Tempohari si bambam demam teruk. Kira nak mengempeng all the time, makan apa pun tak selera. Rupanya gusi bengkak nak tumbuh gigi. Satu tahun 7 bulan Afia baru ada 4 batang gigi atas, 4 batang gigi bawah plus 2 batang gigi bawah yang baru nak tumbuh. Geraham pun belum ada.
Smile!
Tengok tu muka bebai marah takmau tangkap gambar
Di usia sekarang Afia suka nak makan sendiri. Setakat biskut, buah, kuih tu no hal kalau makan sendiri. Ni boleh bayang tak dia hirup sup sampai basah satu badan. Lepas tu kemain lagi guna tangan sapu muka persis ambik wuduk. Terpaksa ibu alas paper sebelum bagi dia explore sup tersebut. Dulu pandai tau makan roti sampai habis, la ni dia kira nak cucuk jari hisap krim. Kuih macam seri muka tu dah tak layan pulut, makan atas yang manis tu ja. Dah la nak gosok gigi sikit punya susah siap menjerit menangis. Jangan cepat rongak gigi awak sudahlah nak oi.
Susah benor nak snap pic
Masuk kereta mesti jari tunjuk ke radio mintak pasang. Kalau pasang siaran radio ada lagu, pandai dia marah mintak kita tukar CD zikir. Selagi tak pasang zikir selagi tu dok tunjuk. Fasa meniru pun makin berkembang. Kalau tengok iklan pencuci muka kt TV dia pun tiru gosok muka sama. Kalau pakai spray wajib kena spray ke dia juga. Bunyi spray tu mesti mau sama macam acara sebenar abah menspray ketiaknya.hehe..
Anak solehah lepas azan mesti tadah tangan doa.
19 comments:
acik pulak yang sengih sorang..seronok baca kerenah Afia
Besar dah Cik Pia. Bila dah keletah bercakap nanti, hah amiklah ibu, terduduk pengsan nanti!
Budak-budak memang suka spray kot. Anak saya pun sama. Asyik minta 'pe-pum' (perfume). Lepas tu excitedlah kata 'huuuu, banginya (wanginya)!'
Bagus Afia, ciri-ciri Muslimah sejati dah nampak dah. Lagu tu 'ha gham' okey ^_^
alhamdullillah walaupun pelik perangai dia, masih dikurniakan nikmat kesihatan :D
sgt comey tau ... mimik muka die tu .....
Makin baik perkembangan dia. Yg nak dgr zikir tu mmg solehah betui. Baca doa lepas azan tu mesti sbb tgk mak ayah dia buat. Kan?
wahhh segak betui cik Pia kita... bagus betul tak suka lagu, suka zikir. anak solehah ni. stay cute yer sayang.
Makin besar makin comel..
anak ti lak...umur setahun sebulan baru keluar gigi 2 batang..huhuhu
dah makin besar makin panjang akalnya tu...apapun semua tu akn jadi kenangan yg manis buat ibu suatu hari nanti.....
Comelnyer dia...dah besar...
Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.
Walaupun dalam mood istirehat bunda beransur singgah dan komen rambang keblog2 kalian...terima kasih sangat..
Semakin cerialah rumah bila kalau dulu baru satu yg kecoh sekarang tambah anak dara ni lagilah meriah kan:)
Dah nak dekat 2 tahun yer.....kejap lagi dah nak cerai susu, lepas tu Pia dah nak ada adik yeayyyy...hihi
afia makin besar, makin pndai n bijak...
Alololo... comeinya la afia ni.. dah makin bijak dah dia... fasa ni la dia tolak semua yg kita nak bg... dia nak mkn ikut tekak dia....huhuh
Pasti comel je apa yang Afia buat. Di fasa yang serba comel ni. Bab hirup sup tu, Ahmad kecil rumah kami pun buat yang sama. Kalau saya perasan, memang saya tanggalkan dulu baju dia masa makan..
Perlu dipuji bab suka tadah tangan lepas azan ni.. good girl Afia
bab hirup sup ambik wuduk tu sengih2 saya baca.. hehee
Haha... Mcm² dah Afia.. Dah nk tumbuh byk gigi ye.. Makin comel la lps ni..
alhamdulillah.
itu dah dikira mandi sup tu cik afia.hihi
dah pndai pilih yg mnis je ye
smga mmbesar sbgai anak solehah aamiin
seronoknya tgk anak mmbesar kan.
bby saya dh msk 4 bulan pon rasa crpatnya masa.. :)
Takpe lambat tumbuh gigi... nanti lambat sikit gigi tu rosak...
Macam2 telatah Afia.... Yang paling best ambil wudhu dgn sup... Ibu kena byk2 sabar... ekekkeke
Post a Comment