Pixajoy

Friday, July 15, 2011

Home » Tips Berhadapan Dengan Anak Yang Suka Bertanya

Tips Berhadapan Dengan Anak Yang Suka Bertanya



Salam semua


Selalunya hari Jumaat kalau ketandusan idea nak update blog aku suka baca artikel kat iluvislam.com. Sambil-sambil tu berharap dapat sesuatu yang boleh aku sharekan untuk kebaikan bersama. Hari nie tertarik nak berkongsi tips berhadapan dengan anak yang suka bertanya. 


Aiman pulak dah empat tahun, memang petah bercakap dan suka bertanya sampai kadang-kadang aku pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Misalnya bila dalam kereta, Aiman akan tanya, "ibu, kenapa matahari tu ikut kita?". Aku dengan selambanya akan jawab, "Matahari tu besar, dia bukan ikut kita, tapi kita yang ikut dia". Ekceli aku sendiri tak tahu apa jawapan aku nie betul?


Melalui pembacaan aku, anak yang suka bertanya soalan adalah satu kurniaan Ilahi yang sangat istimewa. Anak-anak sebegini jika dilayani berpotensi menjadi remaja dan seterusnya orang dewasa yang bijak berfikir dan petah berbicara. Anak yang petah berbicara ada dua kelebihan iaitu bijak memilih kata-kata dan pintar berfikir. Aku bagi contoh yang aku baca :


Bijak Memilih Kata-Kata

Perhatikan perbualan antara Aiman (empat tahun) dan ibunya sewaktu dalam perjalanan balik dari tadika.
Aiman: (melihat ke langit) Ibu, cikgu kata awan tu air. Kenapa awan tak jatuh?
Ibu: Hmm ... menarik soalan tu. Ibu agak mungkin sebab awan terlalu ringan, jadi hanya terapung sahaja di angkasa.
Aiman: Betul ke ibu?
Ibu: (tersenyum) Ibu tak pasti sebenarnya. Sampai rumah nanti kita Google sama-sama, OK?
Perhatikan:
1) Ibu tidak malu mengaku dirinya tidak tahu
2) Ibu sengaja menyebut "terapung" dan "angkasa" – menambah perbendaharaan kata-kata anaknya sekaligus mengembangkan pemikiran si anak dan membimbingnya supaya bijak memilih kata-kata
3) Ibu tersenyum – tidak membidas atau meremehkan soalan yang diajukan anaknya
Pintar Berfikir
Sampai di rumah, ibu membantu Aiman membuat carian "why clouds float" ("mengapa awan terapung") menerusi Google dan menyambung diskusi.
Ibu: Aiman, kalau Aiman tuangkan air yang penuh dalam cawan, ke mana air tu tumpah?
Aiman: Ke tanah?
Ibu: Kenapa tidak tumpah ke atas? Kenapa air tu tak terapung di udara macam awan?
Aiman: Aiman tak tahu ... (berfikir)
Ibu: Awan sebenarnya adalah titik-titik air yang sangat halus. Titik-titik air ini tersebar di angkasa. Bila dah tersebar, ia jadi ringan, udara di angkasa boleh tampung. Tak seperti air yang penuh dalam cawan.
Mungkin anda tertanya: Mampukah anak berusia empat tahun memahaminya?
Jawapannya: Boleh, jika anak tersebut sudah dibiasakan dilayan begini. Jika tidak 100%, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya. Apa yang dilakukan oleh ibu di atas ialah melatih anaknya berfikir secara kritikal.
Bandingkan pula gaya interaksi di atas dengan yang ini:
Aiman: (melihat ke langit) Ibu, kenapa awan tak jatuh?
Ibu: (acuh tak acuh) Mana ibu tahu. Tanya cikgu kat sekolah!
Interaksi kedua terbantut di situ sahaja kerana ibu langsung tidak menunjukkan minat terhadap soalan Aiman.


