Pixajoy

Tuesday, April 09, 2013

Home » Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 7

Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 7



Alhamdulillah Aiman dah tamat Bacalah Anakku Buku 7. Rasanya buku 7 ni kami ambil masa yang agak lama untuk habiskan. Seminggu cuti sekolah tempohari, seminggu juga cuti membaca. Bila nak start semula ibu dan anak sama naik malasnya. Bila dah sarat ni selalu saja cepat penat. Pastu free jer la si chubby dapat cuti peristiwa. Melompat bintang suka kalau ibu kata cuti. Sabo jer la! Si chubby ni kalau tak ketuk memang tak jalan.



Agak senang nak ajar Aiman untuk buku 7. Semua sebutan Aiman dapat tangkap dengan sendirinya especially untuk huruf  O. Memang huruf peberet dia. Untuk sesetengah gabungan tiga huruf kena guide dia buat permulaan je. Mengeja semua dah makin lancar, kadang-kadang merapu meraban sikit bila dia dah makin letih dan hilang fokus. Time ni la ibu akan tiba-tiba bertukar jadi tarzan sekejap. 

So far puas hati dengan pencapaian Aiman. Janji dia dah kenal semua sebutan huruf dan boleh bunyikan semua gabungan. Nak baca dengan lancar memang kena buat banyak latihan la kan. Harap aku dapat habiskan buku 8 sebelum beranak. Kalau tak sempat kena pending lama sikit gamaknya.

Tahniah Aiman Mukhlis, bila dah tamat kesemua 8 buku nanti Aiman kena tingkatkan usaha untuk lancar membaca pulak tau. Semoga terus diberi kelapangan masa, kesabaran dan kekuatan dalam mendidik Aiman. Ameen..




19 comments:

izan mama mia said... Best Blogger Tips

tahniah...mia ada gak set buku ni,..dapat hadiah hr jadi..

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Seronoknya.... adam lama dh stop. Mama dia dilanda malas. Kesian adam...

Tahniah aiman dan pk. Graduate dulu la nmpknya.

umi alya said... Best Blogger Tips

Tahniah Aiman..

qieranna said... Best Blogger Tips

tahniah aiman..lepas ni bole la baca buku citer banyak2

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Tahniah! Aiman. Rajin Muni ajar Aiman. Mesti Aiman terror nanti baca :)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Inilah berkat sabar dan kesungguhan. Kakak percaya Aiman boleh jadi lebih baik dari itu cuma yg mengajar kenalah lebih sikit sabarnya sebab Aiman budak lelaki...

CtAyue said... Best Blogger Tips

tahniah aiman dah berjaya habiskan buku 7.. mmg mencabar nak ajar anak membaca ni kan...

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

tahniah aiman! dah abis baca buku 7 pun ye. pas dah abis buku 8...bolehlah mulakan read easy pula. lagi cepat khatamnya nnti.

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

yeay!!!!!!! aiman dah berjaya membaca..hehe

apa nama butik online yg selalu dok menketagih shopping tu? hehe..

nak usha sat...

elyna mirsada said... Best Blogger Tips

busnye ajar ank dr kecik

sal ya said... Best Blogger Tips

budak2 ni pun sama jugak. bila time cuti tu cuti sakan.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah.. moga Aiman cepat lancar membaca nanti nya. tengah tgk2 juga ni nak beli utk hero sy tu...:)

Rapunzeel Cikilolo said... Best Blogger Tips

lepas ni bolehla aiman baca buku tebal pulak

:)

Masya said... Best Blogger Tips

tahniah aiman, aiman selalu baca ... bunyikan atau baca sambil mengeja.. anak sy kalau mengeja dia confuse nak bunyikan.. tp kalau membaca tanpa mengeja elok jer.. boleh bunyi..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Tahniah aiman... Faris stop lama buku 6... cuti sekolah mmg x Baca... then dia masuk wad pulak... kena tunggu dia sembuh sepenuhnya baru sambung balik... Tahniah buat PK juga.. gagah mengajar walau sedang sarat...

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

good boy aiman!

n O e s u h a i m i said... Best Blogger Tips

tahniah aiman mukhlis...

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

oooooo..mungkin hari2 sebut kot sebab tu senang..haha..

in shaa allah..nk pndaikan aiman kena lar terus kuat ye kak murni..=)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

tahniah aiman..!!

kalau xsempat hbs buku 8, mesti aiman seronok sbb dapat bercuti lam.. hihi

cuti jaga adik.. :-)