Hari Sabtu raya ketiga ada reunion sekolah aku dekat Hotel Damai Parit Buntar. Walaupun tak ramai yang join, meriah tau. Majlis start pukul 12 tengahari dan tamat pukul 3 petang. Dah hampir 15 tahun tinggalkan sekolah, ada yang aku tak pernah jumpa langsung lepas sekolah. So tak payah sibuk nak kira umur aku berapa.hahaha
Baru sampai anaknda berdua dah serupa apa dapat belon, terkinja-kinja atas pentas.hehe..
Kerana kek ni la aku sampai lupa anak.hahaha nanti aku story.
Menu semua simple tapi masakan hotel serius sedap. Kuih muih puding vitagen kek semua sponser dari kawan-kawan pun sedap sangat. Rugi pulak aku tak makan banyak. Aku makan mihun goreng ja tak lalu nak bedal nasi semangat nak jumpa kawan-kawan punya pasal. Balik rumah lapaq.hehe..
Muka baru sampai ok lagi la nak wefie pun.
Nah sejam dua jam kemudian dah berpeluh dengan peel anak-anak.
Cik Pia with one of my ex classmate form 1-3. Haritu ada datang masa mini reunion kat rumah aku tu ingat tak.
Sambung bergambar.
Aiman punya notty pi bawak pistol Pak Njang dia belikan. Sakan main dengan anak-anak kawan ibu. Balik tu jenuh ibu depa kena cari pistol sama macam Aiman. Tak padan dengan badan dok melompat atas pentas. Adoi dah la dia sorang je sado.
Afia mula separuh masa pertama ok behave sangat punya happy kesana sini. Ibu biar dia bebas takda nak berkepit dengan ibu macam budak-budak lain. Ada banyak jajan vitagen belon semua mana budak tak suka. Dah dekat nak balik buat perangai pulak mintak nenen. Tak lama la dia buat perangai pastu ibu rasuah bagi coklat.hahaha.
Masa ni la dia buat perangai nak berdukung nak nenen. Time ni jugak lucky draw mengena nama ibu. Angkut sekali Cik Pia la naik pentas.
Snap reramai lagi bersama kaum ibu. Ohh ada juga yang belum berpeluang jadi ibu. Kita doakan depa ye Insyaallah secepat mungkin diberi rezeki anak.
Banyak ni je yang datang reunion. Ok la not bad. Nak tunggu semua free memang tak reunion la kan. Apa yang ada syukur.
Again.. acting potong kek!
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Reunion sempoi dengan kawan-kawan semua mengimbau kembali zaman sekolah yang dulu penuh gelak tawa. Terima kasih pada penganjur dan semua sponser. Happy tak habis sampai rumah dok sambung whatsapp. Bak kata kawan aku, pulun post gambar reunion kat wechat kat fb, majalah dan suratkhabar je belum.hihi
Masa nak balik Afia merap minta dukung. En suami dan Aiman dah turun dulu. Nak bagi ke abah dia takmau pulak Afia. Aku pujuk turunkan Afia sekejap kat bawah ibu nak salam kawan-kawan. Tengah salam depa bersungguh minta aku tapau makanan yang banyak tak habis. At last aku ambil mihun goreng dan kek.
Dah tu kalut turun bawah jumpa kawan nak ambil tudung yang aku beli. Kat bawah en suami tegur mana Afia. Terkejut beruk kau sampai lupa nak bawak turun Afia sekali. Laju aku naik atas masuk balik dewan tengok Afia relex ja dok atas pentas. Aduhai en suami dah menyinga dah kat bawah seriau tengok muka. Macam mana boleh lupa ke anak oii. Lepas tu tak sudah kena bahan dengan kawan-kawan, tapau makan sampai lupa ke anak.huhu..
Bila difikirkan rasa fail jadi ibu sebab dalam keadaan gembira boleh lupa ke anak. Sungguh boleh jadi wo mujur la tinggal anak dalam dewan yang masih ramai kawan-kawan. Dalam dok kalut tu boleh tak ingat. Tu je la cerita reunion. Ke sebenarnya kisah ibu lupakan anak. Jangan jadi teruk macam aku tau. Ambik pengajaran.hakhak..
11 comments:
wahh meriahhnyer reunion., yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapat rapatkan., mak kannns ;p
Nampak awet muda semuanyaaa
bestnya reunion... mesti happening gila jumpa kengkawan lama
meriah jumpa kawan2 ...aku ni kawan zaman sekolah pun abis lupa dah ..nama pun byk aku dahtak ingat
fuhhh kuss semnagta.nsb la trtinggald dlm dewan yg dikenali org
kena beringat
risau kan.. bukan pe bnda nakk jdi kdng bukan blh nk jangka.
dgn kita mak mak ni nk bawa itu ini..
dpt hadiah apa tu ?
betul nk tunggu semua ada mmg x buat la reunion
kalau 10 org boleh on kira ok dh la tu. meriah sangat.. lagi ramai lg bagus tp nk dpt kumpul semua mmg harapan la kot..
rajinnye team sekolah cikpuankutu dok buat reuniion...kat hotel lagi...kek lawooo...makanan marbeles...syok dpt jumpe geng2 lame kan.... mesti ade group wasap tu kan.....
tu laa...mujur tetgl kat majlis kawan2...kalo kat tempat yg kite mmg tak kenal...adoiii..nauzubillah...kdg2 bukan lupa tapi mcm kelam kabut kan cikpuankutu...semua bende nak di pegang...tu tetinggal tu...
salam ukhwah PK, memang meriah bila ada reunion kan, masing2 berebut nak bercerita kisah-kisah lama :)
Mak dan anak sama2 enjoy pergi ke reunion ni ya.. wah. Kalau gini sesuaila. Saya duk bimbang kalau ank2 mula buat perangai kan tak daya nak sembang lama2 dengan kawan..
Apa yang banyak sangat sembang sampai tak lalu makan tu? Haha.. patutnya makan banyak2..
Wowwww yg tak boleh blah bila ada bunga sekuntum kat telinga tu.....mmg menyerlahkan keayuan semulajadi Puan Kutu tau.....i loike hokayyy ...
Mesti menyesal sebab tak makan banyak....itu mak le hihi....dasar pelahap kan haha....
Hihi.....sebab tulah pak Jilap tak suka mak berlibur dgn kengkawan....sebab dia tau mesti akan jadi kejadian cenggini jugak kalau mak ada anak kecik....kita dah eksitedkan....nak buek camni!
3 kuntum sebenarnya tu mak jilap.hahaha tu la balik tumah dok terbayang udang besaq tu.adoilah rugi tak makan..
Tak payah kira umur pun kita dah arif awak tu muda lagilah, PK. Kalau nak bandingkan dengan kitalah ^_^ Mengaku ajelah kita dari dua dunia berbeza dari mengaku rakan sebaya. Hahaha!
Macamanalah boleh terlupa anak ni, PK? Mesti teruja sangat jumpa kawan-kawan sekolah. Nasib baiklah lupa kat dalam hall. Kalau lupa kat luar, tak ke jenuh. Memang bernanah telinga, hati dan perasaanlah kena marah nanti!
Post a Comment