Pixajoy

Tuesday, September 17, 2013

Home » Galakkan Bayi Meniarap : Afia Berlatih Meniarap

Galakkan Bayi Meniarap : Afia Berlatih Meniarap



Kalau ikutkan, aku memang nak Afia teroka sesuatu kebolehan dia dengan sendirinya. Tapi kan tunggu punya tunggu, dah 4 bulan lebih nak mengiring pun boleh tahan malas. Dalam kereta aktif dah panggung-panggung kepala. Aku dengan Aiman sampai gaduh-gaduh suruh dia betulkan kepala adik dia. Yang Afia tu tak nak kalah, abang betulkan dan-dan tu jugak dia panggung kepala balik. Seriau je aku tengok aksi dia tu.

Perkembangan setiap baby tak sama. Abang Aiman dulu 3 bulan lebih dah meniarap. Afia ni kira lambat la. Tak perlu kot nak bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Selagi Afia tunjuk kebolehan baru, berminat untuk bergerak dan teroka persekitaran dia, tak ada yang perlu aku risaukan. Kepala dah tegak, kaki tangan pun dah kuat, cuma masalahnya badan semangat dia tu mungkin berat dan membataskan pergerakan. Mungkin Afia perlukan si pompom ibu untuk beri galakan pada dia. 

So bermulalah latihan meniarap bersama Afia.

Tengah berlatih pun sempat bagi special pose
Sebelah tangan Afia yang selalu tak lepas
Mula menunjukkan aksi marah bila tangan tu tak lepas
Usaha tangga kejayaan

Angkat kepala cari nafas,

Ni yang aku jumpa, 

Jika bayi tidak berpusing  ke kiri dan kanan pada umur 5 bulan, cara nak galakkan PUSING KE KIRI DAN KANAN SERTA MENIARAP ialah :

1. Bengkokkan tangan kanan dan bawa ke kiri
2. Bengkok kaki kanan dan bawa ke kiri
3. Tolak punggung secara perlahan ke kiri sehingga baby meniarap.

4. Ulang aktiviti 1,2,3 untuk sebelah lagi, ulangi sebanyak 3-5 kali sehari

Afia susah nak ikut step ni, dia cuma nak mengiringkan badan tu je malas. Kalau dah mengiring dia sendiri usaha pusing meniarap. Kali pertama latihan dah boleh panggung kepala cari nafas. Bila penat dia berehat seperti aksi gambar pose istimewa. Kawalan tangan dan kepala dah ok. Kiranya time dia meniarap, lama dia dapat bertahan. Abang Aiman je kadang-kadang emo lebih risau betul Afia sakit, sibuk nak terbalikkan adik dia. Konon sayang sangat la kat adik dia tu.haha







33 comments:

CtAyue said... Best Blogger Tips

betul tu..tak yah nak bandingkan dgn baby lain..setiap baby tu tak sama, ada cepat ada lambat..yg penting kita tahu tahap perkembangan anak2 kita kan..kdg org ni suke sgt bertanya yg buat kite tersinggung..sabo jelah kan.. afia badannya semangat, normallah tu..nt dh selalu latih pasti dia berjaya.. jgn riso..kot afia takmo niarap..nk pandai merangkak terus..sbb ade jgk baby cmtu tau..

Unknown said... Best Blogger Tips

hehehehe akak dulu tak pulak menggalakkan anak2... ok tunggu nanti akak ceritakan perkembangan anak2 akak ni ek... hehehehe terima kasih bagi idea yang bernas untuk n3 hari ini hehehehehe

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

sebab pompuan kot slow skit..anak aku 3 bulan lebih ni pon dah meniarap..

yang kelakar tu, kejap je dah penat, pastu menjerit la..hahaha

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

alisha dulu pun lambat jugak.. xyah risau.. alisha dulu lg 2 hari nak 5 bulan baru pandai meniarap.. lps tu dia ambik sekali harung semuanya.. 6 bulan dah pandai merangkak duduk..

*saya xpasti la kan.. tp org2 tua xbg kita tolong anak2 ni.. bkn apa, katanya takut nanti dah besar asyik nak mintak tolong je... itu org tua2 kata la...

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

chaiyok baby..u can do it..takpa nnti afia akan meniarap ngan sendiri..tui2..perkembangan baby tak sama:)

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

sbb special pose Afia tu la yg slalu datang jenguk2 kat sini..suka sangat ngan si manis ni..:)

OKje said... Best Blogger Tips

Lupa dah PK....bila sepatutnya baby meniarap maklum le dah lama tak beranak kecik hehe

OKje dulu pun tak sabo nak tengok kemajuan anak anak...dari satu bab ke satu bab hehe

Unknown said... Best Blogger Tips

org tua tua ckp jgn ditolong...nnt dia mkin malas... tapi kita yg risau tgk tangan dia tak lepas....mia dl 4 bln br meniarap...lepas tu bak kata ina intan berlian tuu...terus je aktiff....sat je dah duduk n bangun berjalan ...

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

syukrii dulu lagi 3ari nak masuk 4bulan meniarap. tp nak boleh merangkak ni sampai la.. xboleh2 lagi.. huhuhu.. tgok jela.. kot2 terus berdiri.. hehe

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Tak lama makin keraplah dia buat. Betul satu-satu anak tak sama. Kalau montel macam Fiya berat bontot hihi... tengoklah dia pun geram bila tangan tak lepas:)

Ala... tak lama pandailah tu.

