Pixajoy

Friday, September 27, 2013

Home » Masjid Pun Tak Selamat

Masjid Pun Tak Selamat



Kisah benar berlaku pada opismate aku. Dia dengan suami dia solat dekat sebuah masjid. Tempat dirahsiakan ala klise la sangat kan sebenarnya aku dah lupa apa nama masjid tu.hehe. Masa ni solat berjemaah, makmum takde la ramai, orang lelaki kurang lebih tak sampai 10 orang dan kebetulan perempuan cuma opismate aku sorang.

Masa tengah solat opismate aku ni sudah nampak bayang-bayang macam orang dok mundar mandir kat belakang dia, kira dia solat macam tak berapa nak khusyuk sangat dah. Dalam masa yang sama dada dia berombak kencang, berdebar-debar entah nak describe pun susah. Dia fikir mungkin kot ada benda halus ke apa benda dok ganggu dia solat, tambahan pula opismate aku ni memang pernah berdepan dengan gangguan mistik ni semua.

Lepas tu kan dia rasa macam benda tu makin lama makin dekat dengan dia. Debaran makin kencang. Dada memang dah sendat macam nak terkeluar. Opismate aku teruskan solat. Tiba masa dia rukuk terasa macam ada satu tusukan dekat belakang. Lebih kurang dekat kawasan bontot. Nasib la opismate aku ni pakai jeans, jadi tak berapa nak rasa sangat apa benda tusukan tu. Dia agak memang aset seorang lelaki la.huhu

Kena je tusukan tu, opismate aku automatik terus pusing kepala ke belakang. Tak semena-mena lelaki yang menusukkan aset dia tu tengok opismate aku ni macam nampak hantu, dia terkejut terus berlari sekuat hati. Kuat sungguh lari tak padan dengan badan besar. Budak lagi tau, opismate aku kata umur dalam belasan tahun je.

Gila betul budak-budak sekarang. Agak-agak la kalau gian pun, takkan kat Rumah Allah pun kau nak cari mangsa. Apa seksi sangat ke bontot perempuan tengah rukuk sujud pada Pencipta. Sekian cerita untuk pengajaran. Sekarang ni mana tempat pun dah tak selamat. Aku dengar cerita je dah meremang semua bulu. hiks..





21 comments:

GREENJADE said... Best Blogger Tips

hiskhh skg ni ramai benor luaran manusia dalaman mcm jin iprit kan. sabo je la. seb opismate u x apa2 sis.

ni bkn meremang bulu roma aje..rasa mcm nk tendang2 jek malaun tu tinggi2 smpai cucur atap.

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Astaghfirullahal'azimm...
Tak terkata dah kakak kalau sampai macam tu sekali. Betul-betul tak ada iman.. Allah... jauhkanlah dari keturunan kita sifat-sifat begitu.

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Apa punya budak ler. Kat masjid pun nak buat mcm tu.

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Ish2..bleh melucah smpai cmtu bdk laki tu..

NzA said... Best Blogger Tips

MasyaAllah, meremang bulu roma akak baca n3 ni...kalau akak agaknya dh menjerit2...

Shark Kay said... Best Blogger Tips

adeh..
dalam masjid pn berani..
mmg nk kene petir diorg nie.
memalukan.

lizz said... Best Blogger Tips

uiii takutnyer...kenapa macam tu sekali..takut pulak saya dengo...adoi..

transformed housewife said... Best Blogger Tips

Ya Allah. Makin pelikla org skrg

Masya said... Best Blogger Tips

hah!!!!!! biar btl nauzubillah nya sampai mcm tu sekali haihh.. kat masjid pulak u...

Nastyna said... Best Blogger Tips

Ya Allah....kuajaq. Haiii nasib baik dia lari ni kalau dapat kat orang ramai ni...

Syeeda said... Best Blogger Tips

Ish takutnya dengaq. Mcm2 kes la ni

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Ya Allah.. Dkt rumah Allah pon sanggup buat pkara keji tu... Dunia akhir zaman. Mmg kt kaum wanita kna stiasa bhati-hati.. Tmpt y drasakn slamat pon blm tentu slamat. Kna beringat la kite

wantie said... Best Blogger Tips

mak ai.. risaunya sekarang ni. penyakit gian di kalangan budak belasan tahun. risau tau dah la kita ada anak perempuan.

done follow

lala yusof said... Best Blogger Tips

ada jugak budak mcm ni, tp mmg bebudk skrg masalah tang tu kot, mcm kes rogol 8bdk lelaki yg tgh hot skrg

tomato oren said... Best Blogger Tips

gilo ahh...kat masjid pun ada org mcm tu..tu tak kiraa kat opis g..aku dh kena..haha

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Ya Allah.......teruknya!!!! Kat masjid pulak tu..kalau kes mencuri tu, biasalah akak dgr..menakutkan...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

so tak tau ke PK apa ke bend atajam yg dia cucuk kat bontot tu...ngeri gak tu takut pisau ke hape....Apa sebenarnya motif tu? nak ambik wallet ke?

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Ya Allah! perangai apa ntah budak tu..agak2 lah kan..rumah Allah tu...isk!...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

OMG, budak tu meroyan ke apa? Ingatkan tadi citer hantu, pastu citer kena samun kat masjid rupa2nya citer nafsu durjana! Teruk betul bebudak skrg nih!

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

Ya Allah Ya Tuhanku... biar betoi budak tu.. sampai mcm tu sekali..

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

dlm rumah allah pn berani wat keje cmtuh?masha allah