Pixajoy

Saturday, April 19, 2014

Home » Ke Playground Kita!

Ke Playground Kita!



Aku ni dah kenapa tenggelam timbul sekejap ada sekejap takde macam chipsmore. Serius tak menang tangan nak handle blog sekarang ni. Nak menaip pendek pun bersajak aku nak habiskan. Bak kata lizz, lainlah kalau ada 8 tangan, memang sehari dua tiga entry aku up.hehe 


Aiman setiap hari wajib punya pecahkan peluh kat playground. Dia memang ada geng tunggu ajak main. Kalau hari ibu kerja malam frust la dia tak dapat turun playground. Waktu petang aku perhati je gelagat Aiman. Tak sabar gila tunggu jam beralih pukul 5. Kejap-kejap tengok jam. Awal dari tu memang aku tak bagi dia keluar rumah.


Berbeza dengan si bambam sekarang dah tak layan lepak dekat balkoni. Aku yang tak larat nak kepung dia sebenarnya. Sejak dah boleh bergerak sendiri, aktif lain macam sikit. Tak padan dengan jalan berpaut, satu rumah dia tawaf. At least seminggu sekali aku bawak juga Afia santai petang kat luar. Setakat playground kat bawah kuarters ni je la. Biar terbukak sikit minda. Asyik tengok muka ibu dengan muka dinding je apa kelasss..


Dah tak payah nak clap hand sangat Afia, minggu depan santai dengan pengasuh tau. Seminggu ibu kerja tanpa henti. Dapat claim nanti ibu belanja choki-choki.hakhak..






10 comments:

Mia Kassim said... Best Blogger Tips

Selamat berhujung minggu :D

NzA said... Best Blogger Tips

alolo pot yg plg digemari kanak2 rebina....

Salmi said... Best Blogger Tips

Seronok melayan karenah anak2 biarpun penat.. bila mereka dh besar nanti inilah saat2 yang akan kita rindukan.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. musim sibuk ya. Semoga semua urusan PK berjalan lancar ya. Anak2 memang kena utamakan. Dah agak lengang nati mesti up entry 3 sehari.. jenuh nak baca pulak nati. Hihi.

Pandai Aiman ajak ke taman ya. Dapat adik pun main dan seronok sama2..

ai ibu, belanja aiman je choki? Hihi. Saya tak bg budak bedua ni makan choki choki sebab habis comot jadinya

Masya said... Best Blogger Tips

iyelah sesekali kenalah bwk playground x kisahlah janji keluar.. berkembang minda .. tkt nnt afia tkt nak bergaulkan kalau terperap jer...

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

suka la mereka g playground..

- AZIE - said... Best Blogger Tips

sekali sekala kan..apa salahnya..sy baru tingat anak dara tue xpernah pun bwk g tmn, padahal taman sekankang kera je depan umah hehehe bukan apa takut nti dh biasa, tiap2 ptg nak pegi..parokkkk

Anonymous said... Best Blogger Tips

budak2 mmg seronoklah diaorang kan !

aizamia3 said... Best Blogger Tips

memang pukul 5 petang baru anak2 dapat main kat luar.. awal dari tu memang tak bagilah sebab cuaca masih tengah panas terik.. boleh rentung jadinya..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Jap nak tengok tangan kita ada berapa...

Adatlah PK bila ada anak kecil. Kita sibuk, dia pun sibuk gak di rumah. Nak buat camna, nak sangat jadi anak mithali. Kenalah asuh sejak baby lagi macam Afia nih.

Nanti bila dah agak free, bolehlah ya up entri sama muntah darah nak baca. Setakat 10 entri sehari, kita ok aje. Sama aje panjangnya ngan entri kita yang sehari selembar benang tu kan... apa ada hal!