Nak bagi nampak gugurl, letak titi kat sebelah.haha |
Kisah malas tadi. Si bambam jaga pukul 4 pagi terkebil-kebil takmau tidur. Afia tak pernah jaga tengah malam lama macam ni. Sampai subuh dok segar bijik mata. Bagi nenen pun tak layan jugak nak tutup mata. Aku tepuk-tepuk sambil zikir dia pun layan zikir sekali. Potpetpotpet mulut tu.
Aku mengiringkan, tepuk-tepuk bagi dia tidur semula pun tak berhasil. Pepagi buta dia berlatih meniarap. Tunjuk handal angkat kepala tinggi-tinggi. Nak mengiring sendiri malas, bila ibu bagi mengiring, semangat sangat nak meniarap. Batai berlatih tak kira masa even sebelah tangan tak lepas-lepas lagi. Kaki macam rupa nak tolak melaju dah, tapi tak gerak dok tang tu je. Kelakar tengok muka comel dia tu.
Yang penting Afia ada semangat!
12 comments:
geramnya akak tengok Afia
geram sungguh tengok afia..
Brdikit2 lama2 mahirlh tu....go afia go...
Nak semangat pun bermasa le bambam.... mahu lackjak ibu
Suka auntie tengok semangat Fia....tak lama lagi passlah tu PK....hehe...
Fia nak kejut mama buat tahjud tu...hehe
tembam betui hang afia..caiyok2..rajin2 belatih boleh la nanti..
Semangat kena ada kan Afia. Hikhik. Sikit hari lagi... Afia mesti boleh meniarap punya.
alololo..omey Afia pakai gaun yer..comel sangat =)
Heee... mmg bambam betullah Afia ni. Geramnyer ...
cutenyer dier ...comel sangat ni acaner...
barulah terserlah keayuannya ade bear dan bergaun.... klu tdo tukar jadual mcm tulah, nnt kt sendiri pun migrain x blh tdo...
olor..comeynyer dia.. dah besar nmpk..
Post a Comment