel!








Friday, April 19, 2013

Cuti Bersalin 90 Hari



Hari ni hari terakhir aku kerja. Start esok, bermulalah cuti bersalin selama 90 hari. Heaven jugak dapat cuti tiga bulan. Tapi masih berdebar selagi baby tak deliver. Dalam pantang nanti mungkin aku akan jarang update. Situasi ni mungkin akan berlarutan lama. Dah ada anak kecik ni faham jer la kan, banyak yang perlu dibereskan. Tapi kalau ada kesempatan, Insyaallah aku akan selalu jenguk sini. Nak gak la update tentang perkembangan baby.

Setiap hari dok doa semoga baby cepat keluar. Kalau boleh tak nak la kena paksa dan yang paling takut sekali kalau kena operate. Bila membaca pengalaman orang kena induce, tak ada yang indah, semuanya bikin seriau. Serius aku tak suka fikir yang negatif. Aku motivate diri sendiri jer la. Aku percaya perancangan Allah terbaik buat aku. Kalau di paksa sekali pun, aku dah bersedia untuk hadapi segala kemungkinan. Yang paling penting baby dan ibu selamat sudah.

Di kesempatan yang ada, aku nak memohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata, terover mengomen atau perkataan yang pernah mengguris hati korang. Tolong doakan semoga semuanya berjalan lancar, dipermudahkan dan selamat dalam perjuangan. Dah macam raya plak.haha..







Tuesday, April 16, 2013

Menu Petang Ini : Mihun Sup Bodo



Hari ni check up RSAT. Tersenyum lebaq nurse yang jaga aku. 37 week HB 13.1, kau ada?Alhamdulillah..Tu yang best, yang tak best, bermula la sehari dengan misi mengontrol makan sebab nak check BSP. Pagi tadi minum susu + oat dan 3 keping biskut kering saja. Takut kau nanti dipaksa bersalin lagi awal kalau bacaan tinggi. Doktor dah warning hari tu. 

Dalam dok takut, lunch wajib makan nasik. En suami dah pesan, kalau tak larat beliau beli lauk je. Tapi dasar ketegaq nak jadi isteri misali. Balik kerja sampai ketaq lutut gigih masak siap bawak kerusi parking depan dapur. Sambil masak sambil duduk. Aiman berkali-kali tanya, ibu ok ke?hehe. Makan nasi dah lewat sikit tadi mujur bacaan BSP masih normal.

Balik RSAT je mula la fikir nak makan apa yang tak berat sangat sebab malam nanti sekali lagi nak pi cucuk. Terfikir lebihan tulang ayam dekat dalam peti ais terus singgah kedai beli sup bunjut dan mihun.  Maka terhasillah menu petang ini, Mihun Sup Bodo. Pekena dengan lebihan sambal ikan lunch tadi, hirup sup bodo panas-panas best gak. 



Makan tak berat la sangat kan? semangkuk besar mihun sup habis aku belasah.hehe..





Mana Mau Cari Lontong?



Hujung dekat nak bersalin ni makin menjadi pulak nafsu mengidam. Pantang tengok makanan apa. Tapi still boleh consider la. Kalau tak dapat pun takdelah sampai nak guling-guling macam tenggiling. Pendek kata kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat tu kira takde rezeki.

Selalu kalau takde kerja, suka belek-belek juga entri lama. Syok baca ayat tunggang langgang budget best walhal takde orang baca pun blog aku dulu. Sekali ternampak picture lontong kuah lodeh. Entry Larian Perdana Mahkota tahun 2011. Lepas pecahkan lemak, terus menternak lemak. Malas nak bagi link. Cukup la aku syok sendiri.hoho..



Sedapnya lontong basah. Kat Johor setiap hari time breakfast boleh jumpa. Mana nak carik area utara ni? Paling cepat boleh dapat raya nanti la kot. Boleh mengidam meleleh air liur je nampaknya.haha..



