Pixajoy

Monday, October 28, 2013

Home » Memperkenalkan Telur Kepada Baby

Memperkenalkan Telur Kepada Baby



Dalam entry ni, ada reader komen pasal memperkenalkan telur pada anak. Tak salah sebenarnya tapi telur ni kategori makanan yang boleh sebabkan alahan, jadi disarankan agar dilambatkan sesi pengenalannya. Sama la jugak macam solid food pertama baby, lagi afdal mulakan dengan puri buah atau sayur.

As a parent, choices is in your hand. Omputih berterabur lak aku.haha...Kalau aku mesti la nak yang terbaik untuk nak ye dak. Ini yang aku jumpa dalam Hsffyb group. Sekadar perkongsian. Aku pun masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Bila boleh beri telur? Bagaimana caranya?

Telur boleh diberi bila baby berumur 8 bulan ke atas. Daripada kaedah disarankan oleh PPUM, kalau belum intro telur, kena buat secara berperingkat. Telur kena pastikan betul-betul masak dan kalau boleh rebus telur tu dulu lepas tu campur dalam puri atau bubur.



Cara nak intro:


Minggu pertama - 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja


Minggu kedua - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)

Minggu ketiga - 1 BIJI telur kuning sahaja


Minggu keempat - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)

Minggu kelima - 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur


Minggu keenam - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)

Minggu ketujuh - 1 BIJI telur sepenuhnya


Minggu kelapan - 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur sepenuhnya)

Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh la beri 1 biji telur tidak lebih dari 3 kali seminggu








12 comments:

Cho Zila said... Best Blogger Tips

boleh ajerkan... asalkan kena carnya...

Unknown said... Best Blogger Tips

Informative. Thank you for sharing. Akan saya gunakan ilmu ini untuk memberi telur ayam rebus kepada anak saya nanti insyaALLAH.

Unknown said... Best Blogger Tips

nasib le anak2 x suka telur

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

syukrii pun masa 8 bulan intro kunin telur. suka sangat dia.. putih telur belum lagi.. ummi takut dia tercekik. boleh? hahaha

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Ibu-ibu muda sekarang senang banyak informasi boleh dapat. Masa kakak ada baby dulu pakai agak-agak aje. Bila anak tak muntah tak alah tu bolehlah aje...

NzA said... Best Blogger Tips

akak main belasah je dulu..mana la ada tenet nk search...cuma byk rujuk mama akak n org2 brpengalaman mana yg trbaik utk baby....n pndailah kita suaikan dgn keadaan ank2 kita.....antara baby berbeza.

Nastyna said... Best Blogger Tips

owh gitu caranya. Good for future reference ;) since JJ boleh makan solid dulu, I belasah jer bagi semua but mostly fruits and veggies la.

AtieYusof said... Best Blogger Tips

oh..baru plak tau nak bagi telur kt anak pun ada cara ye...hehe..
tak tahu pun sblm ni...TQ info ni...:)

norhasnizakhalid said... Best Blogger Tips

pernah juga mama dengar kisah telur ni.. belum pernah cuba, anak dah 1thn 4 bulan..

ida =) said... Best Blogger Tips

Takut anak allergic kan... Tapi, ada jugak parents yang malas. Anak dia hari2 mkn bubur nasi yang dipecahkan telur. Lauk lain x pernah. Kesian pulak. Nk tegur, takut orang terasa. Aishhh... Mak makan sedap hari2. Anak kasi telur tiap hari.

Opssss... Termengumpat!

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Both anak-anak saya tak suka makan telur. Pelik mereka berdua ni. Suka betul cium bau. Boleh ke diciumnya telur tu lepas tu dok fikir then geleng kepala 'tak nak' katanya ... tension mak sebab makanan anak mak yang kena abiskan :D

Masya said... Best Blogger Tips

amir peminat tegar telur huhuhuhu ...