Sebenarnya kualiti pemikiran anak-anak sebahagian besar bergantung kepada kesediaan dan kesabaran ibu bapa melayani sifat ingin tahu yang membara dalam jiwa setiap anak. Si anak meningkat keyakinan dirinya bila ibu bapa berusaha sedaya upaya mencari jawapan untuk soalan-soalan yang ditanyakan. Tidak seperti anak yang soalan-soalannya tidak diendahkan, merasa dirinya kurang pintar dan tidak layak diberi jawapan.
Setiap soalan yang diajukan anak kecil membuka peluang keemasan untuk ibu bapa mengembang dan menajamkan mindanya. Setiap interaksi antara ibu bapa dan anak adalah santapan minda untuk anak tersebut. Anak-anak yang tidak diendahkan soalan-soalannya kurang mahir berfikir secara kritikal dan lebih mudah terpengaruh dengan elemen-elemen negatif di luar sana.
Mustahil ibubapa boleh menjawab dengan tepat semua soalan yang diutarakan anak-anak. Yang perlu dibuat ialah membimbing anak-anak supaya tidak mudah menelan bulat-bulat apa jua maklumat yang diterima.
Ini bermakna, jika impikan anak yang pintar berfikir dan petah berbicara, kita perlu bersikap proaktif dan membimbingnya tanpa jemu! Setiap soalan yang sarat dengan "mengapa", "kenapa", dan "bagaimana" yang terpacul dari mulut anak seharusnya diraikan dan diberikan respons sebaik yang kita termampu.














25 comments:

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

memang dah terbukti kan anak2 yg suka menyoal tu pintar sebab depa ni suka berfikir...

Lelord said... Best Blogger Tips

bagus2...anak2 skrg semakin pintar, kita as parents jgn sekat perkembangan minda

nur said... Best Blogger Tips

Dear.. Bertanya tu salah satu cara anak tu berfikir.. Kita boleh kembangkan lagi dengan tanya balik pendapat dia..

-APM kali ni takde grand sgt kan.. Biasa je

admin said... Best Blogger Tips

semakin banyak disoal , semakin banyak ilmu yang dapat .. otak fikiran akan berkembang jika banyak bertanya . wahh puan kutu banyak selidik . hebat2 :D

NzA said... Best Blogger Tips

trkdg xtrlayan prtanyaan anak2 yg petah nie....

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Ziarah dari ibu Yusuf dan Maryam..

Sgt2 tertarik cara si ibu menjawab soalan aiman.. perkongsian yg berguna.. T kasih..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@halila Ibrahim
betul..tp kadang2 byk betul soalannya smp rimas,pasnie kena ubah la cara menjawab soalan anak..hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Lelord
betul..bila mereka besar insyaallah jadik anak yg bijak dan petah berbicara..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@nur
tak tau grand ke tk..sbb tak smpt tgok..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Abdul Farique
mana ada byk selidik..melalui pembacaan n buat entri bg org mudah faham.sy bknlah hebat..yg hebatnya org yg menulis artikel tu..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@NzA
itulah..tp makin byk bertanya bukankah makin pintar ank tu?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Zefa NorAsmara
itulah..sy pun suka..semua ibu patut jadik seperti ibu tersebut..:)

Farah Shamsudin said... Best Blogger Tips

good info dear.

puanbee said... Best Blogger Tips

budak 4 tahun ke atas memang paling banyak tanya .. budak 2 tahun kurang sikit , dia byk mengikut perbuatan aje..

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

sangat penat sebenarnya nak bersoal jawab ngan anak lebih2 lagi kalau umur dia mencecah 4-6 tahun..semua benda dia nak tahu..

Daddylicious said... Best Blogger Tips

kita pun terpaksa lebih pintar dari mereka...sedang berusaha lebih pintar lagi...hehe

Liza @ Adzriel AB said... Best Blogger Tips

ha..ha.. kdg2 kak liza penat nak menjawap.. jadilah mcm ni :
http://adzriel.blogspot.com/2011/06/suka-dan-merelakan-ishhishh.html

deeya said... Best Blogger Tips

ibu .. tu burung ape ?
burung murai ..
burung ape ?
burung murai .
burung ape ?
burung murai nak ..
burung ape ??
ah ! diamlah kau . kepoh macam murai
(kesian kat anak kan) .. hahaha !

kak , nanti antar aiman ke rancangan adik-adikku .. aiman memang petah berkata2 =)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Farah Shamsudin
tq

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
betul tu..2taun br nakpetah cakap..selalunya pelat lg kan...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mrs.Yie
betul tu..waktu nie la mereka bijak berfikir dan nak carik jawapan..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Bigdaddyz
itulah..takpe en google ada..haha

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Adzriel @ Liza AB
jap nk g tengok apa yg jadik tu...

anggunpesona said... Best Blogger Tips

Wah tertarik akak dengan kata-kata aiman. Kita sebagai ibu memang kena layan akan-anak begini ngan sabar. Kalau tidak nanti terbantut lak perkembangan minda si anak.

wandisini said... Best Blogger Tips

tips yang menarik dan baik untuk aku menempuh alam seorang ayah.

"ibu, aiman nak adik. macam mana nak dapat adik?"