Pixajoy

Saturday, July 23, 2011

Home » SEGMEN : PUASA DAH DEKAT NIE..!!

SEGMEN : PUASA DAH DEKAT NIE..!!





Salam bahagia,


Semalam ternampak kak mimi buat segmen. Nak join tapi macam malas. Oleh kerana kak mimi dah delay tarikh tutup segmen nie, aku rasa nak join jugaklah..pasal aku bagi sokongan pada ahli ksrs. Lagipun kami berkongsi nama murni. Bukan senang nak cari orang yang nama "aura cikgu murni" macam kami ni.huhu..Aku pun selalu jugak komen kat entri kak mimi. Kak mimi pun tak lupa membalas kunjungan ke blog berkutu nie..


Banyak sangat membebel. Puasa dh dekat nie!! Sedar tak sedar seminggu lagi semua umat islam bakal menyambut ramadhan. So nak cerita kisah di bulan puasa. Alkisah cerita berlaku pada tahun lepas waktu aku masih di Johor. Suatu hari di bulan ramadhan yang keberapa ntah aku pun tak ingat, en suami menyatakan hasrat untuk menziarahi adik beliau yang tinggal di Pekan, Pahang. Jarak antara rumah aku ke rumah adik ipar aku, Adha adalah kira-kira 4 jam perjalanan. 


Waktu tu matahari dah terpacak, en suami plak last-last minit baru tercetus idea nak bermalam di rumah Adha. Sekejap kata nak pergi, sekejap kata tak nak..Dok main tarik tali macam acara family day. Sedar tak sedar, sampai petang baru kami bertolak. Kalau tak sempat buka puasa di Pekan, kami rancang untuk berbuka di dalam perjalanan.


So aku, en suami dan Aiman pun bersiap untuk mulakan perjalanan. Jalan untuk kesana bukannya lalu highway. Kalau ada highway senanglah berhentian di R&R. Melihat jam sudah menghampiri pukul 7, en suami singgah di bazar ramadhan beli juadah untuk berbuka sementara aku dan Aiman tunggu dalam kereta. Malas nak kejutkan Aiman yang tengah tidur. Ekceli perjalanan kerumah Adha dah tak jauh, tapi oleh kerana waktu berbuka hampir tiba kami berhenti di Lemban Condong. 


Lemban condong nie cuma ada sebuah kedai makan dan beberapa stall menjual barang mainan. Oleh kerana bulan puasa, kedai makan tersebut tutup. Takkan nak duduk kat situ pulak. Dah la takde lampu. Kami berhenti betul-betul depan kedai makan tu. Ada la beberapa orang yang turut sama berhenti kat situ. Mulanya nak makan nasi dalam kereta, tapi merasa tak selesa, aku pun teringat dekat bonet ada tikar. 


Idea pun datang untuk membentang tikar sebelah kereta. Aku membayangkan candle light dinner bersama en suami. haha walhal sebatang lilin pun tak ada. Tapi port yang kami cari memang terang, bawah cahaya lampu. Menyedari azan akan berkumandang beberapa minit lagi, aku segera bentang tikar atas tanah. Sebelum duduk bersila, aku dan en suami cepat-cepat angkat makanan yang dibeli dari dalam kereta. Almaklum nafsu berbuka memang macam binatang. Beli segala mak nenek.haha..Rasa best pertama kali bukak puasa tepi jalan macam pelarian.


Dalam kesibukan tiba-tiba, "zam-zam alakazam.." rupanya Aiman tengah duduk atas tikar dengan gaya p.ramlee nak berlepas dengan tikar terbangnya. Kemudian terpacul lagi dari mulut comel tu, "bawa aku ke pasir berdengung!" dengan pelat budak 3 tahun,  hahaha gelihati tengok Aiman. Orang kalut nak bukak puasa, dia kalut dengan zam zam alakazamnya..Banyak sangat tengok cerita p.ramlee!! Lawak tak? Tak lawak pun gelak jer la untuk jaga hati aku.kihkih..


Sekian..


* Selamat menyambut puasa untuk semua. Semoga ramadhan kali nie beroleh baraqah..Amin...










14 comments:

Lelord said... Best Blogger Tips

ekekekkeeee klako la dak aiman ni

NzA said... Best Blogger Tips

ha.ha.ha...brkecai harapan utk adegan romantik ttp timbul cerita lawak....

puanbee said... Best Blogger Tips

amin hahah .. gunung pasir berdengung ye kehkeh

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

aiman tu kelako je ek murni..tiba2 je 'zam2 allakazam' lak..thanks murni bagi sokongan untuk segmen tu.. :) murni x nak buat segmen gak ke?hehe :)

hyz said... Best Blogger Tips

aiman tahun ni pose x? heheh

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

Nak gelak jugak la.. haha.. aiman tu memang kelakar la.. biasalah budak2 .. suka tgok cerita P.ramlee.. best jugak sesekali bukak tepi jalan kan...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Lelord
itulah..pak lawak betul!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@NzA
kihkih

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
haha tu la suka sgt cerita p.ramlee!semua dialog dia hafal..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mrs.Yie
nti takde org nak join..haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@hyz
tgok la nti..dpt smp tghrie pun pk la kan..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@halila Ibrahim
itulah best sbb first time..si aiman tu selalu jer buat lawak..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

hahah.. nakal gak si aiman ni kan.. mesti comel jerk die kn :)

Nilam suhana said... Best Blogger Tips

wah akak candle lite diner ngan husband tpi jalan... menarik2... hahhah... lagi menarik aksi aiman tuh.. :)