Pixajoy

Sunday, September 15, 2013

Home » Ibu Jadi Bibik Indon

Ibu Jadi Bibik Indon



Kerja petang semalam macam biasa angkut si chubby dan si bambam pergi office. Sebelum tu, kat rumah lagi satu hari Afia dok jerit tak tau apa sebab. Macam-macam akal dia. Bingit telinga dengar. Sebelum ni kalau bawak pergi kerja tak pernah sekali pun Afia buat perangai. Biasanya lepas nenen dia akan tidur. Kalau bangun pun dia behave, main sekejap pastu sambung tidur balik. 

Dah la call banyak, ada program excercise strike apa ntah kat kem. Bila orang call dah tentu dengar suara jeritan dia. Lepas jerit dah lama-lama dia mengantuk, letak bawah takmau dah, mula la nak nangis. Bagi nenen pun tak jalan. Dia menjerit buat perangai tak sudah. First time ni Afia buat perangai dekat office. Buntu aku jadinya.

Pastu aku dapat idea. Aku ambik kain bedung yang dijadikan lapik tidur Afia, ikat dekat leher buat macam buai. Masa baru nak masukkan kaki boleh dia sengih. Afia jenis tak kisah tidur bawah ke buai. Kadang dia sendiri buat pilihan cara mana nak tidur. Semalam sah dia demand buai.


Sebijik gaya bibik. Buai tipu je ni. Kepala pun tak lepas masuk kain. Goyang-goyang sekejap terus Afia tidur. Kemain buat perangai. Dah lena aku letak bawah lama dia tidur, hampir 3 jam. Balik rumah sampai hari ni dia Afia dok jerit lagi. Apa yang best entah. Kalau aku dah lama sakit tekak.hehe..


* Bukan tak boleh hantar pengasuh, aku rasa tenang dan sebolehnya aku nak jaga anak aku sendiri. Sebab tu sabtu ahad pun aku bawak anak ke office. Hantar pengasuh 3 kali seminggu sebab terpaksa. Kalau kaya aku dah jadi suri rumah dah.







15 comments:

Shark Kay said... Best Blogger Tips

Hehe..
Dia nk bmanja ngan akak tu.
Tu yg dia buat prangai.
Demand skali skala.

BUNDA a.k.a KN said... Best Blogger Tips

sekali2 nak dera mama dia, nak ambil perhatianlah tu..

umi alya said... Best Blogger Tips

mgkn badan dia tak sihat kot..

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Betul3. Kalo kaya, saya pun jadi suri rumah. Tapi, tetap nk hantar anak g nursery. Kasi belajar bersosial. Setengah hari pun jadi la... hahhaa. Tp, utk anak dah besar la... 2 tahun sesuai. Kecik2 mcm afia, dok umah je la... kan kaya... x kerja =)

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Style la akk puan kutu..ibu mithali ni :D

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Style la akk puan kutu..ibu mithali ni :D

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Ada la yg tak kena tu.... tak apa murni... alhamdulillah majikan x kisahkan... yg penting kita jalankan tanggung jawab dengan sempurna

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

saya tak sanggup jadi suri rumah..sngt la memenatkan...kalau ada bibik buat all the things ok la..apapun..bersama anak2 adalah saat yg paling happy kan...

❤Kamsiah❤ said... Best Blogger Tips

minggu ni ja 2 kes bayi meninggal kat rumah pengasuh...sedih...

akak teringat kes sorg kwn,anaknya kalau nak tido ja,mesti menangis bagai nak rak,nangis sampai biru muka,sampai terberak2...berjam2..
bawak pi jumpa doktor,dukun semua tak jalan...pengasuh sampai 5 org..semua tak mau mengasuh..last2 maknya terpaksa berenti keje..

mama ila said... Best Blogger Tips

Afia nak tido berbuai yer..hehehe...punyalah menangis..skali letak lam tu terus senyap yer... =)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

best kalau keje camni.. best sbb blh bawak anak :-)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Sesekali nak gak manja lebih ngan mamakan Afia hehe...
Tak mo buai2 ni... nak buai manusia haha

mama maman aka yana said... Best Blogger Tips

kena tipu yer dia.. hehe

janji dia lena jew kannn.. :)

Masya said... Best Blogger Tips

pengorbanan seorg ibu..

Ummi Hanie Fadzil said... Best Blogger Tips

pandai kutu sarung benda tu yek.. den xpandei2.. haha...

beli la buai satu.. senang. tambah2 yg henjut pakai letrik tu ;)