Pixajoy

Monday, October 14, 2013

Home » Balik Kampung

Balik Kampung



Hari ni aku masih kerja. Pendek kata memang tak cuti raya langsung la. Dah biasa macam ni sejak 7 tahun lepas. Tuntutan tugas apa boleh buat. Ni pun korban gak kan. Nak berkemas kain baju pun tak feel. Anak bujang ibu konon nak tolong ibu lipat kain, lipat seluar dia dalam 3 4 helai kata penat. Lipat baju susah Aiman kata, tak senonoh je dia buat. Action je lebih ni.hehe..



Insyaallah lepas Maghrib nanti kami bertolak balik kampung. Raya pertama aku kerja malam, esoknya habis kerja balik Alor Setar semula. Raya ketiga kerja petang dan seterusnya terus kerja la. Untung jugak kampung dekat, berulang alik la dari Alor Setar ke SP, dari SP ke Alor Setar. Tak dapat balik Penang la, Uwaa...

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ye!




7 comments:

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

Bestnya kampung jauh2 kan...kg SA x sampai 20 minit pun dari rumah

Shark Kay said... Best Blogger Tips

Slamat sampai ke destinasi kak.

Nastyna said... Best Blogger Tips

Memang untung kampung dekat, berulang alik pn boleh, kami ni bila la nak dapat merasa balik kampung entah la. Selamat Hari raya to u and family :D

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Selamat hari raya aidil adha aunty kutu

CtAyue said... Best Blogger Tips

salam aidiladha jugak buat puan kutu..wah abg aiman muka ada senyum sbb nk blk kg yer..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Budak baye ni belum pandai kemas lagikan PK semuanya kita kemas...penat mmg penat kan...sebenarnya tu yg malas kalau nak balik kg!

Masya said... Best Blogger Tips

masih kat kg ker??