Nama pun tahun 2011, pic zaman muda time tak berapa nak kurus. Sekarang lagi la mengembang. Dah naik 20 kg tau. Dalam pantang nanti kena usaha keras nampaknya. Sesekali je enterframe.hakhak..






Monday, April 15, 2013

Menu Petang Ini : Cucur Jagung



Jagung antara makanan peberet kami tiga beranak. Bila dah suka mesti la selalu beli. Menu wajib kesukaan en suami, jagung+kelapa parut+gula+garam. Yang ni dah buat Sabtu lepas. Memang en suami sorang je hadap. Aku dan Aiman makan jagung kukus dan jagung rebus je. 

Nak menghabiskan lebihan jagung, aku bancuh tepung siap-siap dalam peti ais. Tiba masa nak makan baru goreng. Lagi lama dalam peti ais, lagi gebu dan sedap cucur kita. Petua ni releven untuk semua jenis cucur. Tak percaya cubalah!



Ni hasil gorengan cucur jagung kali kedua. Semalam petang dah goreng sikit untuk Aiman. Kemain banyak dia makan. Petang ni sementara si chubby kat playground, biar ibu pulak bergerak solo menikmati cucur jagung panas-panas. Jemput tengok semua, opss..jemput makan semua!





Lipstik Avon Merbahaya?





Lumrahnya lipstik seakan benda wajib yang perlu dimiliki wanita even sebatang. Aku bukan suka sangat bermekap ni semua. Setakat lipstik tu tipu la kalau tak pakai. Yang ada pun dua tiga batang je. Tu pun jarang sangat tempek kat bibir. Perasan tak orang yang dah biasa berlipstik kalau tak pakai muka jadi pucat macam zombi. Lebih teruk lagi ada yang sampai bibirnya hitam. Tanpa bukti kajian pun aku rasa lipstik ni beri kesan buruk gak la. 

Aku terbaca di facebook yang lipstik ni ada yang mengandungi plumbum. Semakin tinggi kandungan plumbum, semakin tinggi risiko menyebabkan kanser. Yang buat aku cuak sikit, kononnya lepas depa ni buat ujian, lipstik keluaran AVON dikatakan mempunyai plumbum tertinggi. Dah la selama ni lipstik aku banyak jenama AVON je. Tak tau la ni propaganda nak menjatuhkan AVON ke apa. Aku tak buat research lagi pasal kesahihan benda ni.haha tak menahan ayat macam reporter.

Senarai jenama lipstik lain yang mengandungi plumbum adalah:

CLINIQUE
ESTÉE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARK AMERICA
MOTIVES
LIPSTICK

Kalau nak pastikan lipstik korang ada plumbum ke tak, boleh cuba eksperimen ni :

1. Sapukan sedikit gincu pada tangan
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu kita mengandungi plumbum.


Selamat mencuba.hiks.




Sunday, April 14, 2013

Set Berpantang Shaklee



Tempohari abah dah tanya, " ubat bersalin dah beli ke?" Aku kata aku dah beli. Beli vitamin je. Nak bagitau Shaklee ni semua macam la abah tau kan. Mak kata suruh minum akar kayu je bagus. Dalam hati aku kata, tak payah kot, bukan sedap pun mak!haha..Zaman dah canggih, Shaklee dah ada. Tapi kalau mak buatkan nanti, kena telan jugak la jawabnya.huhu



Set Percubaan berpantang Shaklee untuk 40 hari yang aku order dah selamat tiba. Walaupun percubaan, packing siap botol tau. Kebanyakan trial set yang aku tengok, packing pakai plastik je. Kira terbaik la packing dia. Aku dah teruja nak cuba makan semua vitamin ni. Memang dah tak menyabar dah nak bersalin dan berpantang. Boss pun ada signal cakap nak bagi aku sambung cuti terus sampai raya. Heaven gila rasa. Entah cukup ke tak cuti aku tu nanti.

