Pixajoy

Wednesday, April 23, 2014

Home » Alahai Cik Fia

Alahai Cik Fia




Pagi tadi masa aku merempit hantar Aiman pergi sekolah si bambam masih tidur dalam bilik. En abah dah sambung semula tidur depan TV. Biasanya Afia bangun awal dan ditinggalkan dengan abah. Hari ni lena pulak dia tidur sampai cerah.  Lepas hantar Aiman sempat lagi aku singgah cari sarapan. Dua gerai nasi lemak tak buka jadi malas tunggu orang ramai berkerumun dekat satu gerai, aku belasah kuih dua ringgit dan terus blah.

Balik rumah sebelum bukak pintu dengar suara sayup Afia dari luar. Sah si bambam dah bangun ni. Cepat-cepat aku menuju ke bilik. Sempat aku menjeling en suami yang terkejung tidur tak sedar anak dah bangun. Biasanya aku memang akan kejutkan en suami tidur dalam bilik dengan Afia. Macam mana hari ni boleh culas. Afia takde dekat bilik pun. Aku kembali keruang tamu kemudian dengar suara halus Afia. Tak lama lepas tu muncul kelibat Afia merangkak dengan muka penuh kecomelan dari dapur. 

Rupanya dia dah baik punya keluarkan dua bijik telur ayam dari rak. Salah aku juga tak simpan betul telur lepas masak mee goreng untuk sarapan Aiman. Memang dah lama dia aim telur tu setiap kali kecahkan dapur kalau aku tengah masak. Hari ni dalam sejarah Afia dah berjaya pecahkan sebiji telur atas lantai. Alahai Cik Fia..





17 comments:

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

Hehe... Comei la wat muka gtu..

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Ish bahaya juga ni... lain kali make sure semua pintu tutup

Diana Rashid said... Best Blogger Tips

hehehe..
yey..berjaya dah..
esok apa pulak diambik nye..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Sapa suruh ibu letak rendah sangatkan. Afia lama dah M. Hehe... Akhirnya berjaya jugak pecahkan telur. Puasla tu dia Muni... Dah berjaya. Kekadang rasa nak marah pun ada kan. Bila tengok keletah dia... Confirm tak jadi. Hehe.

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Comel afia..misi dah berjaya hi hi

Norhasniza Khalid said... Best Blogger Tips

wah.. jaga-jaga lenkali tau, comel memek mukanya ..

umi alya said... Best Blogger Tips

sib baik pecahkan telur jer, kalau ada air panas kt situ? ishhhhh bahayanya..

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

benda yg kita x bg..itu yg dia nak sesangt

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Wah...Afia dah survey dapur siap siap sebelum mama balik hehe...
Tak pulak dia mengacau ayah dia yek PK

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Tak amik gmbr telur pecah tu? Heheh.. Fia pandai ye nak siapkan sarapan utk mama dia.

- AZIE - said... Best Blogger Tips

afia hehehehe...best x main telur ayam tue..

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

hehehe lask jug anak dara kecik ni yer

anamizu said... Best Blogger Tips

hehe alolo cian cik pia

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Bravo, Cik Pia. Alah pecah sebiji telur aje bukannya sedozen. Kerja enteng tu, PK *sambil batuk-batuk sebab mengumpat lebih* Lain kali kalau nak buat kuih, boleh aje Afia tolong pecahkan telur.

Cik Pia... nape dah tak bambam lagi ni? Ibu suruh diet Atkins ek? Cian alahai ...

sal ya said... Best Blogger Tips

Misi berjaya. Haha...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. dah makin rajin meneroka benda2 yang ada di sekeliling ya Afia.. ada anak kecil ni maknya mmg takleh buat benda lain sangat. Lepas sikit je, adalah yg diorang nak buat..

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hahaha..mesti afia berasa puas hati..:p