Pixajoy

Friday, December 26, 2014

Home » Domino, Fruit King, Food Court Amanjaya Mall

Domino, Fruit King, Food Court Amanjaya Mall



Sambung lagi entry makan-makan. Ni entry balik kampung terakhir. Musim hujan balik kampung pun tak dapat jalan mana, so kita habiskan cuti dengan makan, makan dan makan.huhu..

Domino's Pizza Kerian Mall

Malam perlawanan bola Malaysia lawan Thailand kami layan bola sekejap dekat Food Court Mydin pastu break separuh masa pertama soru dekat Domino's Pizza. Domino dekat Kerian Mall ni baru buka beberapa hari so tak banyak menu yang ada. Abang aku nak makan spageti takde, aku order lasagna takde, adik aku demand meatball pun habis. So makan pizza, sup, ayam dengan banana dessert je la.

So sweet abang dukung adik tengok orang buat Pizza.
Ini budak notty suddenly overactive atas meja

Gaya mau lebih, makannya tidak!

Aiman dan PakWa makan jangan tak makan!

Cik Pia buat perangai sakan. Lepak atas meja sekejap pastu tak bagi kita pegang nak turun bawah sesaja dengan selipar tak pakai. Ibu nak makan pun tak senang. Lepas makan yang abang-abang sado sambung tengok bola. Adik-adik manis kita window shopping dululah ye.


Fruit King Parit Buntar

Ingat tak burger besar untuk birthday boy awal tahun dulu. Kat sini la kami repeat makan lagi. Berhajat nak makan burger besaq, boleh pulak hari tu burger habis. Makin maju dah Fruit King ni. Adik aku kata kalau pergi masa hari lahir kita boleh tunjuk ic dan depa bagi burger besar free dengan syarat like fb depa. Hari kami pi menu pun tak banyak yang tinggal. Burger yang bertingkat-tingkat pun habis. Frust menonggeng jugak la. Bukan senang nak balik kampung selalu walaupun dekat. 

Order je apa yang ada. Abang sorang je ikut, adik aku kenyang k. Order tiga burger lebih kurang yang sama dalam gambar, nama lain-lain burgernya tu pun ada kelainan sikit pada daging dan ayam. Nama burger aku pun dah lupa. Makan kongsi-kongsi takut tak habis pulak kalau order sorang satu. Lagipun sebelum datang sini dah pekena sorang semangkuk koteaw sup dekat rumah cousin aku. 


Afia buat perangai sebelum burger sampai. Tengok muka notty plus mengantuk tu. Mujur masa makan dia diam.

Wajah abang-abang sado

Air Chocolate Banana sedap. 

Dah habis makan punya pulun nak snap juga air yang kami order pasal sedap.hehe..Mula-mula order yang sebelah kiri tu RM 13 punya tinggi bekas dengan straw double nak hirup pun susah. En suami minta cawan tuang sorang segelas, dah jadi tak cukup. Air batu je lebih. Pastu order lagi satu yang large, sudahnya tak larat habis, tapau bawak balik.


Food Court Amanjaya Mall

Bertolak balik ke SP dah lewat tak sempat breakfast pun. Hari hujan malas dah nak stop dekat hentian. Sampai SP terus masuk kem nak beli nasi bungkus untuk lunch. Sampai kolam kedai tak bukak. En suami tanya nak makan dekat mana terus aku suggest food court C-Mart.

Aku makan sizzling mee sambil suapkan Afia. Banyak juga si bambam makan. En suami makan nasi ayam plus Lamb Grilled. Aiman pun tak cukup dengan nasi goreng pataya pekena Chicken Grilled pulak. Like father like son! Mana tak bulat. 

Sempat snap Aiman je dengan nasi pataya bukti makan sini. Nak snap lebih-lebih malu kot.

Singgah sini kejap sebelum balik.

Afia ligat pusing sana sini jenuh nak kejar. Food Court sebelah kedai cenderamata ada banyak Teddy bear pulak. Dari luar kaca dia dok tunjuk-tunjuk. Satu kedai dia tawaf. Orang lalu lalang semua dok say hai dekat dia. Ramai yang geram tengok telatah si bambam ni. 

Bila suruh buat mata camni la gaya garang cik pia bagi.


Selamat balik kepangkal jalan akhirnya. MD, at last kita pakai shawl awak bagi tapi malu nak enterframe.muahaha..







13 comments:

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Walaupun lelaki Aiman ni lembut dan penyayang. Kuat tak kuat dia dukung juga adik:)

Adik Pia pulak dah makin cerdik dah. Banyak akal org kata. Tengok gaya dia pun dah nampak:)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tengok gambar bawah sekali tu tergerak dlm hati, mcm MD punya shawl jer....rupanya betu hihi...comey...comey.... Pia ni mmg sebijik mcm mama tau....bila gambar berdua ni baru nampak..... cik Pia mewarisi keayuan mama....Pergh...ada org tak boleh tido mlm ni....

Lama dah okje teringin nak makan Domino ikan bilis, tp tak dpt sampai sekarang....ok, tak per!

Berger tu pun sama ...huhu....aduh teringat ketebalan dagingnya yg sedap tu memalam gini....

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

umah MIL saya dekat je dgn fruit king tu, tp sekali pun sy xpernah g mkn lagi.. hihii

umah MIL saya dekat depan sekolajh cina tu.. depan traffic light

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hihi..ala malu pulak pic last tu.ibu berselindung di balik cik pia.hihi
pk, suka tgk aiman dkung adiknya tu.. sweet je..
macam nk pi parit buntar tu..
mnrik tertarik pulak tgk burger tu.. hihi..
afia makin cerdik tu..

Najib Ariyan said... Best Blogger Tips

huiiii kalau saya lah makan2 mcm tu... esok lusa mesti kena puasa... piza paling takleh layan tu...

aizamia3 said... Best Blogger Tips

Suka tengok dak Aiman dukung adiknya.. ;)
kalau saya.. bila makan semua sedap, lepas tu mulalah meleleh airmata nak turunkan balik berat badan.. huhuhu..

Masya said... Best Blogger Tips

musim hujan ni mmg x syok nak berjalan kemana pun... lg² nak bercuti.. haru kalau singgah hentian pun iye jgk... lol baru bukak eh domino tu semua menu xde... lasagna dia sedappp jgk tp x pedas huhuhuhu

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Seronoknya muni jln ramai2. Haha... Fiza pulak telan air liur tgk gambar muni. Lama jugak berpantang untuk minum makan semua tu. Hehe.

Najib Ariyan said... Best Blogger Tips

Salam

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Amboi.. Syoknya makan².. Best kan makan ramai².. Kata hubby I the more the marrier.. :)

ros_reeza said... Best Blogger Tips

siap duduk atas meja ye sayang.. hihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha... itulah tengok shawl macam kenal aje :)

Wah, tukang masak hebat pun rajin makan kat luar juga ya, PK! So apa cerita? Sedap tak makanan kat luar tu atau yang campak baling di rumah lagi ohsem *_*

Gelas air choc+banana tu memang lain macam sikit. Saya dah terbayang kalau letak atas meja buat pasu bunga sekuntum pun elok juga ni. Hahaha...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

amboi..kemain afia kat domino tu ..
lya baru sekali test domino..tu pon mkn ramai2 kat ofis.. sbb bkn peminat pizza..tu x kisah..

burger bakar tu nampak sedap & meleleh