Pixajoy

Sunday, September 29, 2013

Home » Cheeskut Lebih Dari Derhaka

Cheeskut Lebih Dari Derhaka



Tempohari aku bikin cheeskut. Tapi kan cheeskutnya versi tak menyabo tunggu esok pergi kedai beli bahan, belasah je apa bahan yang ada kat rumah. Ini betul-betul serius tau. Aku boleh ada serupa satu perasaan gian melampau tak senang duduk naik ketaq tangan aku nak buat cheeskut. Nak tak nak kena la buat jugak. hakhak

Aku guna cheddar cheesdale. Biskut pulak Julies golden crackers yang empat segi. Susu pekat rupanya tinggal 1/4 tin boleh aku lupa nak tambah stok. Aku masukkan gula dalam chess bagi manis sikit, settle problem! Tak sangka fresh milk lebihan Aiman minum ada baki dalam seteguk, cukup la untuk campur dalam chees. Untuk celup biskut, aku masukkan air dalam tin susu pekat tu campur dengan lebihan fresh milk kasi taruk gula sikit, bijak tak? Memang sengal!

Konon kreatif, biskut 4 segi aku buat 3 layer pastu yang atas sekali aku layerkan dengan biskut kopi. 
Makan dengan aiskrim kau. Yang ni gimik je, yang sebenar aku makan banyak ketui.haha
Macam biasa model seksi tayang perut berlayer

Tahap senang nak buat benda ni sampai aku baca sekali lalu je tak salin pun resepi terus buat. En suami kata sedap, cuma masin banyak sangat chees, lain kali buat lagi. Tak dapat sangkal terlebih masin chees tu, namanya lebih dari derhaka. Chess pun asal ada, susu pekat pulak tak cukup, tu sebab cover dengan aiskrim. Aku tak kisah dah masin ke tak, asyik ulang makan je, dah namanya peminat chees.







26 comments:

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Baca entri Muni mcm fiza pulak sama2 mkn. Bila suami kata sedap. Pasti sedap.

Biasa. First time buat... Confirm! Ada yg terlebih dan terkurang. Share lah resepi Muni. Nanti ada masa blh fiza try buat. Hikhik...

Norhasniza Khalid said... Best Blogger Tips

sedapnyya la .... tengok model, mama tergelak besar.... kelakarrr.. haha

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

look yummy..kreatif tui :))...bagus2 rajin..

fieda said... Best Blogger Tips

Fuyooo...derhaka pun derhaka la..yg penting sodap..hahaha..harus kena buat jugak ni..

tomato oren said... Best Blogger Tips

kena try jugak laaa....

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Tengok model seksi tu makan ..fuhhhh mmng terliur..

umi alya said... Best Blogger Tips

sana sini entri makanan..

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

Tgok cara model mkn pun da tau mmg sdap...

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

fuh... ni memang tak boleh tahan tambah tengok si seksi tu makan pulak...

tapikan kenapa nampak siseksi macam dah slim sikit... smada pagi2 auntie mama punya mata ada wrong ka atau.. teknik gambar ke atau memang aiman dah slim..

Tapikan aiman kalau slim lagi bertambah hensome nya....

Zaira Kids Cloth said... Best Blogger Tips

Nak dapatkan pakaian bayi/kanak2 berjenama yang berkualiti dan menarik untuk si comel anda? Jom shopping di Zaira Kids Cloth..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Sukalah mama buat kuih bagai kalau ada tukang makankan PK...
Tapi Aiman nampak mcm keciklah PK...

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

tengok gambar model ni boleh buat tersenyum..geram la ngan Aiman ni..kalau anak akak mesti selalu kena peluk!!

Masya said... Best Blogger Tips

MMG DERHAKA BETUL NI HAHAHAHA ....

OITTTT SEKSINYA MODEL, ADEH.... TAK SEMPAT TUTUP MATA...

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

MESTI sedap ni..sampai hero makan tu tak pakai baju..haha..
nak juga cuba buat ni..:)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Bila tengok model tak berbaju makan cheesekut, terus teruja nak mencuba sama. Peminat cheese gak nih.

NzA said... Best Blogger Tips

Huwaaaaaa...mesti sedap sgt2 tu kan aiman..org kreatif ni main cmpk2 dh jadi. Sedap plk tu.

lieyalatif said... Best Blogger Tips

lieyapun ade print resepi cheesekut ni ...nak cube tak cube2 lagi hah...wow satu renovasi yg baru nisiap layer ngan biskut lain...mesti sedapkan sbb rase die mcm2 ade....leh cube nieh...

model tu comel gileeeee...mmg menikmati sungggguhhhh tuuu heheeheheh

Tuan Juhaida said... Best Blogger Tips

Seksinya model hihihi.first time dgr cheesekut ni

BUNDA a.k.a KN said... Best Blogger Tips

amboi! sedap sangat sangat tengok simontel tu makan..

Shark Kay said... Best Blogger Tips

sodapnyer kak,
habis braper pinggan model tu makan.
hehe..

lizz said... Best Blogger Tips

sedap ni.hujung minggu ni boleh la saya try pulak...hehe

seri.selaseh said... Best Blogger Tips

Terliur baca. Siap ada aiskrim lagik. Dah bleh lawan coklat lava Secret Recipe laa. Bleh cuba balik rumah nanti.

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Best2..kena cari resipi ni..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

ooo guna cheddar cheesdale patut nampak pekat.. guna cream cheese kan

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

lenkali guna cream cheese yer.. sbb resepinya cream cheese.. baru tak masin sgt :-)

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

kreatif akak..makin sihat si chubby..mst asik ckp....sdpnye mama buat,mama masak..selera memanjang