Pixajoy

Friday, April 25, 2014

Home » Nour Ain Skincare Beauty

Nour Ain Skincare Beauty



Nama sebijik macam adik aku, cuma adik aku double o.haha.. Serius sebelum ni tak pernah tahu tentang Nour Ain. Adik ipar survey tanya di beberapa kedai kecantikan mana Skincare yang ok. Dia kata Nour Ain menjadi sebutan baq hang walaupun tak pernah nampak iklan di TV! Bila dengar timbul la keinginan nak cuba. Aku memang tengah dilema mencari apa produk nak pakai. Aku hairan ada orang boleh tukar jenama skin care macam tukar lampin. Aku nak buat keputusan pun fikir 18 kali. Tak tipu!

Sebelum beli aku dah buat research sikit tentang Nour Ain. So far reviewnya adalah positif. Yang penting lulus KKM dan bahan berasaskan herba. Setiap produk mesti ada chemical kan, antara banyak dan sikit je. Risau kot in long term chemical ni semua bagi bad effect. Takut juga muka aku yang boleh dikatakan takde masalah tetiba bertukar jadi nenek kebayan. 


Malam semalam en suami ajak pergi Tesco dan secara kebetulan tengok Nour Ain dekat berita di TV. Aku pun gesel-gesel manja mintak en suami belikan set tryer. Ok sekarang ni tengah mood berangan kulit secantik Model Fareeda. Nanti kalau ok aku review. Doakan aku rajin tempek benda alah ni. Biasanya seminggu dua je semangat, pastu hampeh. huhu..






11 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

Percaya tak I dah bertahun tak beli skincare (kecuali masa balik kampung ritu terpaksa beli satu scrub kerana perubahan cuaca). I guna bahan2 asas yg ada kat dapur jer muahaha punya kodokut.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Nastyna

mama jj rajin ok la..yg sedia ada pun malas tempek inikan pulak DIY.huhu..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
sal ya said... Best Blogger Tips

A'ah... Lepas tu mcm x smpt je nk tepek segala bnd kan?

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Asaalam PK.acik boleh dikatakan tukar macam tukar lampin tu la hi hi..beli satu..bila guna..muka hitam.tukar beli lain..bila guna.muka kasar..tukar lain..guna lagi jeraga
t keluar..tukar.masaalah acik ni muka cepat
lebam kalau terdedah kematahari terus je berbelang.lama2 dah tua ni malas..sudahnya bedak pun tak pakai

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kakak nampakiklan kat tv. Nampak macam bagus tapi kakak tak pernah guna juga.

Kakak tungulah reviewnya kelak ye:)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. makin banyaklah muka ibu Afia dlm entry blog lepas ni.. bagus2.. harapnya sesuai dengan PK ya..

Unknown said... Best Blogger Tips

bila dah kemain banyak, husna sendiri tak yakin nak pakai yang mana..-.-

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tak pernah dengar pun sebelum ni tapi bila orang review baik-baik, yang positif semuanya mulalah teruja nak mencuba. Nanti lepas PK pakai sehari dua dengan tekunnya dan terus ada perubahan positif, kasilah tau cepat. Berdesup gak nak cari produk nih.

LydSunshine said... Best Blogger Tips

aku doakan agar puan kutu konsisten menggunakan produk ni sampailah kulit dia secantik model tudung fareeda... amiinnn...

awk mcm saya, beli skincare pastu tak pakai pun biasanya.

Masya said... Best Blogger Tips

PERNAH BACA ADA BLOG REVIEW PRODUCK NI KATANYA BGS ...