Pixajoy

Friday, October 25, 2013

Home » Solid Food Untuk Baby : Makanan Perlu Elak

Solid Food Untuk Baby : Makanan Perlu Elak



 
Sambil-sambil layan Budget 2014, aku nak kongsi apa yang perlu dielakkan pada peringkat awal memperkenalkan solid food pada baby. Check it out.hehe
 
  • Paling penting jangan tambah apa-apa perisa dalam makanan baby. Garam dan gula perlu elak sehingga baby berumur setahun. Makanan baby mestilah neutral.

  • Jangan berikan madu lebah kepada baby di bawah umur 1 tahun. Kadangkala madu mempunyai kuman spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi boleh hasilkan toksin yang membahayakan nyawa baby.

  • Telur tak boleh diberi sebelum baby berumur 6 bulan. Putih telur boleh sebabkan allergic, so disarankan perkenal pada baby selepas umur setahun. Kuning telur pula boleh diperkenalkan pada umur 9 bulan. Baby boleh diberikan telur yang perlu dimasak penuh, sehingga putih dan kuning telur menjadi keras, untuk mengelakkan jangkitan kuman. Katanya telur ni ada bakteria Salmonella.

  • Kacang keras tidak boleh diberikan kepada baby bimbang bahaya tersumbat dalam salur pernafasan. Kacang yang dikisar atau ditumbuk halus boleh diberikan selepas 6 bulan.

  • Makanan rendah-lemak, rendah-kalori dan serat-tinggi  tidak sesuai untuk baby. Baby memerlukan tenaga yang tinggi untuk tumbesaran dan memerlukan makanan yang berlemak, dengan kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi.


* Sory pada siapa yang komen entry aku pagi tadi. Nak jejak balik tak dapat, aku dah terdelete entry tu.uwaa..







5 comments:

Nora Karim said... Best Blogger Tips

nice sharing... kadang2 kita tak perasan... sedangkan pemakanan masa bayi ni la yang paling kena jaga...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

OKje dah tak de baby le PK...tapi tak pe....simpan tu cucu haha....

Nor Adzwaty Rokkafella said... Best Blogger Tips

kalo di tmpt sy berklinik, nurse akn suruh letak telur di dlm bubur anak utk 1st time kita nak bg solid food pd anak di usia 6 bln.tujuan dia utk cek sama ada anak kita ni allergic dgn telur atau x...

method dia : masak bubur + sebiji telur dan biar telur masak sebati dgn bubur.

dan alhamdulillah, anak2 sy x allergic pd telur

CtAyue said... Best Blogger Tips

good sharing... sy dh lupa dah ni nak wat menu ape utk dhia..haha..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sy kenalkan alisha n aqilah dgn puri carrot mula2 sekali :)

eh jap, silap.. aqilah kenalkan dengan puri kurma.. tapi sikit je la.. kiranya pembukaan sebelum dia makan puri carrot..