Pixajoy

Saturday, April 27, 2013

Home » Bersalin Induce, Bersediakah Aku?

Bersalin Induce, Bersediakah Aku?



Semua orang dok sibuk tanya aku dah bersalin ke belum? Kakak jiran depan rumah ni siap suruh bukak semua tingkap bagi cepat beranak. Mitos apakah ini? Sliding door rumah aku ni siang malam dok terbungkang luas apa.haha. Lawak lawak jugak, tinggal beberapa hari lagi untuk aku mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental kiranya terpaksa melalui bersalin induce. 

Serius sebelum ni aku memang tak tau induce tu apa. Aku juga tak pernah ambik tahu yang ibu GDM sebenarnya tak boleh overdue. Masa Aiman dulu rasanya doktor tak pernah bagitau pun kena paksa bersalin ni semua. Luckily gak Aiman keluar dua minggu awal sebelum due. Adik Aiman ni je syok sangat dok dalam perut ibu lama-lama. 

Dalam bahasa senangnya, induce ialah memasukkan ubat untuk mempercepatkan kontraksi. Ubat yang dimasukkan melalui vagina dipanggil prostin. Benda ni akan bertindak melembutkan pangkal rahim supaya sedikit terbuka agar prosedur memecahkan ketuban dapat dibuat. Prostin akan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Doktor akan memasukkan dos kedua dan ketiga sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.



Ubat yang dimasukkan melalui drip pula dipanggil pitocin. Kontraksi tidak akan berlaku dengan cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah. Ada yang kata induce melalui drip ni lebih sakit, tapi memang amat berkesan untuk menguatkan kontraksi. Ada juga yang aku baca ubat induce diberi dengan cara makan, entah tak tahu sangat nak terangkan lebih detail pasal ni.

Yang aku tau 'induce' cuma menolong untuk memulakan proses bersalin jadi apabila  sudah dalam keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dengan orang yang bermula dengan cara semulajadi. Pedulikan segala ayat seriau tentang kesakitan bersalin induce, Insyaallah setiap urusan aku Allah dipermudahkan.

Aku masih berdoa dan mengharapkan baby keluar sebelum 3 hb 5, tapi kalau dah ditakdirkan habuan aku untuk induce, aku pasrah dan redha. Bersedia La sangat untuk menyerah diri minggu depan..hakhak 





18 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Fiza hari tu kena induce + drip. Sama je sebenarnya muni. Yang penting kuatkan semangat. Pasti boleh. Sakit mmg ler sakit tapi ingat pd Allah bebanyak. InsyaAllah takde pa2.

CtAyue said... Best Blogger Tips

sy dulu taktahulah induce ke apa entah doc buat..byk kali sgt kena msuk ubat.jap2 kena pgl ngn doc...tp dh takdir kena czer jgk lastnya sbb komplikasi, leaking dan takde terbuka jalan.semoga semuanya selamat yer nanti Puan Kutu dan doakan sy jugak.. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

salam Puan Kutu..K.atie dulu pon masa bersalin anak yg sulung kena Induce gak...mula2 okey,lama2 makin sakit cam kita bersalin biasa tu
InshaAllah,k.atie doakn ibu & bayi slmt.Aamiin

Nastyna said... Best Blogger Tips

oh gitu yer.. I am sure u can do it, u are ready long time dah kan. Baby be nice to mommy ok, kick yourself outta there ok, good baby ;)

Insya Allah... we doa semoga mudah and everyhting goes smooth for u guys.

Unknown said... Best Blogger Tips

ngeri pulak akak baca n3... apa2 pun semoga Puan kutu dapat melahirkan dengan selamat... kalau lahir 5hb boleh le ambil nama sempena mengundi... Nor Vote ke Mohd Vote ke hehehehe

Unknown said... Best Blogger Tips

adehh..baby x puas ka dok dlm perut tu haa..kluaq tgk dunia kaih..=D

semoga semua urusan dipermudahkan kak murni..=)

Adda said... Best Blogger Tips

salam.nasihat sy klu bleh elak induce better elak.sian kat bb n mak bb.sakit tau induce.baby pun mengamuk dalam kandungan.klu bleh suruh suami buat air selusuh (baca yaasin dan solat hajat).minum air tersebut dan doakan moga jalan cepat terbuka.anak sulung sy induce.yg kedua normal.mmg jauh beza rs kesakitan tu.xenjoy langsung time bersalin induce.boleh baca cerita saya kat sini http://vitaminsite.blogspot.com/2013/04/amalan-tahnik-selepas-kelahiran.html. anyway saya doakan moga kak kutu dipermudahkan urusan bersalin. :-)

eita said... Best Blogger Tips

tak tahu apa benda induce tu..


semoga dipermudahkan segala urusan akak ye...

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Masa mengandungkan anak kedua dulu (maryam) baby pun syok duduk dlm perut tak keluar2. Hihi.. Dr kata cukup 10 hari dr tarikh due kalau tak keluar juga, maka induce la jawabnya. Alhamdulillah, maryam lahir 2 hari sblm kena induce..

ps: masa tu ada mitos juga. Org tua kata lambat bersalin sbb kami pindah rumah masa akak ngandung 8-9 bulan. Mitosnya, tak boleh pindah rumah masa mengandung..

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Adik adalah sekali kena induce. Kesian sakit katanya. Tp baby tak keluar juga. Akhirnya tiba masa keluar juga dia :). Bukan nak takutkan PK. Saya doakan semoga Allah permudahkan segalanya.

Agaknya baby nak suruh mama dia pergi mengundi dulu kot ;)

Umialya said... Best Blogger Tips

pernah kena induce, xmo komen le bab ni..

apa2pun tak sabar menunggu kelahiran baby baru, in shaa allah dipermudahkan

Unknown said... Best Blogger Tips

akak ddulu,..sekali masuk jer..setengah jam kemudian,...dh sakit,..doktor siap gelabah sbb cepat sangat..terus masuk laboor room

ida =) said... Best Blogger Tips

Hahahahha... macam2 kan mitosnya. Kalau terpaksa pindah, tak kan nak ditahan

ida =) said... Best Blogger Tips

Semoga baby keluar sebelum tarikh keramat la.... wahhhh... sah2 tak dpt mengundi ni. Rugi 1 undi. Hihihi... sorry. Menyelit pilihan raya sat.

Semoga semuanya lancar

Unknown said... Best Blogger Tips

insyaallah ..semoga semuanya selamat n dipermudahkan... baby cepat2 keluar yer sayang.. =)

Masya said... Best Blogger Tips

gegegege.. ini yg ngeri dgr dan baca ni.. adk sy pun mungkin ken masukkan ubat jugak.. bersalin awl sbb kencing manis... huhuhuhu

semoga dipermudahkan..

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

muni, kalau boleh pilih, tak payahlah induce.. normal semulajadi lebih best... induce ni mcm sakit dibuat2 gitu... seksa juge. hanie dah merasa 3 kali... anak last ni mmg lgsg x nak induce tp terpaksa juga masa last2 minute sbb air ketuban dah lama pecahkan, takut bby lemas lak. tp kalau awal2 nk mintak induce tu tak ada lah

Anonymous said... Best Blogger Tips

Saya tengah tunggu masa je nak induce. Harap dapat bersalin 17/10 ni. Sebab sama bday dengan anak sulung saya. Hehehe