Pixajoy

Sunday, April 27, 2014

Home » Sandal Pertama Afia

Sandal Pertama Afia



Afia sebenarnya tak berapa suka pakai kasut. Kasut masa baby semua dah tak muat. Yang latest, dua pasang prewalker shoes aku beli langsung dia tak pernah pakai. Aku tengok pun macam dia tak selesa. Aku silap percaturan, beli online maka tak perasan sangat yang kaki si bambam ni lebar rupanya. Kasut gegirl yang comel-comel biasanya pattern muncung dekat depan. Kalau terus mewarisi bentuk kaki abah, memang susah nak cari kasut la lepas ni.


Sandal pertama katanya haruslah tempek dekat blog. Pilihan utama selipar barbie, sebab kaki depan Afia lebar, ni saja yang ngam. Sandal bodo macam ni pun RM15 juga. Selipar ibu lagi murah tau.hehe..Sandal ni untuk Afia praktis jalan kalau turun ke playground. Masa mula menapak semangat betul praktis jalan, sekarang ni tengok dia tak berapa nak rajin dah. Seminggu lagi bakal berumur setahun, nampak gaya Afia masih belum boleh jalan kot.


Sory anty semua, terpaksa tayang bontot, dah tak reti dok diam seminit, susah nak snap, gambar semua goyang-goyang.





8 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah.. menarik warna sandal ni. Budak2 sukalah pakai ya.. ada bunyi tak bila jalan ni? Rasanya saya pernah belikan jenis macam ni utk Naim, ada bunyi dia sukalah ..tapi malangnya bawa Naim jalan2 terus hilang sebelah..

dah seminggu lagi nak celebrate bday Afia ya? Nati anti wish ya..

umi alya said... Best Blogger Tips

cantik w/pun simple, janji anak selesa..

husna zahidi said... Best Blogger Tips

erk..bontot dik pia bg kat kak husna..>.<

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Babat ass tu kang baru tau. Bukan main comel lagi dok tayang kat public eh...

Samalah dengan bujang senang kat sini. Kaki lebar dan dua-dua beradik memang tak suka pakai kasut langsung. Sandal lagi best depa kata.

Nastyna said... Best Blogger Tips

takpa la vontot seksi hehehe. kasut bebudak memang mahal nau ngalahkan kasut kita2, dah la kaki depa ni cepat besarnya.

Nora Karim said... Best Blogger Tips

alololo.... comeinya sandal afia... hehehe

LydSunshine said... Best Blogger Tips

ye..ye... saye paham cabaran nak ambik gmbr budak yg umur cam ni,. heheh... wah, nak review jgk la sandal pertama luth. yg penting kaki afis tu comel sgt. saya kan, bila tgk kaki luth pakai kasut belajar berjalan kat taman, sambil gelak2 dgn suami sbb terlampau comel kaki ketot sebesar kuman tu menapak.

Masya said... Best Blogger Tips

MERIAH KEMAHIN SALDAL AFIA .. WARNA WARNI