Pixajoy

Sunday, October 20, 2013

Home » Baik Buruk Baby Walker

Baik Buruk Baby Walker



Lepas baca tentang bahaya baby walker, aku rasa macam ada sikit-sikit persamaan dengan Aiman. Aiman memang skip merangkak pastu dulu-dulu dia pernah banyak kali juga tulis huruf dan nombor terbalik. Setelah aku kaji, masalah dyslaterality tu takde rasanya. Dia memang dominan kiri, tulis dan sepak bola semua kiri. Aiman kidal bukan ikut aku ye, ikut aruah pak aku.

Katanya lagi baby walker ni melambatkan perkembangan motor dan mental anak. Kalau bahaya kemungkinan jatuh tu semua memang dah sedia maklum la kan. Bab perkembangan motor tu Aiman ok. Tulisan sekarang cantik apa. Bab mengenal huruf dan membaca tu je lambat sikit. Tapi sekarang Alhamdulillah dah boleh la baca walaupun masih mengeja.

Pada aku nak bela anak ni tak perlu kot skema sangat, kena ikut keadaan dan kerenah anak. Yang baik kita ambil, yang kurang baik, kita boleh adjust menjadi lebih baik. Contohnya dalam bab tidur buai, kalau dah anak jenis melalak nak berayun, kita nak berkeras jugak tak mau buaikan anak sebab terbaca tentang keburukan buaian, anak pulak tak cukup tidur lagi la membantut perkembangan. Aku buaikan Afia sebab mertua aku sibuk suruh, nasib Afia jenis fleksibel, ada nenen mana tempat pun dia membuta.huhu 

Aiman dulu ada dua bijik walker, beli yang murah je. Lagipun dulu mana banyak sangat pilihan walker cangih manggih macam la. Satu ni dah buruk, memang kena lenjan teruk dengan dia. Dah 6 tahun aku simpan lagi ok. Satu lagi warna hijau ada kat rumah Wan. Saja keluarkan testing sekejap bagi Afia naik, pandai tau dia reverse walker guna kaki dia. 

Walker buruk dengan tuan yang comel walau bermuka serius

Ada juga sesetengah baby suka meragam sampai kita tak boleh buat kerja satu benda. Bila letakkan dalam walker boleh membantu takde salahnya bagi aku. Tapi jangan la berjam-jam biar baby kat dalam tu. Niat aku bukan nak taruk Afia dalam ni selalu. Kalau letak sekejap-sekejap dengan pemantauan ok kot. Selebihnya aku biar Afia kat bawah untuk teroka dunia babynya. Walker buruk ni untuk mudahkan aku bagi Afia makan je nanti. Ibunya nak beli kerusi makan kan ke kemut. 

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Tak faham sudah..:) 




14 comments:

izan mama mia said... Best Blogger Tips

mmg walker nih bahaya...tapi saya dl gn juga sbb kes nak bg dia ddk time nak suap makan .. mmg kena pantau laa kan takut tertungging sbb dia try nak keluar dr walker tuu..

bab buai..pun mmg bahaya..tapi dah anak suka tido buai..kn laa juga gn kan..hahah..saya pun gn tapi jap je sbb mia xmau tido buai...hihi

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Mmg x bagus guna walker. Tapi, saya guna juga. Membantu time nak memasak. Bukan saja2 nk pakai.
Mmg x bleh skema sgt. Kita sesuaikan ikut keadaan kita. Org mana tau keadaan kita kan.

Nastyna said... Best Blogger Tips

Nampak-nampak. hahahaha I dulu pun guna walker uutk JJ supaya senang nak bagi makan, mmg malas beli baby chair sebab tak yakin dia nak duduk kat situ, plus umah sempit. Hehehe lagi satu tak salah biar dia bergerak dalam walker time kita buat kerja, bukan 24 jam. Asalkan baby tu dah keras badan boleh la. Ni ada mak pak uur 2 bulan pun dah gedik buh dalam walker, sian baby lentok2 dalam tu.

Norhasniza Khalid said... Best Blogger Tips

mama langsung tak guna walker... bahaya penggunaan walker ni walaupun pada dasarnya untuk memudahkan kita..

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Klu pakai walker ni dpt melatih baby jln kan akk..?

Akk..buah org kaya tu dh seminggu duk lqm peti ais..tak abes2.hehe..nk mkn byk,dah masam plak..

baby comel said... Best Blogger Tips

mak pun cakap baby walker ni bahaya. kena pantau selalu

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Betul tu PK, nak didik anak bukan boleh skema2 sangat. Ikutlah kesesuaian anak kita, kan. My youngest son pun kidal (ikut Mommy nyer) semua pun dia mulakan dgn kiri dulu. Kena jugalah perhati selalu. Anak-anak saya mmg jimat kos semua pun tak suka sebab suka sgt melepek kat Mommynya.

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Alia pun guna walker Muni. Tapi kejap2 je... Time makan je. Haha... Tak mampu nak beli meja mkn khas utk baby kan.

Baik buruk yang ptg kita pantau. Nak skema sangat ttg jaga anak susah ler. Itu ini tak boleh. Lagi2 tinggal dgn org tua kan.

MG schmidt said... Best Blogger Tips

kalau baby xlasak lagi boleh la letak dlm walker ni
kalau da mula panjat.lonjak2 tu better tak payah
sbb nti diorg melonjak jatuh tejunam je ..hehe

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

PK ..fyzz pham maksud yang cuba disampaikan..cam la kita pun..kata orang makan daging tak elok..kopi tak baik..bla2 tp semua tuh perlu pengawasan dn kawalan...am I rite...cam saya pun..guna walker masa sufiya ja..then anak kedua n ketiga tak guna..sbb ada dengar ceramah ttg keburukan walker nih kan...mmg for long term..utk tulang belakang baby ..apa tah..lupa..tp kalau cam pk kata kan..bukan lama pun its ok la..perlu pantau kan..cam fyzz pun buaikan baby gak..yer la..dh letak bwk tak jerap lenanya..then baby sya pun mmg asal ada nenen..mmg lena di mana ja...hehe..panjang lak ulasan...sori yer..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy ms alisha dulu guna gak walker.. time aqilah xdan nak guna sbb baru nk bg guna, kakak dah sibuk nak naik, last2 rosak,.. hihii

lgpun aqilah awai sgt berjalan.. xdan nk kenalkan walket...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Anak anak okje semua guna walker....kalau ada pemantauan ok kot....

Masya said... Best Blogger Tips

apa eh.. murni nak bg tau murni berjimat kohkohkohkoh.. sbb walker abg aiman .. afia pun blh guna hihihihihi ...

mmg ade baik buruknya ni naik walker.. tp berpada² kot 8 jam dok situ sakit pingganglah budak tu.. maunya tak terbantut mental

CtAyue said... Best Blogger Tips

ramai ckp walker ni bahaya.. emm tgk adam dulu ok jer..jatuh2 tu biasa lah tp taklah sampai parah..tp membantu sbb dia cpt je blh jln..10bulan dh jln dah..dan walker taruk tepi terus.. kejap je pakai walker..letak dia pun kejap2 jer.. ini dhia pun rasanya nak ltk walker jugak kot tp beli yg jenis kukuh sikit. bukan nak letak berjam2 dlm tu kan..