Pixajoy

Saturday, May 10, 2014

Home » Makanan Sunnah

Makanan Sunnah



Selesai sarapan nasi lemak sambal pedas boleh tahan sedap, aku pada mulanya tak dapat menangkap ceramah dari ustaz muda. Orangnya hitam manis, kurus tinggi berjubah dan berkopiah putih. Ayat yang keluar dari mulut ustaz tersebut agak panjang-panjang, tinggi maksud dan memerlukan fokus yang lebih untuk faham. Maklum sajalah orangnya bukan calang. Punya dua master, satu dari Universiti Al-Azhar dan satu lagi dari universiti tempatan. Tak lama selepas itu makin sedap jadinya. Rasa macam sehari suntuk menghadam ceramah ustaz pun tak apa. Menarik dan terkesan sungguh apa yang ustaz cuba sampaikan. 

Makanan Sunnah, sedikit ilmu yang aku dapat waktu seminar, rasa nak berkongsi sudah lama cuma belum berkesempatan mengarang. Menurut ustaz, makanan sunnah sebenarnya ada 5 sahaja iaitu delima, zaitun, kurma, tin dan anggur. Khasiatnya tak perlu aku hurai. Makanan macam madu, habatussauda tu semua sebenarnya adalah perubatan. Perubatan bermaksud kita memerlukan ilmu tentang cara dan kaedah untuk mengamalkannya. Madu kalau guna terlebih akan ada efek buruk, lebih kurang macam tu contoh.

Petua amalan dari ustaz, setiap pagi bangun sahaja dari tidur, bancuh segelas air dengan cuka tin dan madu kemudian minum. Paling berkesan untuk orang yang selalu letih, badan selalu kejang, dan penawar segala jenis penyakit, Insyaallah jika diamalkan berterusan akan ada perubahan positif. Petua rahsia awet muda juga kerana cuka tin cukup kaya dengan potasium.

Paling penting cuba amalkan minum satu sudu minyak zaitun setiap hariMinyak zaitun terbukti bagus untuk kecantikan dan keremajaan kulit. Fungsi minyak zaitun seperti Majlis Badaran, mencari dan mengangkut segala jenis sampah lalu mengeluarkannya dari dalam badan kita. Macam kita semua sedia maklum, nafsu makan masing-masing bukan boleh sekat. Nak-nak kita semua sedia digoda dengan pelbagai hidangan lazat dari rakan blogger (kahkah). 



Si bambam yang mengamal makanan sunnah. Menu biasa bubur nasi + kurma dan puri buah+kurma. Bila sebut buat moncong, mesti si bambam buat moncong comel gila seperti gambar. 


Banyak lagi sebenarnya cuma nak berkongsi tak tau macam mana gaya. Sesekali ayat skema buku teks kan. Selamat beramal dan semoga bermanfaat.








15 comments:

my adam said... Best Blogger Tips

wahhhh.... aleesya kurang suka bubur campur kurma. kalo ikan atau bayam... wahhhh!!!!

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

pandai buat muncung..kalah muncung itik..

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Sangat bermanfaat PK..
selalu org dok fikir makanan sunnah.. tapi sbnrnya ada mknn sunnah dan ada utk perubatan.. Kmi Alhamdulillah skrg ni dok amal minum kurma setiap pagi & malam..

n O e s u h a i m i said... Best Blogger Tips

bagus tu PK..terima kasih atas perkongsian

nurbijen said... Best Blogger Tips

owh, baru tahu perbezaan tu.. terima kasih atas penjelasan....
Lagi satu madu kena ambil dgn sudu plastik.. kalau sudu besi , hilang khasiat madu tu...
Kat sini, boleh dikatakan selalu la makan anggur, delima, kurma... sbb murah, kalau kat M'sia berkira-kira juga nak beli anggur dgn delima.. saya pun "kemut" jugak kadang2.... hihihi, pinjam word PK :)

umi alya said... Best Blogger Tips

alolorrrrrrr comelnya bambam..

Nastyna said... Best Blogger Tips

brtul kata bijen, madu the best guna sudu plastik. itu apa yang saya dibagitau la.

lucky kat sini makanan2 sunnah tu semua senang nak dapat and quite murah jugak, cuma buah tin tu la i jarang beli. tapi tu la... bagi saya makan apa pun secara berhemah pun dapat pahala jugak kan.

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

Terima kasih atas pengkongsiann ilmunya...pasni kena amalkn minum minyak zaitun. :D

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

assalam.singgah malam :)
afia , jadi header.. cute :)

alhamdulillah ada amalkan delima, kurma n buah tin.zaitun je blom. huhu

alolo.comelnya muncung dia. hihi

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Nak cari dan amalkan minum cuka tin la. Bagus rupanya. Budak berdua ni masa kecil saya ajat makan kurma, dah pandai sdiri tak nak makan pula.. payah juga.. mak pak je makan..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Mmg elok dibiasakan dari kecik mcm cik Pia ni...untung jugak MD tu dapat bakal menantu awet muda hehe

LydSunshine said... Best Blogger Tips

oo, gitu ke kisahnya. madu bukan makanan sunnah le kalo gitu. bubur kurma tu cemana/ manis la bubur nasi tu ye.

sal ya said... Best Blogger Tips

Nasib baik anak2 suka mkn kurma. Lps ni blh consume myk zaitun.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Setakat kurma dan anggur tu biasalah juga. Yang lain-lain kurang sikit. Kenalah amalkan sebelum terlambat ya tak. Part awet muda tu, rasanya dah terlambat saya nak amalkan sekarang ni :)

Masya said... Best Blogger Tips

maknanya kismis tu bukan makanan sunnah lah yer..