Pixajoy

Thursday, May 08, 2014

Home » Selagi Tak Tutup Mata 4

Selagi Tak Tutup Mata 4




Selagi tak tutup mata, kita makan datang lagi. Memang bersiri sungguh. Bak kata P. Ramlee, jangan mara arr..hehe


Kali ketiga buat laksa baru puas hati semua bahan ada. Kali ni rebus laksa sebungkus terus, makan untuk dinner. Biasanya memang tak habis sekali hadap, tapi kali ni boleh licin pulak. En suami yang tak berapa suka laksa pun kalau bini masak, makan bertambah juga. Aiman dah makan dengan aku pastu nak tidur boleh dia repeat makan sekali lagi. Tak tau nak pantau si chubby ni makan camna lagi. Laksa memang mudah kenyang dan mudah lapar semula kan.


Fried Gnocchi yang terakhir. Dua kali goreng aku makan dengan Aiman sebab en suami kerja. Bagi laki merasa nanti kata makan sedap tak ingat kat laki pulak.haha.. Pertama kali buat gnocchi memang aku goreng je. Next time boleh cuba buat kuah carbonara or bolognese. Aku suka pasal benda ni kenyal-kenyal and then potato memang peberet aku.




Bubur chacha bodo-bodo namanya. Mana ada masakan aku yang pandai ye tak.hakhak..Aku suka-suka je buat tapi tak suka sangat makan. Bubur camni buat untuk tackle en suami, konon!haha..Peberet beliau semua jenis bubur kecuali bubur kacang beliau tak berapa suka. Aku bubur kacang memang tak makan terus. Bubur hitam paling berhantu. Dah melalut aneka jenis bubur pulak.


Tempohari aku kerja petang terbau aroma tomyam opismate aku makan. Sedapnya! Dan-dan tu teragak nak makan tomyam. Kalau beli memang tak puas makan. Kawan aku kata dia beli tomyam campur, udang sekor je RM6. Esok juga aku cari sayur terus buat tomyam. Aku kalau Tomyam makan dengan nasi tak berapa masuk, tu yang jadi Mee Seafood Tomyam. Kadang-kadang aku punya mengidam memang mengalahkan orang mengandung.


Asam Pedas kepala buaya, takut tak nak makan?haha.  Senang tak payah masak banyak lauk, campak je bendi terus jadi complete menu for lunch. Tapi aku dah gatal tangan bakar lagi dua ekor ikan cencaru besar dalam pemangang ajaib. Jenuh meratah ikan pada hari tersebut. Kepala pari ni sebelah je. Boleh imagine tak camna besar ikan parinya?

Ok bye! Jumpa lagi dalam menu yang akan datang.hehe..






17 comments:

lieyalatif said... Best Blogger Tips

oh apakah nasib...dogaaaaaaaannnnnn!! telan2 ailiyo lieya tgk menu2 semua nie cik puan kutu oiiii...sabo2 lagi 4 jam nak bebuka dahhhh hahahaahah...mcm budak2 jek kan puase nak teliur2 hahaahahahah....

semua menu mmg nampak menggiurkan...lagi2 yg gnocchi tu...pes time tgk.... kompom sedap tu kan ....sbb kenyal2 mcm tu...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, pleaselah PK! Yang last tu buat I tak lalu makan sebab I tak makan ikan tu :)

Pandainya nak tackle hati suami. Kalau suami tak kata kita demam bila tengok banyak sangat hidangan, kira oklah tu :D

Tunggu sat arghhh...kita nak buat gnocchi pulak :)

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

aduhh...laksa tu yg buat terliur PK.. mmg peberet lah laksa ni..klu ada mmg menambah dua tiga kali jgk..:)

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

terliur sangat tengok laksa tu..dah la tak sempat makan lagi..huhu..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... Best Blogger Tips

Akak pun paling suka bubur hitam... udah teringin pulak nak makan.. tergoda pulak tengok tomyam ketam PK tu pulak.. macam kena terjah mencarinya nanti :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Kenyang terus tengok gambo ni PK hehe...jao nak tanya gronochi tu apa ke bendanya...nk kena klik jugak ke PK. ..ni yg tak gemor ni hehe....

Shaiful Zaidi said... Best Blogger Tips

Salam ziarah.

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Acik dan seisi rumah acik ni semua suka bubur PK..
kalau laksa pulak..kena buat laksa lemak..baru laku kat rumah acik ni

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. ni kebanyakkan makanan kegemaran suami saya. Laksa n asam pedas, wajib dimakan kalau ada berdekatan katanya. Kalau di rumah atau di kedai, tomyam masakan yang selalu dimakannya. Nasi selalunya. Gnocchi tu je saya tak penah makan..

eita said... Best Blogger Tips

tergugat diet kite...

Nurfaezah Abdullah said... Best Blogger Tips

fae x suka makan bendi :/

nak jugak try fried gnocchio hehe err lantak la with the spelling hahahah

nurbijen said... Best Blogger Tips

tak marah pun.... suka2... sambil skroll sambil telan air liur.... tak sangka kenyang jadinya... hahahha

Masya said... Best Blogger Tips

gnocchi?? seyes x pernah makan kikikiki ...

hamboi kepala buaya x menahan .. ngeri dgr wehhh ...

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

besar nya gmbar afia...
cak2 comelnya..
oh my god..

lama sgt ke kita mari ni..

oh my god..green2 grass gitu..

Chot said... Best Blogger Tips

Kepala buaya? Apa tu kak..tp mmg sungguh nampak boye tu..hoho

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kepala buaya hahaha... jgnlah kata macam tu. Kakak ni dlm banyak-banyak yg ditayang nampak asam pedas yg paling menggoda tau:)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kepwla buaya.sabaq je la.hahaha

laksa Ya Allah dh lama sgt x makn.pntg lagi lps ngurut ri tu. huhu