Aku beli Set Pantang Shaklee ni dari Kak Zefa, Ibu Yusuf dan Maryam, pemilik Blog Jemari Asmara. Untuk keterangan lanjut tentang produk dan konsultasi percuma, boleh contact : 

Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee ID: 909824
FB: Ibu Yusuf Dan Maryam
FB Page: Asmara Collections dan
Kiosk Keluarga Sihat
Emel: zefa_asmara@yahoo.com

Amik kau siap copy paste ID lagi.huhu..Selain dari produk Shaklee, kalau nak dapatkan Felinna, tudung, jubah, dress dan sebagainya pun boleh rodger Kak Zefa. Kira macam astro tu la, macam-macam ada!


                        





Saturday, April 13, 2013

Susahnya Nak Cari Nama Anak




Sebenarnya bukan senang nak mencari nama untuk anak. Nama ni kan satu doa. Kena la pilih yang sedap, senang disebut dan yang paling penting punya makna yang baik.Tengok nama anak orang lain sedap-sedap je bunyinya.

Tugas memberi nama anak memang hak suami, tapi en suami pun dok blur nak letak nama apa. Kalau boy langsung takde modal nama yang sesuai. Oleh kerana jantina baby masih menjadi tanda tanya, aku kena la prepare nama untuk boy dan girl. Nanti senang biar beliau pilih nama yang sesuai.

Dulu boleh la rilex tak fikir pasal nama anak semua. Sekarang dah dekat nak bersalin ni rasa naik gabra dah. Aku sampai terjaga tengah malam dok terngiang bermacam nama yang dah disenaraikan, tapi still tak tahu nak pilih. Semuanya macam tak sesuai. Macam tu sekali penangan nak mencari nama untuk baby. Tolong!!hoho..









Friday, April 12, 2013

Air Kelapa Muda Untuk Ibu Mengandung



Dah temister ketiga ni, banyak petua dari orang tua yang perlu ibu mengandung telan. Antaranya minum air kelapa muda. Nasib baik la benda ni sedap. Depan jalan rumah aku ni ada jual kelapa muda. Sebijik RM 3 sahaja. Selalu beli tak nak gula dan ais, sebijik habis aku hadap.hiks

Ibu mengandung digalakkan minum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Isi kelapa muda amat berkhasiat untuk ibu dan juga baby di dalam kandungan. Air kelapa dikatakan akan membersihkan air ketuban, baby yang lahir juga bersih kulitnya serta berambut lebat. Walaupun takde bukti ilmiah tentang ni, air kelapa terbukti banyak manfaat untuk ibu mengandung.



Antara khasiat air kelapa muda ialah :

Minuman Isotonik Alami

Air kelapa dikatakan minuman isotonik alami yang membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Ia membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu mengandung memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Dehidrasi semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.


Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh. 


Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ia juga berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam susu ibu mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiku diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun baby dalam kandungan.


Membantu Pencernaan


Air kelapa dipercayai mampu memperbaiki fungsi pencernaan dan membersih usus sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan yang tinggi.


Meningkatkan HDL


Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.

Memudahkan Proses Bersalin.

Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.







Thursday, April 11, 2013

Mengidam Aiskrim



Dah lama demand dekat en suami nak aiskrim cone. Hari tu kat Lumut tak puas makan. Makan ramai-ramai memang sedap. Bukan tak boleh beli sendiri, tapi malas nak singgah kedai. Now start kereta balik kerja terus nak sampai rumah je. Tak sabar dah rasa nak mula cuti minggu depan. Berdiri sekejap dah semput. Hari-hari cakap dengan baby, anak ibu cepat la keluar.

Hari ni en suami tunaikan permintaan mak yong. Yang tak tahan tu, beli dua tupperware terus aiskrim Mat Kool perisa vanila coklat dan rainbow. Cone pulak tiga bungkus kau. Sampai tiga puluh cone buat menyumbat, nak makan tiga beranak je. Memang suka perli aku sungguh!







