Pixajoy

Monday, December 01, 2014

Home » Jamuan Perpisahan

Jamuan Perpisahan



Cerita Khamis lepas, majlis perpisahan merangkap kenduri kesyukuran buat Hafiz, opismate yang cuma sempat berkenal mesra selama 6 bulan. Beliau dapat jawatan baru sama gred tapi memilih meninggalkan kami. Majlis simple ala potluck. Aku tak sempat nak masak apa-apa sebab Afia tak sihat, dok merap ditambah blank nak buat apa. Last minute singgah kedai beli kacang. Setel!

Hafiz rancang menu sate dan bihun goreng selebihnya masing-masing bawak sendirian berhad. Majlis mula tepat 12 tengahari. Aku duty petang, so datang awal sikit, tapi kira orang paling lewat sampai. Bukak pintu depa dok baca doa dah. Jadi bahan sampai lewat sebab goreng kacang, siap mintak resepi. Aku konfidentnya jawab, nak resepi google ja.haha..

Lepas baca doa, yang diraikan bagi ucapan sikit pastu Abang Di selaku penyelia sampaikan hadiah buat Hafiz.




Menu utama Mihun goreng tiba-tiba tukar jadi Spageti Bolognese. Isteri Hafiz masak. Nasi himpit dari Kak Aifah.



Bila dah kumpul camni jadi meriah, tak habis makan tapau bawak balik sorang sikit. Jagung bakar dari Abang Di, buah-buahan daripada Kak CT, Sagu gula daripada Kak Imah, Apom Balik dari Abang Din. 



Acara potong kek. Kek coklat dari Abang Man. Isteri beliau bisnes kek.





Hafiz, isteri dan anak mereka Sara bergambar bersama tiga kakak-kakak.



Dari kiri Kak CT, Kak Aifah dan Kak Imah. 4 orang kami je la bunga-bunga kat opis ni. So far aku paling junior.



Dapat juga snap Sara Sofia senyum. Kemain ligat tak duduk diam. Sekali imbas muka rambut ada iras Cik Pia kan.



Wajah-wajah opismate aku. First time bergambar sama sejak 3 tahun aku pindah sini. Yang uncle baju biru PAR, bertanggungjawab bersihkan kawasan opis.



4 orang lelaki, 4 orang perempuan. Lepas ni tinggal 7 sementara tunggu kedatangan orang baru. Ohh bulatnya daku! Mungkin tak kena angel ni. Tu dia punya tak mengaku.hakhak




Patah tumbuh hilang berganti. Good luck dan selamat bertugas ditempat baru buat Hafiz. Tak sangka pulak akan ada sesi gambar-gambar camni walaupun kat dalam beg aku memang sentiasa sedia kamera. Aku main sarung apa ada tanpa iron nak kejar masa punya pasal. Kalau tau mesti tempek bedak, touch up mekap sikit, pakai baju baru pastu lilit shawl supaya nampak lebih muda.muahaha..








15 comments:

lieyalatif said... Best Blogger Tips

meriah menu yg ade tu cikpuan kutu....murah rezeki hafiz sempat suh isteri masak2 di hari last day...moga maju jaya di tempat baru....moga dpt pengganti yg okey dan sekepala...baru syok kat opis kan okje....

Acik Erna said... Best Blogger Tips

PK..tak lilit lilit kalau dah muda tetap muda PK..acik ni buat la macam mana pun..tetap tak muda lagi dah..hi hi

LYAfrina said... Best Blogger Tips

moga hafiz trs dilimpahi rezeki di tempat baru..mmg permulaan akan rsa jgk sedikit kehilangan kan.. insyalalh nanti akan hilang seiring dgn masa n kehadiran org baru

Nora Karim said... Best Blogger Tips

ooo rezeki di tempat baru.... good luck juga buat hafiz... :D

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Semuanya main title 'kakak', 'abang' memang sahlah dia bunga termuda kat pejabat ^_^

Laa..dah elok-elok bercerita pecah rahsia tak gosok baju, tak make up buat apa? Dah jadi modal nak bahankan ni tapi takpalah tak sampai hati pulak. Hahaha....

nurbijen said... Best Blogger Tips

PK yg paling mudah and paling junior ek? Tak lilit2 pun dah nampak cun... natural beauty without make up :)

Ha ah, ingatkan Pia tadi.... Rupanya sofea... Patutlah rambut kerinting...

Najib Ariyan Ali Basha said... Best Blogger Tips

selamat bertugas di tempat baru Hafiz... ksedap jugak makanan farewell tu... kalau pasal majlis kita memang sanggup bersengkang

NzA said... Best Blogger Tips

bertemu dan berpisah adat manusia...moga tempat baru menjanjikan sesuatu yg lebih baik.....
meriah menu2 tu....

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Mesti yg diraikan terharu. Tapi memang beginilah. Bila dah selalu bersama rasa bagaikan keluarga tapi perpisahan tak boleh dielak.

Makanan yg best:) Banyak betul!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ai PK.. ini baru seronok PK buat entry panjang. Haha.. bagus ada blog ya..dapat tuliskan kat sini majlis perpisahan. Amboi, termuda sekali dipanggil adik la kat ofis tu ya..

Haha.. mmg ada nampak sikit bulat PK time ni. Maybe cara berdiri tu kot yang buat nampak lebar sikit.. haha.. biasa ni..

Meriah juga majlisnya bila sekali dengan isteri dan anak2 diraikan..

Sya said... Best Blogger Tips

Hahaha.. Xpyh shawl la.. Mcm ni pun nampak muda juga..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Saya suka potluck. Sbb mcm2 makanan ada. Wp hanya dpt rasa sikit2 je. Tapi kadang2 potluck lagi pengsan nak makan sbb banyak sgt pilihan. Good luck hafiz di tempat baru.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

bab makan mmg best
mcm mcm ada kan.

good luck hafiz di tempat baru

OKje said... Best Blogger Tips

Selamat bertukar kerja Hafiz....
Rugilah nanti hilang kawan yg baik mcm Puan Kutu hihi.....
Tak pelah, tak melilit pun tetap nampak comey apa.


ida =) said... Best Blogger Tips

Kikiki. Skrg ni, saya tatau nak amik gambar angle Mana. Semua angle serba tak kena. Kikiki