Cuti sekolah ni Aiman asyik dengan PS. Siang hari memang dia conquer TV dengan game jet, transformers la apa mak nenek entah. Kadang sampai tak ingat makan dan mandi. Bab makan aku tak kisah sangat, bagus juga boleh diet, tapi bab mandi tu alahai. Tak suruh tak buat, tak bising tak jalan. Imam kat masjid khutbah hari Jumaat, ibu hari-hari kena khutbahkan anak.
Nak salahkan anak pun tak guna juga. Ibu pulak lemau nak cari aktiviti berfaedah buat mengisi masa cuti. Dah beberapa hari Aiman dok kata nak belajar buat karipap. Entah pengaruh strawberi karipap sesat kat Paris ke apa entah. Bila kata macam tu dia kata takdelah, Aiman cuma nak belajar je. Aku kata kat Aiman kena tunggu ibu cuti dulu baru boleh buat projek.
Dua hari dah aku buat inti karipap, lama sesat kat dalam peti ais tunggu aura rajin je nak uli tepung. Khamis malam lepas, hajat Aiman terlaksana. Kemain dia gelek tepung sementara ibu kelip karipap pakai acuan. Nak buat pakai tangan tak pandai. Bagus juga ada pembantu, cepat sikit projek karipap settle. Kalau buat sorang boleh tahan berpeluh jugak ketiak.
Bersungguh Aiman nak buat karipap sampai penuh baju dan seluar dengan tepung. Yang penting dia tahan gelek tepung tu sampai habis. Kiranya takdelah buat kerja separuh jalan. Lepas dah goreng, tak sabar Aiman nak makan air tangan sendiri.
"Kalau sedap kita buat jual la bu!"
Good idea la sangat. Rupa karipap ibu pun tak semegah. Harapkan sedap je tak boleh jugak.
24 comments:
bagus Aiman, rajin tolong ibu buat karipap ni, sampai kena tepung satu badan ya... esok2 boleh la ambil alih dapur ibu, mewarisi bakat PK nampaknya ni.. nak jual kat mana Man?
ok juga PK buat aktiviti gini sebagai pengisian masa cuti anak.. memang ok sangat ni.. hihi, tambah komen
apa kata saya cadangkan Aiman beridah untuk slimkan badan.. hujung minggu boleh join marathon yg berjarak pendek di mana2 yg dapat medal tu... mesti dia suka...
Salam isnin PK...senyum kaksura baca n3 ni..sama jer ngan anak akak si Aqil..kalau tak suruh memang tak mandi..siang malam kena bebel..benda yg sama gak dibebel..
Semangat nak buat projek karipap..bagusnya Aiman dapat siapkan tugasan tu..mesti makan pun semangat jugak sbb hasil air tangan sendiri..
Kalau Aiman jual karipap..Umi nak beli tau!..:)
whoaaa... terernya buat karipap! :))
Bagus ni kalau dia sendiri yg minat nak belajar. Tak lama lagi kot2 dia boleh jadi chef. Masa korang buat karipap, si comel afia tak kacau ke?
Senanglah muni lepas ni ada pembantu yg offer diri nak bantu buat kuih. Hehe...
baguihnyer semangat dier ni... anak bujang leh memasak mmg hebat ler n satu lagi TQ ke blog KA even dah lama x menjenguk ke sini yer ..
hihi..bagus jugak tu aiman..
sementara cuti sekolah ni, blh buat bisnes jual karipap..
Nak tgk rupa karipap ank teruna pk.. :)
rajinnya aiman...hehehe...wah..dah fikir bisnes Aiman ni....bagusnya
syokk la pk ada geng tolong.
sy pon kalau buat karipap pakai acuan.
karipap pusing pk blh buat tak?
strawberi karipap sesat kat Paris
tak tgk pon. best ke?
idea aiman yg bgus tu..
mcm ada gaya je aiman ni minat niaga kan..
pppssstt: pk, tak da la retis sangat.. hihi.. nam tahun tunggu.. sabaq noh :)
pk, cer try pi yan, kak intan blogger cikintanberlian niaga nasi lemuni ni.dia dh blik ddk kg..
ala, sy nk bg no contact dia x da pulak..
Alahai, comel jet jari jemari montok menggelek tepong nak buat karipap..ada tokoh Chef lah.
Jangan sampai Chef Wan tak dapat cari makan sudah yer...he he..
Aiman jual dgn auntie ajelah hihi..
Rajin macam inilah buat ibu makin rajin tau Aiman nak ke dapur sebab ada yg membantu:)
rajin Aiman! nanti nak tengok hasilnya kak :)
Waaaahhhh, 5 bintang utk Aiman. Dah tahap buat karipap dah. Maryam tgk gak cerita strawberi karipap lost in paris tu, ibu pun tumpang sekaki. Hihi..
ooo suka cerita strawberi karipap macam anak2 auntie gak tau.. memang budak2ni pun sama mintak buat karipap dan diaorng nak tolong..
BAGUSNYA AIMAN.. X MENAHAN NAK JUAL KARIPAP KIKIKIKI ... MEH BG IBU AMIR RASA DULU LPS X KUIKUIKUI ... ALA RUPA X SEMNGAH X BLH NAK KATA APALAH...
Bagus Aiman ni..... rajin tolong mak dia sebab dia nak makan...Senang kerja awak PK tak yah dah nak menggiling....
Dalam pada tu berjalan jugak otak dia nak bisness yek
Pernah buat sekali tp kulotnya tu jdk prai. Kena btlkan semula skill. Haha...
Pernah buat sekali tp kulotnya tu jdk prai. Kena btlkan semula skill. Haha...
Nampaknya Aiman lagi teror daru aunty...
Aunty pun fail nak buat karipap....
Baguslah Aiman! Terharu auntie rasa tau. Rajin sungguh jadi pembantu tukang masak di dapur. Kiranya tak jemu membantu dan buat kerja sampai habis. Kalaulah ada anak perempuan sebaya...
Hahaha, itu je yang diingatnya. Asyik dok nak cari menantu jerk! Samalah PK dengan si Abang di sini. Lepaking sepanjang zaman. Kalau tak depan TV, depan komputer, tak pun tab, tak pun PS2, takpun itu-itu jugalah! Naik pitam kita dok menegur. Lagi bagi muka, lagi buat tak tahu je bila nak berhenti. Aktiviti paling berfaedah yang dibuatnya cuma melukis kartun dan 'bukukan' untuk dijual kononnya!
Wahhhh!!! Aiman pun rajin mcm pk. Ahaaa... Kalo karipap, donut, roti2, mama Pandai juga. Selalu tlg wan dulu2 time cuti. Wan jual... Rupanya? Ofkos la cantik. Kikikiki. Tapi... Bila pemalas nak masuk dapur, semua benda tetap kena beli walaupun ilmu tu ada :p
Kalo rasa sedap, rupa belakang kira. Kikiki. Customer tetap akan tetap repeat order. Pastu... Yg ni mmg betul kan... Practice makes perfect. Banyak2 kali buat, hasilnya tentulah gorjes nanti!
Post a Comment