Pusat Pembuatan Labu Sayung adalah destinasi terakhir sebelum Aiman dan abahnya bertolak balik semalam. Mari aku review apa yang dua kesayangan hamba beli disana.
Boleh tahan besar periuk tanah liat ni. Boleh guna untuk masak kari, sambal dan sebagainya untuk masakan yang lebih enak kata kau. Yang ni bukan ready made from Pusat Labu Sayung tu, ambil dari orang. Harga periuk ni RM 28, dapat beli dengan harga RM25 sahaja. Penggunaan buat tiga kali pertama kena basahkan periuk, masak atas api yang perlahan. Lepas tu baru boleh belasah api besar ikut suka hati kot.
Labu sayung ni paling aku suka. Menggoda je coraknya dengan kapaisiti 3 liter air. Harga RM 15, tapi setelah di lego dan en suami pakat promote pada other parents beli benda ni dengan banyak, dapat la harga RM10. Murah kan? Sebelum guna kena rendam dalam baldi, isi air dalamnya selama dua hari. Kata Aiman lepas ni tak payah buat air ais lagi, guna ni je bagi air sejuk.hehe..
9 comments:
makin best ler masakan kari akak lepas nie..
mmg ramai yg cakap masak dalam kuali tanah liat rasanya lagi power.
bleh ler akak buat eksperimen lpas nie.
owh exotik I suka. periuk tu buat claypot rice mengancam nih.
claypotttt satu! hahaha
wah...coomell nya periuk tu
Oh mcm tu cara sblm guna ya. Pernah beli basuh2 letak air. Rasa pelik je terus tk guna dah ;)
Wah dpt buah tangan....
Labu sayung tu senanglah mama nk minum.....periuk tu pulak senanglah mama nak masak jari tu depa hehe
hoho.. kalu sy buh dlm almari jelah sbb tak tahu nak guna..hihi
sayakan, walau byk kali dah tgk kat kedai, sekali pun xpnh terpikir utk beli.. lps ni kene beli la.. hihi
dua2 benda tu ai masih belum ada lagi..
nak gedik manja kat en. suami mintak satu cenggini.. hehehe..
Post a Comment