Pixajoy

Tuesday, December 23, 2014

Home » Shopping Kelengkapan Sekolah Aiman

Shopping Kelengkapan Sekolah Aiman



Tahun lepas beli kelengkapan sekolah Aiman dekat kampung. Tahun ni pun sama. Dah dapat cuti balik kampung sekali harung la beli semua. Nanti nak beli dah tak berapa ada masa sangat nak shopping. Almaklum ibu abah kerja tak menentu. Ibu pulak kalau takde abah, memang tak jalan kemana le!Lesen kereta simpan waktu emergency je.

Tahun ni beli baju sekolah Aiman sehelai saja. Kasut sekolah baru pun sepasang. Baju dan kasut pakai yang tahun lepas masih elok. Beg sekolah pun tak beli dah. Mula-mula kami pi Mydin Parit Buntar. Ada majlis apa ntah ada maskot bomba kat ruang legar. Ramai dok bergambar dengan maskot. Afia punya takut melalak tengok maskot bomba dari jauh. Bila maskot tu lambai tangan kat dia, lagi kuat dia bantai melalak tak ingat.

Aiman ni memang tak banyak kerenah terima apa pilihan kita. Tapi yang tak tahan tu semua benda aku kena cari. Dari alat tulis, kasut, baju, botol air sampailah ke seluar kecik semua ikut aku. Nak layan Afia lagi yang dok merap ibu. En suami lagilah lepas tangan bagi alasan tak pandai. Dah penat pusing aku suruh en suami carikan stokin sekolah Aiman. Balik rumah rupayanya stokin kecik. Langsung tak boleh diharap. haha..Tak pasal-pasal kena beli baru.  

Lepas Mydin singgah Billion sekejap pastu pergi Ten-Ten terus balik. Penat gila sepetang mendukung si bambam. Dia demand princess sangat mintak dukung je langsung takmau jalan. 


Aiman Afia bersama Pak Wa

 Tinggal baju sekolah agama je belum beli. Yang lain semua dah setel.







8 comments:

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

haha..nasib stokin murah..boleh beli lagi..orang laki ni ada bab boleh diharap..ada bab memang tak leh..hihi..:)
CIk Pia dah sama ngan Afif..malas nak jalan..memang penat...sebab tu akak suka pergi supermarket..boleh letak dlm troli..tu pun bila lama sikit mintak dukong..penat wehh..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Seronoklah Aiman. Dah shopping kelengkapan sekolah. Aunty ucapkan selamat kembali ke sekolah yer :)

umi alya said... Best Blogger Tips

Belum siap sepenuhnya lagi, tengah berkira2 nak beli di mana

Bunda a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Takpe lah Aiman...yang mana boleh pakai lagi tu pakai.

Nanti pertengahan tahun baru beli yang baru2.

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Afia nak kena masuk dalam baby wrap baru ok kot.. Haha.. Bagus aiman, tak de nak yg baru byk²..sesetengah budak, walau yg dulu. Elok, still nak yg baru..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

muni pukul brp ada kt mydin ek... saya pun ada kat sana gak time ada maskot tu.. ntah2 kita berdua mmg ada dlm bangunan yg sama.. tp xbertembung la plak...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alahai afia takut dgn maskot ye.sian dia..
bila selesai semua legaaa kn
bgus aiman tak susahkn ibu n abh...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Samalah kita, PK. Semua terpikul di bahu ni. Berat dah tanggungjawab tau. Saya pun beli singlet baru untuk Abang tetiba balik rumah tengok besar betul, labuh pun labuh macam pakai baju Melayu sudah! Nak nangis rasanya sebab mahal gak! Nasib baik Mommynya sempat rembat satu jerk. Buat dia buat perangai macam selalu, memang berlori-lorilah air mata nanti!