Pixajoy

Friday, April 12, 2013

Home » Air Kelapa Muda Untuk Ibu Mengandung

Air Kelapa Muda Untuk Ibu Mengandung



Dah temister ketiga ni, banyak petua dari orang tua yang perlu ibu mengandung telan. Antaranya minum air kelapa muda. Nasib baik la benda ni sedap. Depan jalan rumah aku ni ada jual kelapa muda. Sebijik RM 3 sahaja. Selalu beli tak nak gula dan ais, sebijik habis aku hadap.hiks

Ibu mengandung digalakkan minum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Isi kelapa muda amat berkhasiat untuk ibu dan juga baby di dalam kandungan. Air kelapa dikatakan akan membersihkan air ketuban, baby yang lahir juga bersih kulitnya serta berambut lebat. Walaupun takde bukti ilmiah tentang ni, air kelapa terbukti banyak manfaat untuk ibu mengandung.



Antara khasiat air kelapa muda ialah :

Minuman Isotonik Alami

Air kelapa dikatakan minuman isotonik alami yang membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Ia membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu mengandung memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Dehidrasi semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.


Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh. 


Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ia juga berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam susu ibu mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiku diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun baby dalam kandungan.


Membantu Pencernaan


Air kelapa dipercayai mampu memperbaiki fungsi pencernaan dan membersih usus sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan yang tinggi.


Meningkatkan HDL


Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.

Memudahkan Proses Bersalin.

Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.







15 comments:

Umialya said... Best Blogger Tips

rambut lebat? tak percaya le sbb Alya rambut sikit jer sedangkan umminya pengemar air kelapa muda

Unknown said... Best Blogger Tips

percaya....sbb mia lahir rambut kan main meriah..hihihi..lain org lain kesannya

Nora Karim said... Best Blogger Tips

mmg bagus diamalkan ni dihujung2 kehamilan... air ketuban mmg bersih... baby keluar pun bersih... :D

ida =) said... Best Blogger Tips

air kelapa ni angin x?
hujung2 nanti nk try la. mmg suka air kelapa, tapi, mak tak bagi minum. katanya, nnti sakit urat, hihihi. tapi, sesekali, terliur juga kan.

Masya said... Best Blogger Tips

lagi satu jangan lupa minum air kundur, air kotak pun ok... nak elak baby kene kuning lepas bersalin.. insyaallahh.... ataupu susu kambing mmg bgs lg2 dah nak bersalin mcm ni...

CtAyue said... Best Blogger Tips

ahah..betul..sy dulu ms anak sulung, last2 minit minum air kelapa.. bila bersalin, nurse ckp air ketuban mmg bersih je

iietamalek said... Best Blogger Tips

Thanks sharing...

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Dulu masa hujung2 mengandung Yusuf dan Maryam mmg selalu minum air kelapa. Tapi sbnrnya selain dikatakan akan bersihkan kepala anak, tak tau pun khasiat khususnya. Minum sbb orang tua suruh. Huhu..

NzA said... Best Blogger Tips

petua org tua byk yg beri kesan positif pd kita...rasanya xde halangan utk kita amalkan krn airkelapa byk khasiatnya....

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

yeee...setuju!
dulu sy pun amalkan minum air kelapa ni masa dekat dekat nak salin dulu...mmg kulit baby akn bersih dan halus dan kemerahan gitu!...gebussss

Unknown said... Best Blogger Tips

serius sapa tolak air kelapa mmg rugi..tp xtaw cena ada sorg makhluk dlm rumah husna nih x suka air kelapa..haha..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy pun minum bila dh dkt2 nk bersalin

Aishiteru ZhaFiza said... Best Blogger Tips

Kalau minum msa kndungan bru leh x?

Aishiteru ZhaFiza said... Best Blogger Tips

Kalau minum pd awal khamilan leh x?

Aishiteru ZhaFiza said... Best Blogger Tips

Kalau minum msa kndungan bru leh x?