Kembali lagi dengan aktiviti menambah kalori. Tekak tengah dilanda demam keju.ngehngeh. Cubaan pertama buat kek keju dan cubaan kedua buat cheeskut. Kali pertama dulu buat cheeskut lebih dari derhaka. Ini baru cheeskut sebenar. Boleh je guna apa jenis biskut pun. Aku guna cream cracker. Next time nak cuba buat pakai marie plak. En suami dah request benda ni untuk raya nanti.hehe
Resepi Cheeskut Sedap : Putar 200 gm whipping cream dan ketepikan. Putar 250gm cream cheese sampai kembang pastu masukkan 1/3 tin susu pekat + 5 sudu gula, putar lagi. Agak dah sebati masukkan whipping cream tadi. Aku tambah juga sedikit fresh milk. Mula susun biskut cream cracker yang direndam fresh milk pastu tuang cream, ulang step ni sampai habis.
Untuk topping ikut suka nak letak nestum ke susu ke oreo kisar ke. Aku buta dekorasi jadi terus tampal oreo sebijik-sebijik camtu. Simpan dalam freezer bagi keras, potong dan boleh terus ngap. Takde rupa cheeskut yang dah dipotong ye sebab memang tak sempat nak potong dah licin dikerjakan pakai sudu.
Cheese cake aku versi tak payah kukus or baking bagai. Aku buat tak guna whipping cream dan gelatin juga. Nak buat crumbs pun malas nak panaskan butter, so yang ni simple tak ingat punya.
Cheese cake aku versi tak payah kukus or baking bagai. Aku buat tak guna whipping cream dan gelatin juga. Nak buat crumbs pun malas nak panaskan butter, so yang ni simple tak ingat punya.
Resepi Kek Keju Oreo Paling Mudah : Putar 250 gm cream cheese hingga kembang. Masukkan 3/4 tin susu pekat, kacau rata. Pecahkan biskut oreo kepada 4, susun sebagai base pastu tuang cream. Atasnya pun sama pecahkan je biskut oreo. Tak payah asingkan krim oreo tu. Masuk dalam freezer bahagian beku semalaman tau. Kalau agak tak sabar sangat ngap je terus. Macam askrim sedap gila!
Sebenarnya ikut resepi asal letak 1 tin susu pekat. Aku letak 3/4 tin pun dah terlebih manis. Dah la aku guna oreo yang double stuff. Aku rasa better kurangkan sikit lagi susu pekat tu melainkan korang suka manis, pandai-pandai la adjust sendiri.
Yang ni special untuk aku sorang.hehe..Aku dah brilliant asingkan sedikit cream cheeskut masuk dalam bekas nipis ni. Aku pecahkan oreo untuk base, letak keju slices yang dipotong dan tabur susu tepung untuk topping. End of the story, rasa tak puas sangat makan, macam nak ulang buat banyak kali lagi sampai tekak tak boleh terima. Padan je kedai berdekatan takde jual cream cheese, kalau tak gemuk la kau PK.hakhak..
17 comments:
betul mengoda anak tekak n3 ni..orang semua dah buat cheesekut..akak jer belum try lagi:)
nampak sangat sedap..
nak jugak try buat nie...nampak sedap..
letak keju slices memg xpernah cuba lgi nie...pic dh potong plz..
sana sini sebut pasal cheesekut naa..tekak husna tak berapa nak terima cheese..stakat sikit2 tu bleh laa..:)
Adeh xtahan tgk. Tetiba teringin nak makan..huwaaaaaa...
wow.... sedapnya.... kenapa la vitamin R puan kutu banyak sangat ni... pinjam sikit boleh
Rajin sungguh na..
sedap2..
x pernah try..
hr tu tgok kat blog fiza dah terliur..
bila nak menery ni..hu
telan ailio nengok kek keju Pk nih tau....nak jugek hehe
yang ini mmg sedap giler lah PK, KA suka sgt !
Saya pernah termakan yg sangat manis dan rasa susu pekat je yg lebih, cheese ntah ke mana. mmg rasa serik nak makan cheesekut. Heheh. Over je sampai serik. Tipu je.
memang menggoda betul....
Kalau dah masterchef tu....ada je idea nk buat resepi baru yek PK....
Hari tu anak okje buat pakai biskut merie sedap gak....
Haha.. ni mmg PK. Rajin. Seronok tengok susunan oreo tu. Yang warna hijau tu apa ya? Rajin nak menyoal ya.. hihi.. sekali je merajinkan diri buat ni. Lepas tu rajin beli je..
PK3x... katanya sibuk diganggu dek Afia, apasal asyik masuk dapur aje? Dahlah memasak aje kerjanya tak ingat dunia. Kalau resepi mudah macam ni bolehlah kopipes masuk kepala. Cuma masa tu aje tak tahu bila :) Errr, sebelum tu nak tanya soalan sikit, satu jek. Nak putar camna ek, macam putar stereng ke? Huahahah...
murni derhaka resepi xpe.. janji sedapp.. anggap je lah manis tu cam tuan yg buat kikikiki
Post a Comment