Pixajoy

Friday, April 05, 2013

Home » Soya Untuk ibu Mengandung

Soya Untuk ibu Mengandung



Dulu tak suka minum soya. Tak tau sebab apa. Agaknya dah set dalam kepala otak benda ni tak sedap. Sejak kenal seorang kawan masa belajar dulu, dia la yang hasut aku cuba minum soya. Until now dah jadi antara minuman peberet pulak. Menyesal dari dulu terlepas nikmat minum soya.hiks..

Sepanjang pregnant memang aku banyak minum soya. Jarang la beli yang dalam kotak tu. Kandungan gulanya tinggi kan. Aku minum yang fresh ja. Dua tiga kali dalam seminggu wajib minum. Sometime setiap hari. Bagi aku soya lagi sedap dari susu. Paling penting tak payah bancuh. Apa punya malas la kan.

On the way nak pergi kerja aku selalu singgah kat tepi jalan beli soya panas dan tofufa. Abang soya tu pun dah kenal aku. Kalau tekak teringin nak minum sejuk order je soya jagung. Nikmat gila dengan lemak semua air jagung dia memang terbaik. Kadang-kadang beli soya panas dekat pasar malam je. 

Umum dah tau yang soya ni kaya dengan protein, Vitamin B dan lain-lain. Tak perlu aku hurai lebih detail. Apa bnda pun kalau diambil berlebihan akan bawa mudarat. Banyak juga keburukan soya yang kita akan jumpa kalau cuba google.

Kata orang banyak minum soya nanti baby keluar putih melepak, tapi ada yang kata kulit baby akan jadi terlebih sensitif. Aku pernah dengar juga orang kata penghujung pregnant jangan kerap minum soya sebab kulit kita akan jadi lembut dan nipis, nanti beranak terkoyak banyak. Entah fakta ke auta.

Aku still suka minum soya sampai sekarang. Baru je pekena dua gelas. Berangan la kan nak anak putih gebu walhal Tok Wan keturunan mamak.haha.





16 comments:

CtAyue said... Best Blogger Tips

saya pun selalu gak minum soya kalau time peknen..hehe..org kata kulit anak putih, tp keluarnya ikut kulit saya jugak..hehe.. cuma kulit anak mmg jd haluslah..

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Hihihihi... minum apa yg boleh. Asalkan calsium mencukupi =)

umi alya said... Best Blogger Tips

tolong jawab deh... bukan fakta tapi auta, boleh cenggitu?

NzA said... Best Blogger Tips

apa yg akak tahu sebenarnya soya tidak bagus utk minda anak2 n anak akn jadi xkuat n lembek.......Nabi pn xgalakkn umatnya minum soya....Susu adalah yg trbaik krn nabi kita amat mengemari susu........

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@NzA

TQ kak atas infonya.Aiman mmg tak suka sgt minum soya.sy je yg suka..nak buat cmna?hihi

chii said... Best Blogger Tips

soya mmg sedap...selain minum soya...mkn tempe pun bagus gak...ehehe..

deno said... Best Blogger Tips

kakak deno hamil dulu pun minum soya...^^

p/s: AL-FATIHAH buat rakan SLE... arwah adik Farah Najwa...

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

setuju dgn kak nza... dulu2 mmg suka sangat beli soya, taufufah, tauhu. bila tahu tak elok terus stop. cuma kalau teringin tu minum jugalah sikit2.

izan mama mia said... Best Blogger Tips

wah melepak laa nnt baby dia

GreenJade said... Best Blogger Tips

tak semua kulit bb sensitif sis..anak buah saya dh umo 9 thn ok jek tgk takde langsung masalah kulit..mmg putih melepak2 ko..

mak dia boleh telan soya jek masa pegnen dulu..

tp..saya ada terbaca di artikel yg soya ni propaganda Yahudi utk melemahkan minda anak2 muslim..wallahu alam..

sal ya said... Best Blogger Tips

katanya soya bukan elok sgt pun.

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

ESP.. soya terbaik!! Ehehehe..

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

feveret jugak nih..tp kalau cmpur lengkong mcm kat psar mlm tuh terus xmaw..haha..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

SY XPASTI.. TP DR APA YG SAYA BACA, SOYA XBERAPA ELOK.. KALAU UTK LELAKI, IA BOLEH MELeMAHKAN "KEJANTANAN"...

kiranya propaganda yahudi je.. sbb mereka adalah pengeluar soya terbesar.. hakikatnya, mereka xminum soya pun, tp tetap minum air kegemaran nabi kita, nabi muhammad s.a.w.... sbb tu, mereka layan starbuck dll...

setiap hari mereka minum kopi... kira macam dh jd minuman wajib la..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Nice read! Jemput baca blog saya di http://itsallaboutthevits.blogspot.com

ummuhana said... Best Blogger Tips

saya pun sukaminum soya..
time preggy mmg slalu sgt..
sy ambil energizing soy protein ESP..

alhamdulillah, lpas bersalin pun minum....susu meriah, kulit ank gebu..

jemput dtg blog saya