Pixajoy

Wednesday, October 02, 2013

Home » Afia Imanina 5 Bulan

Afia Imanina 5 Bulan




Cepatnya rasa baby girl ibu membesar, dah mula rindu waktu Afia baru lahir. Kalau boleh nak tengok Afia selamanya jadi newborn baby. Nak tak nak kena la terima hakikat yang kita ni makin lama makin tua. Hari ni Afia genap 5 bulan dengan berat 7.56kg. So far masih lagi budak baik, senang di jaga dan sentiasa menyenangkan ibu. 

Semalam waktu checkup, Afia kena cucuk dah tak melalak macam sebelum ni. Jerit nak nangis time aku pegang kuat membantu usaha nurse bagi imunisasi je. Bila jarum masuk, Afia ada bunyi sikit, after that ok berlagak rilex macam takde benda berlaku. Good girl! boleh tahan kuat ye si bambam ibu padahal ibu dah sedia tadah telinga nak dengar jeritan batin dia. 

Dalam usia 5 bulan dah banyak sangat perkembangan Afia tunjukkan. Dah makin aktif meniarap dan menjerit. Kalau mengiring dah melasak pusing ke sana sini. Afia dah mula gigih berdiri duduk, duduk berdiri, tak lama lagi jenuh la senam tangan bila dia dah mula melompat.

Dalam kereta aku masih tak sudah bergaduh dengan aksi pacak kepala dia tu. Sekarang mata bulat si bambam asyik pandang ke luar tingkap kereta sampai senget-senget kepala. Orang dah pandai menikmati nikmat melihat katakan. Lawak pun ada bila tengok muka jakun dia tengok rintik hujan di luar tingkap.

Minggu ni aku super busy. BW pun curi-curi menjeling mana yang sempat. Macam ni la hidup semua perempuan kot. Balik kerja buat kerja, tak kerja pun kena kerja, pendek kata dok buat kerja takkan pernah habis la selagi tak tutup mata. Nak pi sambung buat kerja, OK Bye!  




17 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

Yayyy Afia tabah. Keep it up. Haish la kan, nak citer pasal kerja.. mmg tak habis. Cerita tak habis, kerja pun tak pernah habis hehe.

transformed housewife said... Best Blogger Tips

wah dah 7.56 kg. Husna (baby knur) yg umur sthn lebih ni baru 8 kg.

Affy Afiqah said... Best Blogger Tips

Makin comel afia imanina ! :D

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

salam puan kutu..sedar tak sedar dah masuk 5 bulan Afia Imanina ya?Bestnya main ngan anak kecik nie....

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Yeahhh... selagi blom tutp mata!
Comel afia pakai rompers =)

Shark Kay said... Best Blogger Tips

yeay...
bambam afia dah 5 bulan.
makin aktif dia pasni..
makin comey dia pasni..
x sabo nk tunggu dia besar.
hehe.

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Tak sedar dah 5bulan si bam-bam Afia ni.. makin cute nengoknya..;)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Pejam, celik, pejam, celik tengok anak dah besar, kan. Rasanya mcm baru smlm aje melahirkan dia :D

Orang perempuan mmg mcm nilah nasib kita. Memang sentiasa ada kerja, tak sudah-sudah!

Masya said... Best Blogger Tips

tak semua org sempurnakan.. kerja mmg sampai bila pun xkan habis baik kat tempat kerja, baik kat rumah.. selagi x tdo huhuhuhu ....

dah 5 bulan.. x lama lg pusing².. dah pandai meniarap...

ros_reeza said... Best Blogger Tips

comelnya :)

GREENJADE said... Best Blogger Tips

baru je tgk budak mmbam2 ni terlentang x pandai apa..kejap aje dh besor bagak gini..hehe

lieyalatif said... Best Blogger Tips

aluuu afia comeyyyy... leh tahan semangat gak tu....pipi pun tembam...geram tgk...sedapnye gomol pipi baby kan...lieya ni dayyan dah besar, kite gomol die kite kene marah balik hahahaahah

lizz said... Best Blogger Tips

ololo kenapa la comey sangat afian ni...geram tau....
cute sangat dia pakai jaket tu...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sekejap je dh 5 bulan yer.. nanti merangkak lagi aktif :-)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

waaaa... comey afia.. huhu.. rindunya nk peluk cium asya time usia camni. tp asya dlu ringan je. klo x silap dlm 4kg j. skarang ni pon bru 11kg

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Dah 5 bulan...cepatnya masa berlalu.....

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

da besar da afia..semoga jadi anak yg solehah yee untie TB doakan ;)