Wednesday, April 10, 2013

Mood Memasak Orang Mengandung



Sejak dah sarat ni mood memasak jatuh merudum. Dah tak larat nak hadap bawang, lada dan siang ikan segala. Tapi takkan hari-hari nak makan luar. Masak gak la even yang simple macam ikan bakar guna pemanggang ajaib. Pastu pandai-pandai la en suami makan dengan kicap.haha..

Dalam takde mood pun lunch tadi masak sambal ketam ok. Beli ketam dekat Tanjung Dawai bawak mak abah pergi sana semalam. Ketam biru 5 ekor je dah jejak dua kilo. Memang besaq dan padat isinya. Puas la makan. Masak dua ekor je. Lagi tiga ekor abah mak bawak balik. Mak pun masak menu sama dengan aku hari ni. 

Toksah kecewa sangat takdak gambaq ketam kat sini. Dah selamat masuk perut. Ganti dengan laksa je boleh?




Ikan kembung nak beli tapi kawan en suami tu tak nak ambik duit. Banyak gila dia bagi. Aku ambik sikit untuk buat laksa. Fikirkan nanti lepas beranak kena pantang lama benda ni, gigih gak la buat. Ikan selebihnya semua bagi mak abah bawak balik. Abah bagi-bagi dekat jiran la. Mana nak larat makan berkilo-kilo.




Ni ha...rupa laksa halus. Area utara banyak jual laksa halus macam ni. Tempat korang ada ke?





Kenali Darah Nifas




Dari segi bahasa, nifas berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.

Dinding rahim yang menebal sepanjang proses mengandung akan gugur selepas bersalin. Otot rahim yang sebelum ini membengkak mula mengalami pengecutan. Dalam tempoh tiga hari pertama, aliran pendarahan biasanya sangat banyak.  Usually kita akan mengalami pengaliran darah nifas selama enam hingga lapan minggu bergantung kepada individu. 

Mengikut pendapat Mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.

Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)

Selepas dua minggu darah nifas biasanya akan beransur kurang serta warnanya akan bertukar kepada kecoklatan. Kemudian ia kan beralih kepada warna kekuningan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Jangan terkejut kalau sekali sekala darah beku yang keluar. Ini normal dan kerap berlaku.

Tanda-tanda serius

  • Darah nifas masih berwarna merah terang walaupun sudah melebihi seminggu selepas bersalin.
  • Darah yang keluar membasahi pad perlu ditukar setiap jam.
  • Sakit perut berterusan.
  • Mengalami demam pada suhu 38 darjah celcius dan pada masa yang sama menggigil.
  • Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf.
  • Darah nifas berbau busuk.





Tuesday, April 09, 2013

Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 7



Alhamdulillah Aiman dah tamat Bacalah Anakku Buku 7. Rasanya buku 7 ni kami ambil masa yang agak lama untuk habiskan. Seminggu cuti sekolah tempohari, seminggu juga cuti membaca. Bila nak start semula ibu dan anak sama naik malasnya. Bila dah sarat ni selalu saja cepat penat. Pastu free jer la si chubby dapat cuti peristiwa. Melompat bintang suka kalau ibu kata cuti. Sabo jer la! Si chubby ni kalau tak ketuk memang tak jalan.



Agak senang nak ajar Aiman untuk buku 7. Semua sebutan Aiman dapat tangkap dengan sendirinya especially untuk huruf  O. Memang huruf peberet dia. Untuk sesetengah gabungan tiga huruf kena guide dia buat permulaan je. Mengeja semua dah makin lancar, kadang-kadang merapu meraban sikit bila dia dah makin letih dan hilang fokus. Time ni la ibu akan tiba-tiba bertukar jadi tarzan sekejap. 

So far puas hati dengan pencapaian Aiman. Janji dia dah kenal semua sebutan huruf dan boleh bunyikan semua gabungan. Nak baca dengan lancar memang kena buat banyak latihan la kan. Harap aku dapat habiskan buku 8 sebelum beranak. Kalau tak sempat kena pending lama sikit gamaknya.

