Pixajoy

Sunday, April 20, 2014

Home » Selagi Tak Tutup Mata 3

Selagi Tak Tutup Mata 3




Kembali lagi dengan entry selagi tak tutup mata kita makan. Serupa drama bersiri ja kan.haha.. Bukan saja-saja nak tayang menu yang entah apa-apa, cubalah fikir positif mana tau boleh bagi inspirasi pada korang yang tengah memikirkan apa benda nak makan. Resepi yang sempoi-sempoi je. Antara makanan spontan bersama kisahnya tersendiri, layan!


Bila kebulur tahap dewa maggi adalah penyelamat. Pantas dan sedap! Tengah malam senyap-senyap masuk dapur dan bergerak solo mengtekedarah maggi brokoli sosej. Potong sosej pun tak semegah. Berkungfu atas periuk je potong dan terus campak. Kalau jamu orang makan tobat tak senonoh.


Sesekali lunch makan nasi goreng apa salahnya. Nak kata aku malas la tu! hehe..Aiman yang request nasi goreng lada hitam lepas tengok gambar dekat buku resepi ibu. Alang-alang tema lada hitam, aku buat daging blackpeppers. 3 pot nasi clean and clear ditempat kejadian.


Ingat lagi tak betapa kempunannya aku nak makan laksa  tempohari? Kali ni pun versi sadis gak tau. En suami menonong je balik rumah lupa belikan aku lada kering. Padan gak la dengan bini beliau ni apa benda dapur dah habis tak pernah alert. Waktu nak masak baru perasan lada kering dah habis. Nak keluar semula dah malas, makanya laksa kali ni guna cili padi saja. Apesal entah dua kali dah buat laksa ada saja halangan menimpa. Tak berjodoh betul kita.


Demam cheese berakhir disini. Saki baki cheese dalam freezer telah selamat menjadi pizza pemanggang ajaib buat kesekian kalinya. Kali ni guna isi ayam hancur dan udang comel-comel taruk serbuk kari sikit. Sedap menjilat kaki kau. 4 bijik licin semasa kejadian, 2 bijik lagi panaskan untuk breakfast esok. Yang dua bijik tu memang berebut la kami makan tiga beranak.hehe..


Bapak besar kepala ikannya. Kari Ikan Semilang tanpa santan versi PK. Aku memang fesyen tak suka masakan lauk berasaskan santan ye, harap maklum tak berapa masuk anak tekak. Kalau kari macam ni makan nasi kuah banjir taruk kicap memang kesukaan aku. Harus di ingat, wajib ada kicap baru layan makan.ngehngeh..






22 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Mabeles semua makanan tu.. adoi. Terus rasa terliur nak makan magee, pizza dan laksa tu.. rajin2..6 biji piza selamat dihadam. Best tu

NzA said... Best Blogger Tips

wah pesta makanan ke nie...Akak masak kari pn jrg sgt letak sntan...

Umialya said... Best Blogger Tips

mengaku kalah ngan kerajinan PK..

Umialya said... Best Blogger Tips

mengaku kalah ngan kerajinan PK..

Masya said... Best Blogger Tips

amboi kemahin menu .. sy pun suka kari tanpa santan .. cicah roti perghh mantap...

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

bagus share PK...boleh la kasi kitaorg idea nk masak apa...pening nk fikir bab masak ni...

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

Bikin lapor jer...semua sedap2...
memang jeles ngan kerajinan PK memasak..:)

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kena kali ketiga baru jadi bebetul laksa idaman itu. Tapi guna cili padi pun sedap juga tau. Kalau kakak yg suka pedas ni rasa kakak laksa itu pilihan utama kakak:)

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

tokey makan ke? hihi....

maaf naa..lama x singgah...ingat cek lagi ka...

Kamsiah yusoff said... Best Blogger Tips

tu laksa lemak ya..:)

akak pun tak suka guna santan kalau buat gulai...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

kalau tak rajin tu masih letak sosej dgn broccoli. Saya ni kalo mkn megi lagi la tak senonoh, megi kosong je. Hahah... Piza tu doh dia buat sendiri ke? Terkesima kejap sbb kagum.

Cho Zila said... Best Blogger Tips

rajin.. rajinnyer dia memasak... macam2 menunyer..

PetakBunga said... Best Blogger Tips

x simple sgt maknan ni..

bnyk acesori tu yg jd sedap

- AZIE - said... Best Blogger Tips

adoi..plg best tgk laksa tue..xde cabai kering pun menjadi..

Anonymous said... Best Blogger Tips

semua yang dishare ni mabeles giler ler

aizamia3 said... Best Blogger Tips

semua nampak sedap + memang tabik springlah rajin buat.. yang penting bahan2 cukup kat dapur baru semuanya menjadi kan.. ;)

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

saya sangat terliur melihat gambar2 ni..aduihhh lapor eh..

Cik Rose said... Best Blogger Tips

Ros pun suka je makannasi goreng lunch. tapi kalau kat tempat kerja memang tak dapatlah makan.. tak de jual. hihihi

Orkid said... Best Blogger Tips

maggie saya plg suka

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ini kes menu simple ke apa nih? Hai, PK nampak gaya kena lebih aktiflah saya di dapur bagi menandingi kerajinan dan kemithalian ibu yang di sana nih. Kang tak dapat pulak award isteri/ibu mithali :)

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

Semputnya tgk... Huwaaa... Laparrr

OKje said... Best Blogger Tips

Lagi semalam okje teringin nak makan pizza ...tengok ni lagilah teringin weyh... Macam teringin pulak nak buat sendiri...macam ajelah tak habis habis hehe...
Ikan sembilang tu ingatkan masak asam pedas...rupanya kari...Tapi betul PK makan kuah banjir campur kicap mmg pengsan hehe