Semalam lepas Jumaat keluar shopping dan jalan-jalan carik makan. Naik putus urat pinggang aku dukung si bambam. Lupa pulak nak bawak baby carrier, pastu rasa macam menyesal yang amat aku ni kemut sangat nak beli stroller. Si abah dukung dalam lima minit dah pass ke aku. Harap badan je badang, si ibu gak la berlagak supermak. Ke ni kes membuli?haha..
Dah, jom kita tengok cubaan pertama membuat aiskrim goreng.
Rupanya tidaklah semegah mana |
Memang benda ni mudah, cabaran nak mengatasi renyah membulatkan roti tu yang perlukan kesabaran. Akhirnya siap jugak 8 keping. Dua untuk Aiman, dua untuk abah, dua untuk ibu dan dua untuk Pak Ndak Aiman. Aiman buat muka pelik apesal la ibu ni dok tekap roti jadi bulat-bulat macam daging burger dia kata. Bila aku masukkan aiskrim ditengah, "ni burger aiskrim ni ibu.."
Berkecah pinggan dengan aiskrim |
Aiman macam biasa la mana ada benda ibu masak dia kata tak sedap. Yang aku pernah makan dah tentu la tak sama dengan homemade. Bagi aku sedap tu memang sedap tapi tak berapa feel sangat la. Aiskrim dia tak berapa rasa mungkin sebab agak cair plus aku letak aiskrim tak banyak kot. Lepas dah ngap sorang dua bijik kita sambung makan roti kapit aiskrim pulak, lagi feel habaq hang.hakhak..
13 comments:
Lama x buat....dh sht nanti SA nk buat la...
ske aiman mkn ibu die masak ape je..sentiasa selera...akak lua nye letak roti biase2 jee err..dlm nye ais krim kire jadi lembik la nnti
ika suka juga ice cream goreng ni, orang kata klu nak ice cream tu keras..simpan semalaman dulu dalam fridge, esoknya baru goreng..
tang roti kapit tu yang tahan habaq hang hehehehe
@Affy Afiqah
akk smpan dlm 5-6 jam je.tak sabo nk goreng,hehe..
dh byk kali cuba ke blog affy.tak jumpa link,klu baca this,plz bg link ye..;)
Anak2 memang suka..buat pun senang je
Hihihihihi.... Klu sikit mmg x fill mkn aiskrim goreng ni, klu x pandai cover pulak.. Bnyk aiskrim pyh tekap... Yg pasti msk sendiri puashatiii hihihijiji
Rajinnya PK...nanti kongsi resepi ek..:)
nak try lah ni.... nak nak nak...
Mmng sedap...akak dah lama tak buat...
Owhh sedapnya burger ice cream hahahaha. Eh I suka roti kapit ais krim tu, cuma laki I jer yg pelik tengok.
roti kapit tu mmg lg feel.. hihii
btw, normally org buat, dorg simpan dulu dlm peti ais bg keras lps tu baru goreng...
kreatif...emm yg ptnting sedap..tak semegah pun tak pa..hehe
Post a Comment