Tahniah Aiman Mukhlis, bila dah tamat kesemua 8 buku nanti Aiman kena tingkatkan usaha untuk lancar membaca pulak tau. Semoga terus diberi kelapangan masa, kesabaran dan kekuatan dalam mendidik Aiman. Ameen..




Monday, April 08, 2013

9 Bulan Sudah!





Sedar tak sedar dah 9 bulan dah. Baby sekarang makin banyak mengeras. Dah tak berapa aktif sangat mungkin sebab dah padat kat dalam perut ibu. Tapi sekali dia kicking, memang sampai senget-senget perut.

Tadi appointment pakar dekat KK Bandar. En suami pulak kena cirit birit gara-gara banyak sangat melantak pelam muda dengan kuah rojak Mak Bee . Sekarang ni dah nak demam. Baru kena duga sakit sikit, kemain seksa aku tengok kondisinya. Merengek dia mengalahkan budak kecik. Aiman pun style rilex je bila sakit. Kalau orang laki mengandung tak tau la lagu mana. 

Alhmdulillah check up hari ni baby semua ok. Doktor estimate baby dah 2.89 kg. Ok la kan lebih kurang berat Aiman dulu je. BSP macam biasa kena continue 2 minggu sekali. Yang paling tak sedap dengar, kalau 3hb5 still tak beranak jugak kena masuk wad. GDM tak boleh lebih due date. Nak tak nak 4hb5 kena paksa bersalin jugak. Uwaa..

Dear baby, cepat keluar tau, ibu seriau la sayang bab paksa-paksa ni.hiks..






Saturday, April 06, 2013

Set Bersalin Pilihan



Aku pun dah naik pening nak guna set bersalin yang mana. Penat dah google review segala macam set bersalin yang harganya super mahal. Nak semua benda murah je aku ni.hakhak. Pastu kan benda dalam set tu kemain banyak. Gila rumit je nak guna semuanya.

Buat orang yang yang serba ringkas macam aku ni nak benda semua jadi mudah je. Untuk ubat pantang kali ni aku dah malas fikir nak telan akar kayu ke whatever herba. Macam la pernah telan. Dulu pun aku telan pil herba je. Tekak mana layan benda pahit walau mujarab. Moden katakan.haha.

Kali ni aku just beli Shaklee Set Percubaan yang 40 hari tu. Senang kan makan vitamin je. Lagi pulak ramai yang kata Shaklee ni ok. Paling penting tak menganggu penyusuan susu ibu. Nanti dah sampai bendanya aku review beli dari siapa dan apa yang ada dalam set ni ekk.

Even aku tak pakai segala mak nenek set bersalin yang cacamerba tapi aku ni kategori yang agak kuat berpantang jugaklah. Dari segi pemakanan dan pantang larang memang aku ikut seboleh mungkin. Kalau tak takdelah berat boleh turun sampai ke asal bila habis je pantang. Bertungku dan berbengkung siap limau dan kapur lagi. Mandi pun air panas herba sepanjang pantang.

Tu semua dulu la kan sebab mak mertua aku yang jaga. Kali ni berpantang sendiri entah macam mana la kan.hiks..










Karnival Hari terbuka ATM



Mari-mari abang-abang adik kakak makcik pakcik sekelian ke Kem Lapangan Terbang Sungai Petani. Hari ni dan esok berlangsungnya Karnival Hari Terbuka ATM. Kat kem lain seluruh Malaysia pun berlangsung karnival yang sama. Promote baik punya!

Ada macam-macam acara dan pameran. Opismate aku cerita akan ada siaran langsung Ehwal Islam. Ada Ustaz Bollywood. Hari konsert nanti ada Ana Rafali, Ezad Exist dan artis-artis ATM. Aku nama je kerja kat sini, nampak banner karnival pun malas baca.

