Resepi istimewa untuk Aiman ni. Adunan sama macam buat roti canai, cuma aku tambah gula dan mauripan. Uli 5 minit, rehatkan 10 minit. Ulang step ni 3-4 kali. Aku takdelah tebar macam roti canai tu, bentukkan bulat, tarik-tarik terus goreng. Guna minyak sikit je, dah setengah masak baru letak telur, balikkan, goreng la sampai puas hati.
Masak ni tak payah ikut resepi sangat, yang penting kena kreatif. Wah kemain aku kan.kehkeh. Telur tu letak la lada putih, lada hitam, garam, serbuk kari, apa benda la yang kita suka. Boleh juga letak sos, bubuh sosej, chess dan sayur untuk topping. Roti ni kalau kosong je buat kuah kari ke sambal pun menjilat jari. Sekadar idea la kalau ada nak cuba.
Resepi roti canai kat SINI. Yang ni aku kurangkan tepung dan tambah susu pekat. |
Rasa rotinya macam roti arab pun ada, roti canai pun ada, roti sosej yang belum topping tu pun ada. Sebab malas nak fikir kuah, tu tadi aku letak gula bagi ada rasa pastu masa goreng boh telur dan garam je pun, jadilah roti telur istimewa untuk Aiman.haha. Aiman makan sampai 4 keping siap request lain kali ibu buat lagi, macam mana la tak chubby.
Tiga empat hari lepas waktu aku call Aiman, dia request belikan Jus Laici Tropicana. Aku pergi kerja duit ada sepuluh ringgit je, beli sarapan pastu beli majalah Pa&Ma habis duit. Memang spesis tak boleh ada banyak duit kat tangan, sebab tu kad bank en suami pegang, tu pun selalu buat-buat terbabas beli online. Ok melalut dah,hehe. Aku janji la dengan Aiman nanti ibu buat air laici kat rumah.
Dua tiga hari dia dok mintak tunaikan janji aku dok pending. Aku pending pun bersebab, dia asyik je mengadak benda manis, aiskrim dengan cone, nanti-nanti la baru aku buat aku kata. Kat rumah aku memang tak pernah buat air manis kecuali orang datang atau ada special request. Ibu minum air kosong, anak pun kena train macam tu la.haha. Bila dah buat apa lagi berpompom la dia, "ye..ye ibu buat air laici.."
See? Yang biasa-biasa dimata orang, tetap istimewa dimata Aiman. Sweet kan anak aku?muahaha..
18 comments:
Ini auntie pun suka ni Aiman..hehe..
Air laici pun salah satu peberet kami...:)
kalu mkn kt luar, air laici le feveret alya tp.. dia tak minum airnya, hanya buah laiici yg licin..
wow..tgk roti telur tuh sedap..dh la perut dok mendidih kelaparan nih..
kami kt umah pun tak ada ais lam peti...semua kena jaga perut ok..hehe..gi pun ais tak bagus..leh sekat penghadaman..
sweet ler abang aiman.... air laici feberet mama tau, eh! kita berkongsi minat yang sama lah.. hihi
Anak kita mestilah suka apa yg kita masak/buat. Macam kita jugakan kalau mak yg buat rasa sedap..
Tapi laici memang sedap kakak pun suk:)
amboi...demand..untunglah dia..hehehe
Kalau aunty ler yg buat roti telur atau roti canai, maunya masa tebar tu terus melekap kekerasan kat dinding dapur.
Eh, samalah kita wak...kita pun gi kerja tak bawah cash tapi kita ada debit card tauuuu ....
waa rajin....memang la sedap kalo buat sendiri boleh tambah sesuka hatikan...aiman suka laici yer...kalo uwais suka milo ais...
walau apa pun dimata ana-anak apa sahaja yang ibu buat pasti sedap...
air tgn ibu terbaikkk itu yg sebenarnya maksud aiman...
mmg kretif la kutu..
hanie bab2 meroti ni mmg tak berapa mahir... *malu
rajin nya mama aiman...tu yg aiman berselera tu...mama dia masak sedap..
hihi..sukala aiman bila apa y dihajati dh dapat
kalau rajin semua jadi kan dik ;)
Teringin pulak nk buat roti canai sendiri tu PK....
PK rajin masak dan aiman pun suka makan....seronok masak bila ada org makan
Tentu seronok Aiman bila yg dihajti tercapai..Aiman, nanti bagi auntie 2 kping roti tu ya..kita kongsi...
wah, mmg sedap betoi ibu aiman msk ni, sampai 4 keping aiman mkn :-)
suka nyee aiman kn mam byk2..selera ajee ;) kekadang umur cm aiman biase dowg ske main je xingat mkn..tp bgus la aiman..
Post a Comment