Pixajoy

Monday, September 02, 2013

Home » Afia Imanina 4 Bulan

Afia Imanina 4 Bulan



Afia Imanina genap 4 bulan hari ni. Baju newborn semuanya dah tak muat, yang 6-12 bulan pun dah ngam-ngam je kat badan. Baju-baju abang Aiman masa umur setahun lebih semuanya sedang dipakai oleh Afia. Nampak tak betapa bambamnya anak dara ibu? Esok kita pi timbang.

Afia masih belum boleh meniarap, kalau meniarap lepas dekat kaki je, tangan badan masih fail. Dah la malas nak usaha mengiring pun. Bab bersembang serah kat dia. Kalau bagi susu dalam botol lagi ligat dia membebel. Faham sangat la tu tanda dia protes nak puting ori. Sory sayang, ibu terpaksa teruskan training. 

Afia masih kuat tidur. Asal kenyang je mata mesti lalok. Time jaga dia memang suka bila di agah, mengekek ketawa nak main all the time. Kalau orang tak peduli, terkebil-kebil tengok kita pastu dia mula nak jerit. Lama-lama jerit dia start dah la enjin nak nangis. 



Naik kereta sekarang ni dah tak layan nak baring, nak pacak berdiri je macam orang besar.








19 comments:

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Kiutnya Afia. Geram tengok pipi dia. Alia dulu pun muni. Masuk 4 bulan. Dia dah kurang nak baring dalam keta. Bila baring je merengek. Mentang2 ler kepala dah tegak. Hikhik...

tomato oren said... Best Blogger Tips

haa...nah muka Afia sebijik muka mak dia...mmg bambam Afia ni..kalau anak sedara aku mcm ni takde aku nak lepass..hahahahaa

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Makin comel sekecil Afia ni.....

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

oloh...comeynya...geram tgk...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@tomato oren

ramai kata muka abah.sedih ibu.hakhak

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

comel geram betul tgk afia ni...

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kakak memang dah geram aje tengok Afia ni. Patutlah pakai baju baby setahun dah muat. Puas jaga baby macam ini kan...

ieda immi said... Best Blogger Tips

alahhhhhh aifa !

kejap je masa berlalu kan ... dah 4 bulan ;)

NzA said... Best Blogger Tips

Ni mesti ikut abg aiman, bam2...

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Comell Afia.. tak sedar dah masuk 4 bulan ye.. dagu runcing! cantik..:)

Puan Mell said... Best Blogger Tips

afia debabb.. geram unti mell tengok.. ggrr..

lizz said... Best Blogger Tips

ololo comelnyer dier geram tau nengok pipi tembam tu tau...

Mama Adam said... Best Blogger Tips

hahahha...
cousin adam si hanif tu pulak, skrg ni 6 bulan. pakai baju saiz 12 - 18 months. hahahha....

izan mama mia said... Best Blogger Tips

rindunya tak tgk gambar baby comel ni beberapa hr..huuhhu

Nastyna said... Best Blogger Tips

Look at her face!! Bijak ni Afia ni. Mata pandang tepat. Sini jgnan harap la dapat baring berdiri dalam kereta, semua pun wajib seat belt, even babies. Tensi bila anak melalak.

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

alo muka bby innocent ..cute

Masya said... Best Blogger Tips

rambut dah mula panjang walaupun masih halus...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Dagu dia tak yah nak botox lagi PK....dah runcing dah hehe....memang bambamlah Afia ni, come!

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

kejap je afia dah 4 bulan ye. baju2 kena beli lagilah nampaknya utk dia ye ibu...