Pixajoy

Saturday, April 06, 2013

Home » Set Bersalin Pilihan

Set Bersalin Pilihan



Aku pun dah naik pening nak guna set bersalin yang mana. Penat dah google review segala macam set bersalin yang harganya super mahal. Nak semua benda murah je aku ni.hakhak. Pastu kan benda dalam set tu kemain banyak. Gila rumit je nak guna semuanya.

Buat orang yang yang serba ringkas macam aku ni nak benda semua jadi mudah je. Untuk ubat pantang kali ni aku dah malas fikir nak telan akar kayu ke whatever herba. Macam la pernah telan. Dulu pun aku telan pil herba je. Tekak mana layan benda pahit walau mujarab. Moden katakan.haha.

Kali ni aku just beli Shaklee Set Percubaan yang 40 hari tu. Senang kan makan vitamin je. Lagi pulak ramai yang kata Shaklee ni ok. Paling penting tak menganggu penyusuan susu ibu. Nanti dah sampai bendanya aku review beli dari siapa dan apa yang ada dalam set ni ekk.

Even aku tak pakai segala mak nenek set bersalin yang cacamerba tapi aku ni kategori yang agak kuat berpantang jugaklah. Dari segi pemakanan dan pantang larang memang aku ikut seboleh mungkin. Kalau tak takdelah berat boleh turun sampai ke asal bila habis je pantang. Bertungku dan berbengkung siap limau dan kapur lagi. Mandi pun air panas herba sepanjang pantang.

Tu semua dulu la kan sebab mak mertua aku yang jaga. Kali ni berpantang sendiri entah macam mana la kan.hiks..










23 comments:

umi alya said... Best Blogger Tips

untungnya menantu kesayangan

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

Bagus..bagus..guna Shaklee.. i like it..:) x rugi guni shaklee..abis pantang pun boleh teruskan...

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Masa kakak dulu manalah ada Shaklee ini semua. Kalau dah tahu kebaikannya tak salah guna...

Berpantang kena buat betul-betul utk kebaikan diri juga.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Dulu sy guna set bersalin AMWAY..tapi tak habis guna juga..hehe.
yg penting ken konsisten kan? Shaklee OK kot..Skrg sy dok makan Vit C & Vit E Shaklee juga..:)

Munnafendy said... Best Blogger Tips

slmt berpantang kak murni! hahahaha :D

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Kalau ada rezeki mengandung dan bersalin lg, komfem kak zefa pun guna set berpantang Shaklee ;-)

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Akak dulu tak de lah pantang betul2... Mngkin sbb tu lah, berat badan sentiasa naik lepas bersalin....
Nak cuba apa salahnya kan...akak pun ada dgr kawan2 kata produk shaklee ni ok...

chii said... Best Blogger Tips

ngeee...x guna set sendayu tinggi? ehehe

transformed housewife said... Best Blogger Tips

Knur kalau mengandung lg nanti (dah ada angan2 walaupun anak kecik blm umur sethn-eheh), rasanya tak nak beli apa2 set bersalin pun selalu beli tak habis mkn bila anak kena jaundice.

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Cuba share air mandian panas herba tu. Maklum lah. Dulu pun x berpantang sgt. Sbb ikut tingkap. Lepas 40 hari baru sibuk nk makan segala mcm jamu

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

pening kan sbb macam2 pilihan ada. tapi kak izan dari yg 1st sampai last ni guna mustika ratu je. tapi mmg ada yg tak habis pun...

eita said... Best Blogger Tips

rata2 ramai jugak yang guna set shaklee

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Saya dulu pakai nonaroguy (anak sulung) & jamu selapan (anak kedua)... yg penting mmg kena konsisten... Kalau x konsisten mmg membazir la.. huhuhu

CtAyue said... Best Blogger Tips

skrg mmg byk jenis produk set bersalin sampai kdg tu pening nk pilih..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bg lya pon ok ambik set bersalin cam ni.. shaklee mmg antara y terbaik

*azni* said... Best Blogger Tips

saya tak penah try lg set shaklee..masa anak pertama guna mustika ratu..yg second guna nona roguy..tp yg nona roguy tu beli loose,bkn beli set pun..

saya dulu pun pantang berbengkung dgn limau dan kapur jugak..hehe..

izan mama mia said... Best Blogger Tips

selamat menempuh saat berpantang,..gnlah produk apa pun janji sesuai

GreenJade said... Best Blogger Tips

sy mkn jamu nona ronggeng jek masa bpntang..Alhamdulillah baby takde masalah apa2..

shaklee bagus utk penyususan & turun berat badan..tapi yg penting kita kna jaga sistem peranakan betul2 juge..utk maso dopan gitu..euww :)

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Oklah tu tak mengganggu penyusuan ibu. Kdg ada baby yg tak serasi bila ibu ambil herba.

sal ya said... Best Blogger Tips

org kata shaklee bagus jgk.

Masya said... Best Blogger Tips

banayk pilihankan.. yg penting x ganggu baby menuyusu badan itu dah terbaik...

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

uish..time berpantang mkn mmg kena jga..itu celoteh org-org tua keliling husna..=D

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

set bersalin shaklee ni mmg bagus!