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Pa'e dulu dlm 4bln juga rasanya br meniarap..tp dia meniarap dgn sendiri nya..chayo..chayoo Afia...
penyayangnya abg Aiman..:)

mama maman aka yana said... Best Blogger Tips

cumil sgt.. geramnya

Noe said... Best Blogger Tips

comel nya afia ni...afia bambam ni..tu sbb lambat meniarap...x per...sabar..lain anak lain perkembangannya..biar dia meniarap sendiri

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

rindu rasa nak berbaby lagi... bila tengok perkembangan dia dari hari ke sehari... :)

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

aiyooo tgn afia manyak gebusssss!! berlapis2..sedap gigit nih.. :p

bab ni sy konfius ckit, ada yg kata kena latih anak jgn bg malas, ada yg kata biar bgerak secara smulajadi, jgn paksa anak..

tp kan, my mom dh biasakan dak aisy tido mengiring masa dlm pantang lg, takut kalo tersedak susu. jadinya aisy mmg cepat mengiring n meniarap.


psstt..panggung kepala tu mcm mana kak?

sal ya said... Best Blogger Tips

Berat punggung. Tu yg jdk mls tu. Haha...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tak ingat pulak bila si Abang ngan Adik start meniarap :D Saya pun tak pernah bandingkan dgn anak org lain. Si kecil tu dah nak masuk 2 tahun tapi berat mulut. Sepatah2 aje perkataan yang keluar dari mulutnya.

lizz said... Best Blogger Tips

waa tangan dia berketak gebu lak tu ...geram nengoknyer...

Nastyna said... Best Blogger Tips

Ha orang tua2 selalu tak nak kita tolong baby meniarap, nnt sampai ke besar depa kata sikit2 minta tolong hihihi. Ibu pompom la selalu bagi galakan, yang tak leh blah tu abang Aiman kan.. hahah sayang benor dia.

NzA said... Best Blogger Tips

bukan dgn ank2 org lain saja PK, antara ank2 sndiri pn amat brbeza kecekapan n kebolehan mrk w.pn dr rahim yg sama.....sbb tu kita sbgai ibu bapa xboleh nk banding2kan kebolehan antara ank2 .....semua tu ikut kemampuan ank2....

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Betul kata muni. Setiap baby tak sama perkembangannya. Fiza yakin... Afia pasti boleh :)

ida =) said... Best Blogger Tips

Adam dulu lambat juga. Tapi hanif laju!

Anak2 mmg x sama. Bukan bandingkan sebab satu lebih hebat dr yg lain. Cuma bandingkan utk suka2. Variety dalam hidup.

lieyalatif said... Best Blogger Tips

tahniah afia!! cepat gak afia nak meniarap dah tu....

geram lieya tgk tangan die tu...berketak2 hah....sedap gomol2 ni....

jaakechik said... Best Blogger Tips

alolo sweet dan gigihnya dia usaha untuk meniarap. bagus2x...

MulutPayau said... Best Blogger Tips

betul tu dik..stiap anak berbeza prkmbangannya...
Anak akak dulu, benda lain cepat..tapi nak bercakap punya lah lambat..risau kita dibuatnya...

Afia pasti boleh...!!!! gerammm tengok si kecik tu...

anamizu said... Best Blogger Tips

alololo geramnye tgk afia bambam.
tgn pon ketak2 tu ha dah mcm muscle
hehehe

haah kan kak tak perlu nk bnding2kan
anak sndri dgn anak org lain sbb tak sama pkmbgan msg2 ye kak hehe


*blm kawen lg. tak sabor plak nk kawen bile tgk baby2 comel2 mcm afia ni hehe

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

bg akak yg penting baby sihat. Mcm akak dulu mmg rajin melatih. Tggl berdua je kan d rmh. Dari meniarap, duduk, sampaikan berdiri. Kdg2 rangsangan kita tu boleh bantu mereka.

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

PK..lamanya tak kesini..
afia gebu gebas la.tengok tangan dia tu aduiiii geram2

Masya said... Best Blogger Tips

anak adk sy pun x pandai meniarap lg dah nak masuk 5 bulan

Unknown said... Best Blogger Tips

yeay,,
bambam afia dh meniarap,
boleh pusing2 satu umah pasni yer.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

thanks pk berkongsi..
anak saya hari tu masuk 4 bulan 3 hari bru nerap.
sebelum tu punyalah, gigih usaha naknkalih badan.x blh mengamuk sensorang.suara tak padan dgn tuan.hahaha

nak dijadikan citer cik abe kesian, terus dia pi tolong. yg saya pulak masa call mk perak terkeluar bab nerap ni.skali pi la citer kat mak perak.gtau cik abe tlg pusing.

mk perak, kata. jgn tlg nanti dh besar dia buat kerja separuh separuh je.nak surih kita tolong.
wallahualam.
baru ni balik kedah cita kat mak kedah pulak.pon sama juga dikatanya..
mmmmm..

nini said... Best Blogger Tips

Masing2 ada kelebihan sendiri kan akak....hihi

Farah Fatimah Noorazyze said... Best Blogger Tips

Anak saya bambam..skang dah masuk 5 bulan lebih..
Aritu masa hampir 5 bulan die mula nak meniarap sendiri, tapi dapat2 je meniarap soknya demam. Then stop meniarap..Bila dia berjaga, saya tiarapkan juga sebab nak kuatkan muscles perut dia..dah seminggu lebih die camtu..Malam semalam, dia meniarap sendiri tapi ketika mengigau dalam tido. Siang masih tak nak meniarap sendiri.. Hahahaha..
Saya buat macam dalam list ni, bengkok2 kaki dan tangan, tarik, tolak punggung...hopefully dia boleh meniarap tak lama lagi..