Dari tahun lepas kami memang menunggu trip sekolah Aiman, niatnya ibu abah mahu join sekaki. Rancangannya tahun lepas cikgu nak bawa ke Melaka, semangat la sikit nak pergi kan sebab boleh bermalam. Lagipun dah lama tak kesana. Alih-alih sampai hujung tahun senyap macam tu je. Katanya cikgu tak berapa sihat.
Tahun ni lokasi dekat je. Esok pagi Aiman akan ikut rombongan sekolah ke sekitar Perak. Antara tempat yang bakal diterjah semestinya Zoo Taiping, Muzium dan Tempat Pembuatan Labu Sayung (kalau tak salah aku la almaklum nyanyuk sikit).
Cerita cikgu pada en suami. Mula-mula masa cikgu tanya Aiman nak ikut tak trip ke Zoo kemain berlagak dia kata, "Tak mau la..Aiman dah banyak kali dah pegi zoo.."
Pada ibu dan abah dia kata, "kalau abah dengan ibu tak nak pergi, biar je Aiman pergi dengan kawan-kawan". Kesian pulak Aiman kalau tak dapat turut serta, budak lain semua dengan parents, makanya en suami seorang saja join. Ibu dengan Afia bambam susah sikit la nak join ditambah lokasi yang tak berapa best.hehe..
"Tak kisah pun.."
Aiman memang tak kisah..
* Balik rumah lunch break kepala tintong nak juga update, maaf ayat tunggang terbalik, nanti aku sambung BW, hutang BW banyak lagi, maklang sibuk sikit dengan kerja rumah yang tak pernah habis, nasib la kerja opis banyak rilex..:)
18 comments:
Hehe,.cm iklan plak dah ni eh...zoo taiping best tu..lama x pg..
Aiman memang tak kisah tapi kalau mak tak bagi mahu berjujuran air mata kot :)
Saya ni balik rumah memang tak cukup masa tapi kalau kat pejabat, entahlah datang kerja untuk tak bekerja ataupun saya ni cekap sangat kot .... hahaha...
haha..selamba jer Aiman..:)
hihih, mama pun tak pernah sampai ke situ lagi..
hehehe.. slumber je aiman.. kalau husna mesti dah excited sgt..even tak taw rupa tempat tu mcm mana..=P
aku tak tau pulak budak2 sekolah bleh bawak orang tua skali ikut rombongan..aku dulu pegi sendiri je..bgs aiman..berdikari tu namenye..haha
haha aiman... :D
tetiba teringat kt sorg kawan sy ni kak. tiap kali dating ng bf mesti pg zoo, pg muzium. pg zoo, pg muzium...skrg kawin dh..hahaha
lama xp zoo tepeng. t syukrii besa sikit bwk dia. hehehe.. dekat dah ngn umah kt perak ni..
aiman tak kisah.. jgn anak buah kite. nk trip. sibuk bercerita. bru ni g trip petrosains.. naik kete api laju. kemain ngendeng.. nk pinjam kamera. darjah 4 bru. eksen je..hahaha..
budak2 kalau dpt ikut rombongan sek seronok je.
alolo kesian aiman...hu3x...
AIman memang sentiasa cool. Haaa best la jugak kan kalau mak pak boleh ikut sama rombongan ni, macam hari keluarga.
Kalau dgn kawan2, tpt biasa pun jadi luar biasa tau keseronokan dia. Bw la p taman permainan pun... mesti seronok.
Mana nak sama g ramai2 ngan kawan banding g ngan parents.
X kisah ke aiman? =)
aiman tak kisahhhh
tapi berkisah juga tuu
ahahha...Aiman mmg tak kisah...kesian dia..akhirnya abah yg temankan ye..:)
mmg x kisah betullah tu agaknya.. sampai menjawab mcm tu .. alahai kesiannya dia.. nak pg tempat lain yer..
oh aiman tak excited yea pi jenjalan dgn kawan2.. best tu.. hehehe
kesiannya AIman...mmng tak kisah lah tu..nasib baik jugak abahnya dapat pergi sekali...
Kalau ikut okje tu PK...Okje pun malas nak ikut....tak nencabar langsung....hehe..nama pun lawatan bebudak hehe...
Post a Comment