Pixajoy

Thursday, May 01, 2014

Home » Tragedi Semalam

Tragedi Semalam



Malas nak update sebab line wifi macam taik. Aku dah bayar kot entah kenapa slow yang amat, tak feel sungguh nak BW, lebih-lebih lagi kalau kotak komen tak pop up window. Bersajak tunggu kotak komen keluar. Kadang-kadang aku terpaksa berlalu macam tu saja tanpa komen. Stress tahap tertinggi pula melebihkan jiwa yang tak berapa nak stabil akibat tragedi semalam. 

Penghujung April yang sangat bad luck. Pulang kerja hampir maghrib waktu ambil Afia dari rumah pengasuh berlaku kemalangan kecil. Aku terlanggar sebuah motosikal masa belok dekat simpang rumah pengasuh. Kawasan tu memang agak terlindung dengan dahan pokok yang menghadkan penglihatan. Mujur keduanya tak bawak laju.

Terkedu aku beberapa minit dalam kereta sebelum keluar melihat keadaan mangsa. Afia dekat sebelah boleh lagi sengih-sengih. Budak perempuan baru darjah 6 membonceng adiknya yang sah-sah lagi muda dari dia. Nasib baik tak cedera anak orang. Motor dia pecah no plate aku gantikan. Memang aku akui aku yang salah. Benda nak jadi. Patut la dah beberapa hari hati aku tak sedap masa drive.

Aku agak budak kawasan perumahan tu juga rupanya datang dari taman lain. Jauh kot rumah depa dekat market sana, tak boleh aku fikir macam mana mak bapak depa boleh lepas anak tak baligh naik moto sejauh tu. Kalau ikutkan hati setan memang aku halau depa balik rumah. Bumper kereta aku siapa nak ganti? Tahan telinga kena bebel dengan en suami jawabnya.huhu..

Mak bapak budak tolonglah jangan biaq anak hangpa yang tak cukup umuq bawak moto. Peringatan untuk diri sendiri juga. Aku pun ada anak.






10 comments:

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Lembut nyer hati boleh ganti no plat motor tu.. ish nak kata salah macam mana budak baru darjah 6 kot yang bawaa motor sah sah salah disisi undang2.. tapi betulla syukur tiada yang cedera..

NzA said... Best Blogger Tips

Masyaallah....ujian dr Allah tu pk, bertabahlh. Ada hikmah disebalik tu. ..tapi akak pn geram n sakit hati bila ibu bapa langsung xkisah ank2 sekecil itu bwk moto. Budak kecik n akal kecik. Perkara sedemikian brlaku di sk. Ibu bapa biarkn ank2 dtg tuisyen bw moto sndiri. Bila cikgu tegur mak bapak naik hangin...

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

Kdg2 bdk2 ni bukn bolh dgr nasiht mak ayh. Asal sampai kaki, terus nk naik motor. Berani.

X mcm sy..sapai skrg x reti bwk moto.


Sedih.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

La, kesiannya PK. Itu yang susah kalau accident dgn budak motor ni. Dia salah ke, kita salah ke tetap juga kita yang kena bertanggungjawab. Baru besar gitu dah boleh naik motor, ish...teruknya! Nasib baik tak kena tazkirah panjang ngan PK. Tapi takpalah semua selamat dan takda yang serius, alhamdulillah.

husna zahidi said... Best Blogger Tips

kadang2 ada jugak mak bapak yg suruh anak diorang keluar pergi kedai laa..kat sini bersepah.. tak padan dgn kaki terjengket2..>.<

n O e s u h a i m i said... Best Blogger Tips

belum darjah 6 dah pandai bawak motor...ish...klu mak bapak mmg biar anak bawak motor dalam usia macam tu...mmg diaorg x ada akal...sib baik x teruk accident tu..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Tragedi sungguh.. saya dah berkali2 komen separuh dlm entry ni. Kalau kali ni berjaya boleh kata hebat sungguh..

kesian PK. Tapi macam tulah, ada masanya kalau tak sedap hati, macam2 boleh jadi... mujur kedua2 tak apa-apa. Risau juga dgn bawa anak kecil kan? Harapnya lepas ni kejadian mcm ni tak berulang lg..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Setuju setuju....yg kita ni bukannya terer sgt bawak moto....budak motor tu pulak satu hal...kecik kecik dah berangan nk bonceng adik dia naik moto...Sekarang ni dah jatuh sapa susah?
Kalau okje dah panik tu PK

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

darjah 6 dah berani bwk moto n dpt pelepasan... hebatnya...

saya yg tua ni, jgn kata nak bwk moto, naik moto pun ada rasa takut.. hahah

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

bahayakan.
tp kalau kat kg mmg mcm tu pon.

arwah adik saya dulu pon xcident dgn budk bawa moto xda lesen la juga. itu lagi la siap bawa kat ats jalan besar. mlm pulak tu.dgn lampu moto pon x pasang.. tapi budk tu form 5.