Pixajoy

Thursday, December 18, 2014

Home » Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka



Tempohari masa jamuan perpisahan, dapat la makan sagu gula melaka air tangan one of my officemate. Memang sedap! Tapau bawak balik untuk en suami sikit, dah bendanya tak banyak mana, ibarat lekat celah gigi je la. Sebelum tu pun en suami dok sebut ada makan kat kenduri sedap sangat. Baru-baru ni aku buat sendiri baru puas makan. En suami celik mata je minta benda ni. Dua hari berturut-turut aku buat. Tiga bekas sederhana besar licin sekelip mata. Lepas ni setahun jangan mintak dah.keke..

Sagu gula melaka ni kira pencuci mulut yang tradisional sangat. Nak buat pun mudah, modal ciput je. Cuma perlukan sagu, gula melaka, susu cair or santan. Aku punya gula harap maklum tercair sikit, so tak nampak dalam gambar.


Resepi Sagu Gula Melaka 

Untuk Sagu :  Rendam sagu 30 minit pastu masak dalam air mendidih sampai sagu masak jernih. Toskan dengan penapis, lalukan dengan air paip untuk buang kanji. Kalau nak warnakan, tuang pewarna pastu kacau dengan garpu.
Kemudian boleh masukkan dalam bekas, sejukkan dalam peti ais. 

Untuk Gula Melaka : Potong gula melaka jadi ketulan kecik pastu masak dengan air sampai mendidih. Tambah gula pasir secukup rasa pastu tapis. Siap! Aku guna gula merah je, dalam dok buat boleh Cik Pia hilangkan gula melaka. Merata aku cari tak jumpa.hehe..

Untuk Susu Cair/ santan : Masak atas api, masukkan secubit garam. Setel! Aku guna susu cair, tambah sedikit air+garam+susu pekat. Kalau malas sangat, masukkan tin susu cair dalam peti ais, nak makan terus tuang. Setel!


Esok nak bercuti balik kampung.Yehaaa!









19 comments:

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

sedap weh benda ni..akak suka sangat..nak2 bagi sejuk dulu..
dah lama tak buat..nak buat jugakk..:)

nasa mulia said... Best Blogger Tips

salam kenal, saya pun suka sangat makan benda ini tp dengan susu cair, santan kurang sikit.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Oo PK letak pewarna lepas dah siap masak sagunya ya? Gitu ke buatnya. Selama ni saya curah masuk pewarna tu masa tgh masak sagu.. haha, ok juga kot? Saya hentam je. Suami saya pun hantu kuih sagu macam ni. Kalau buat berturut2 pun mmg habis dia makan, saya la pulak stress tgk kalau dah buat selalu..

Syoknya balik kg tu..

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

layang yang sejuk2 memang sedap PK.

Sham said... Best Blogger Tips

Letak air batu ok x...?sejuk2 lg sedap kan...

lieyalatif said... Best Blogger Tips

ya Allah dessert paling sedap di muka bumi ni hahahahaah..lagi2 kalo sejuk2 kuar dari esbok..nyaman jek telan kat tekak...sagu ni sedapnye teletak kat santan tu kan...kalo buat lemak2 mmg sedap..ade org buat pakai susu pun sedap gak.....

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

aduhai akak ni bab nak buat tu malas le pulak... sumaiyyah cakap sedapnya

eima said... Best Blogger Tips

Ltk plak air ketui flm tu....sejuk2 sedap

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Amboi.. Balik kampung syok eh.. Sya X reti nak mkn yg bersantan + manis.. Xkena dgn selera.. Dr kecik sampai la dah tua ni.. Puas paksa tekak.. kata hubby, org bandar kononnya..

Masya said... Best Blogger Tips

TERBAYANG² SEDAPPNYA MAKAN SAGU DGN AIR GULA GINI HUHUHUHU

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Okje selalu failed nak masak sagu tu tau PK...Pernah buatlah jugak beberapa kali sagu tu tak jadi bulat, macam jadi lembik semacam sudahnya buang...huhu
Tapi sagu ni mmg sedap....

sal ya said... Best Blogger Tips

Biasa masak susu cair terus cmpr gula merah. Sng anak2 nk mkn. Sedap mkn sejuk kan? Pergh...

Linda said... Best Blogger Tips

sedappnyaaa....saya pun suka makan ni..

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

dah lama x makan ni...teringin plak rasanya....

wahhh bes la dah balik kg...

Bunda a.k.a KN said... Best Blogger Tips

Teringat pulak bunda tiap bulan puasa wajib ada menu ni ...

Najib Ariyan said... Best Blogger Tips

sedapnya... ni biasa makan time bulan posa nih... kenyang buntang lepas makan ni

nurbijen said... Best Blogger Tips

Nak cuba masak juga lah, hari tu ada kawan buat.... memang sodap baq hang...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pernah try buat mmg sedap
tp mcm pk kata la setahun lps ni pulak la.hihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Haluuuu.... saya datang tengah malam ni :) Jangan ingat langsuir pulak datang singgah!

Kalau dapat orang rajin macam PK ni memang dapat makan kat luar, habis dibuatnya kat rumah. Kalau saya pulak tunggu orang bagi free je. Tak pun beli kat kedai. Alamak! Baru berangan tahun baru ni nak hari-hari masuk dapur memasak. Baru 8 hari dah gagal azam!