Pixajoy

Wednesday, December 24, 2014

Home » Lost World Of Tambun

Lost World Of Tambun



Sebelum balik kampung memang planning nak pergi jalan-jalan hari Sabtu. Niat hati nak bawa anak-anak berkubang dekat Taman Tema. Bukit Merah dah banyak kali pergi, so aku suggest pergi Lost World. So far ramai review tempat ni best. Ada macam-macam dalam tu boleh explore selain mandi manda.

Masa shopping kelengkapan sekolah Aiman punya semangat cari baju swimming dekat Afia. Pastu tak lupa beli jugak seluar mandi Aiman dan ibu. Pagi tu aku bangun awal buat nasi goreng sebelum bertolak. Dah siap-siap sebuah beg sumbat semua baju. Baju adik aku, abang aku semua masuk dalam beg kami. 

Dari Nibong Tebal ke Ipoh tak jauh mana. Sejam lebih dah sampai. On the way dekat highway hujan mula turun. Memang spoil la kalau pergi Lost World keadaan cuaca hujan camtu. Pun begitu kami teruskan perjalanan sambil berharap hujan reda. Masa ni hujan tak berapa lebat sangat pun.

Dah sampai siap parking dekat Lost World semua turun dari kereta. Bila en suami buka bonet kereta, 

jeng..jeng..jeng...

Semua pandang antara satu sama lain. Muka cuak tak ingat.

Bonet kosong...

Beg tinggal kat rumah. Sorang pun tak ingat bawa masuk beg dalam kereta. Punya terkejut beruk. En suami kira nak salahkan aku. Semua nak harap aku apa kes. Masuk dalam tu kalau tak mandi buat apa. Aku suggest pergi Giant beli baju seluar murah-murah. Alang-alang dah sampai takkan nak balik macam tu je. 

Cari punya cari tak jumpa dengan keadaan cuaca yang terus hujan at last kami balik jugak. Hilang terus excited nak bercuti!Buang masa, buang tenaga, buang duit tol dengan minyak je dapat.

Sepanjang hari hujan. Balik rumah lepak dengan teddy bear atas katil je la.


En suami kata boleh buat filem tajuk 'salah bini'

Aku balas, "penonton pun tau bezakan siapa salah"

En suami jawab lagi, "Ok kita tukar..'salah siapa?'

Sebenarnya aturan Allah tu terbaik. Semua berlaku ada hikmah. Kalau masuk dalam bayar tiket mahal-mahal tak boleh buat apa dengan keadaan hujan tak guna jugak. Nak bergambar dengan baju basah kuyup apa kes. Payung pun ada satu. Larat ke nak  berpayung mengendong si princess lagi. Semuanya pun spoil. 

Memang bukan rezeki kami hari tu. Suggest en suami nak repeat pergi sekali lagi esoknya dapat bantahan dari semua. Esoknya pun sepanjang hari hujan. Lepak kat kampung dengan aktiviti makan-makan menternak lemak je la. Insyaallah ada rezeki tahun depan kita pergi. At least dah tau jalan. Anggap je la kali ni kita usha line dulu.hoho...






11 comments:

nurbijen said... Best Blogger Tips

hahaha, saya pun sokong tajuk filem salah siapa... Nak buat mcm mana, bila dah bukan rezeki maka semua orang boleh lupa...

Cho Zila said... Best Blogger Tips

singgahlah makan2 di ipoh... mmg kalau ketentuan Allah gitu memang gituler jadinyer. .Insyaallah ada rexeki...

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

lain kali mesti jejak..apapun perancangan Allah yg terbaik..kita hanya merancang..suami akak pon sama kalau ada brg tertinggal..asyik nak salahkan kita..dah la kita ni byk benda nak buat..geram jugak..:)

Unknown said... Best Blogger Tips

Tak de rezeki lah tu. Namun hikmah Allah mungkin ada kebaikannya.

eita said... Best Blogger Tips

takde rezeki..huhuhuhu...

Sya said... Best Blogger Tips

Mujur tak masuk kan.. Hujan² xbest la.. Kesian kat anak².

OKje said... Best Blogger Tips

Nyampahnya bila komen tetiba tenet lambat....
Persoalannya sekarang nasi goreng tu pun tertinggal ke? Huh ....tambah lagi pembaziran...Tak bertekak ke? Kalau okje tu sudah pasti hihi...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

haaa biasa camtu kan.. selalu nak harapo kat isteri je.. bila lupa, tak pasal kita dipersalahkan.. heheh

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alahai
mmg xda rezeki la tu kan.nasib la dr nibong tebal ke ipoh.. kalau dr lain tempat, acaner tu.. hihi..
pergi team park time panas best kan.
time hujan ni mcm bahaya pon iye jugak..
xpa next year ye aiman..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Eh, PK! Kita dah komen ke belum kat entri ni. Tadi tengah sedap mengomen tetiba internet sengal. Lepas tu lupa pulak tapi dah bacalah!

Kesian kat awak sampai nak kena buat filem ya. Kalau ada filem 'Salah Siapa' ni haruslah pasangan suami isteri yang masuk panggung menonton keluar bertekak jerk! Hahaha...

Takpalah, kira ni survey je. Nanti tahun ni pi lagi. Make sure lepas kemas beg terus humban dalam bonet kereta. Make sure juga beg tu tak kosong ya *_*

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bear tu besar dr afia..

xpela..maybe blh plan cuti sek nanti..lg pon hujung tahun biasa mmg hujan kan... so mmg x sesuai nk ke tmpat camni.. semuanya ada hikmah