Seawal pagi hujan turun membasahi bumi. Kalau dah hujan macam ni karnivalnya jadi macam kurang meriah la sikit kan. Harapnya kejap lagi cuaca ok. Datang kerja tadi dah meriah dah kem dengan kenderaan yang masuk. Sapa-sapa yang berdekatan silalah datang!

Aku tolong promote je. Aku pun malas pegi. Tengok kemeriahan dari jauh jer la balik kerja nanti.haha







Friday, April 05, 2013

Soya Untuk ibu Mengandung



Dulu tak suka minum soya. Tak tau sebab apa. Agaknya dah set dalam kepala otak benda ni tak sedap. Sejak kenal seorang kawan masa belajar dulu, dia la yang hasut aku cuba minum soya. Until now dah jadi antara minuman peberet pulak. Menyesal dari dulu terlepas nikmat minum soya.hiks..

Sepanjang pregnant memang aku banyak minum soya. Jarang la beli yang dalam kotak tu. Kandungan gulanya tinggi kan. Aku minum yang fresh ja. Dua tiga kali dalam seminggu wajib minum. Sometime setiap hari. Bagi aku soya lagi sedap dari susu. Paling penting tak payah bancuh. Apa punya malas la kan.

On the way nak pergi kerja aku selalu singgah kat tepi jalan beli soya panas dan tofufa. Abang soya tu pun dah kenal aku. Kalau tekak teringin nak minum sejuk order je soya jagung. Nikmat gila dengan lemak semua air jagung dia memang terbaik. Kadang-kadang beli soya panas dekat pasar malam je. 

Umum dah tau yang soya ni kaya dengan protein, Vitamin B dan lain-lain. Tak perlu aku hurai lebih detail. Apa bnda pun kalau diambil berlebihan akan bawa mudarat. Banyak juga keburukan soya yang kita akan jumpa kalau cuba google.

Kata orang banyak minum soya nanti baby keluar putih melepak, tapi ada yang kata kulit baby akan jadi terlebih sensitif. Aku pernah dengar juga orang kata penghujung pregnant jangan kerap minum soya sebab kulit kita akan jadi lembut dan nipis, nanti beranak terkoyak banyak. Entah fakta ke auta.

Aku still suka minum soya sampai sekarang. Baru je pekena dua gelas. Berangan la kan nak anak putih gebu walhal Tok Wan keturunan mamak.haha.





Thursday, April 04, 2013

Pelam Muda




Kecur air liur tak tengok? Ada 6 bijik kesemuanya. Bebudak opis kait kat kawasan opis tadi. Aku kalau pelam muda tak berhantu sangat. En suami dan Aiman pun sama. Benda masam tak layan sangat. Sungguh tak tau apa nak bikin kalau banyak-banyak. Jeruk yang buat tempohari pun belum habis makan. Setakat nak buat kerabu sebijik pun tak habis makan juga. Esok nak p cari kuah rojak Mak Bee la. Mai la join menyicah.hiks..






Wednesday, April 03, 2013

Pemanggang Ajaib, Batik Sarung, Jus Delima



Alhamdulillah, hadiah Top Komen Jan-Mac Blog Umi Alya telah selamat terima tengahari semalam.  Pada yang belum kenal Umi Alya, jom pakat serbu blog beliau. Orangnya baik hati dan peramah. Pasti aktif mengomen kat blog korang nanti.

Super pantas Umi Alya hantar pakai skynet. Sehari je dah sampai. So let me review kesemua hadiah kemenangan.haha over!

Mula-mula, sila buntangkan bijik mata 90 darjah. Enterframe dekat sofa lagi.hakhak


Dah lama idamkan pemanggang ajaib. Yang ni jenama Idaman Suri dari Langkawi. Selalu gak la berangan nak miliki satu pemanggang ajaib. Benda ni wajib ada kot kat setiap rumah yang punya iron chef rajin masak plus masak sedap pulak tu.ehem.. Sangat praktikal buat aku masa dalam pantang nanti. Kerja masak memasak akan jadi lebih mudah dan berkhasiat. Moga cepat kembali slim.



Jus Delima & Madu I-qucik ni salah satu produk yang di jual oleh Umi Alya. Untuk keterangan lanjut dan kalau nak order, korang boleh usha kat SINI. So far en suami dan Aiman dah cuba guna. Sedap si chubby kata. Pagi tadi nak pergi sekolah pun sibuk suruh abah spray kat bawah lidah dia.

Kain Batik sarung Langkawi plak takde gambar. Malas dah nak lipat balik. Bukak tengok je terus letak dekat baju kotor. Nanti boleh terus basuh. Boleh la tambahkan koleksi uniform masa dalam pantang nanti. Terbaik hadiah dari Umi Alya!

Buat Umi Alya,terima kasih daun keladi, ada rezeki boleh saya menang lagi.hiks..




Tuesday, April 02, 2013

Checkup 35 week



Wah excited nak up entry check up lagi. Biar nanti baby tahu ibu beliau ni gelojoh.hakhak. Ini semua abah baby punya pasal. Balik kerja tadi terus ajak pergi Tesco. Kononnya cuaca kat rumah panas. Keluar carik aircond pastu melantak segala mak nenek. Dalam dok takut nak buat BSP tapi tak dapat tahan nafsu, makan terlebih sikit je BSP terus naik.

Pagi dan tengahari tadi dah ok bacaan. Tadi petang pukul 5 BSP merah gara-gara makan dekat Tesco. Ala bacaan 6.3 je. Ikutkan tak boleh lebih dari 6. Alhamdulillah nurse kata repeat yang mana merah je. Esok petang kena p RSAT cucuk untuk petang je la. Tak larat aku nak ulang sehari 4 kali. Dua minggu lepas waktu tengahari pun merah gak. Ngelat tak p repeat pun.haha.. 

Hari ni baby dah 35 minggu 3 hari. Kencing ok, BP 100/71, berat naik 2.4 kg, tinggi rahim 33 cm. Dua minggu lepas berat tak naik, hari ni ambik kau dua minggu naik 2.4kg terus.huhu. Pastu macam biasa nurse scan tunjuk jantung baby dan kepala kat bawah. Kaki aku dah mula membengkak sikit. Standart la kan dah sarat camni. 

Minggu depan appointment pakar dekat KK Bandar pulak. Appointment RSAT dua minggu lagi. Pastu kalau still tak beranak, dah kena ulang alik seminggu sekali ke RSAT. Dah tak sabar rasanya nak tengok muka baby. Cepat keluar ye baby, ibu dah tak larat bawak perut.hiks..


* Baby perlukan istirehat, balik Tesco abang Aiman demand main kat playground Taman Jubli, sampai rumah kelam kabut siap pergi RSAT. Malam ni pukul 10 kena cucuk lagi. Mungkin lambat sikit ibu BW..:)







Monday, April 01, 2013

Permulaan April yang Happy!




April sudah datang. Cepat sungguh masa berlalu.  Tersenyum sakan pagi ni bila sampai opis bukak je blog ada orang wish tahniah. Baby kat dalam pun dok menari suka. Kemain aktif pagi ni. Beberapa hari aku dok gigih komen untuk hadiah utama. Mengidam hadiah utamanya dah lama kot. Lagi super best ada penambahan hadiah lagi. Alhamdulillah rezeki aku. Tak sangka begitu banyak aku komen kat Blog Umi Alya.

Nak tengok betapa gigihnya ibu sarat ni mengomen boleh ke entri Pemenang Top Komen Jan - Mac 2013. Ucapan berbanyak terima kasih kepada Umi Alya. Semoga akak terus dimurahkan rezeki. Ameen..

Tu je nak habaq. Satu hari ni nak sengih je sampai telinga.hiks..